Vietnam, Thailand dan Malaysia akan berpeluang untuk mempelajari tentang enjin helikopter Rusia terkini VK-2500PS-03



HANOI, VIETNAM - EQS - November 26, 2018 - Pelanggan dari Asia Tenggara akan berpeluang untuk mempelajari kecanggihan enjin aci turbo sivil Rusia VK-2500PS-03 yang direka dan dihasilkan oleh United Engine Corporation (sebahagian daripada Rostec State Corporation). Dua enjin keluaran jenis ini juga sebahagian daripada unit kuasa helikopter Mi- 171A2. Helikopter tersebut terlibat dalam jelajah demonstrasi syarikat Russian Helicopters Holding di beberapa negara Asia Tenggara -- Vietnam, Kemboja, Thailand dan Malaysia.


VK-2500PS-03 adalah pengubahsuaian terkini untuk enjin VK-2500 dengan ciri-ciri prestasi yang lebih handal.. Ia menggunakan sistem pengurusan dan kawalan elektronik digital jenis FADEC yang paling canggih. Kawalan anti-pusuan yang dipasang membantu menyingkirkan kemungkinan kegagalan enjin, malah menjadikan helikopter Mi-17 lebih cekap apabila beroperasi di kawasan tinggi dan beriklim panas.


Jelajah demonstrasi di negara-negara Asia Tenggara, yang melibatkan Mi-171A2, melengkapkan perjalanan hampir sepanjang 5 ribu km dan melewati  Vietnam, Kemboja, Thailand dan juga Malaysia. Jelajah tersebut bukan sahaja melibatkan demonstrasi penerbangan, bahkan ia juga melibatkan majlis untuk rakan kongsi dan juga pengendali yang berpotensi dengan tujuan untuk membentangkan faedah utama helikopter Rusia dan perkhidmatan selepas penjualan.


"Enjin ini merupakan lanjutan siri enjin terkenal TV3-117 dan merupakan hasil pemodenan yang lebih mendalam, -- menurut Aleksander Vatagin. -- Kewujudan sistem kawalan digital jenis FADEC adalah perbezaan struktur utama pada VK-2500PS-03. Tempoh antara kerja baik pulih kini dua kali kanda lebih lama berbanding versi terdahulu. Sehingga hari ini, enjin ini telah diiktirafkan oleh pihak berkuasa penerbangan Rusia dan pengiktirafan di China pula, sedang dijalankan.


Sewaktu kerja baik pulih, enjin TV3-117 dan VK-2500 boleh dipasang pulih pada model terkini VK-2500PS-03.


Perubahan yang menjadi kepentingan utama bagi pengendali VK-2500PS-03 adalah kebolehan untuk mengawal jangka hayat enjin bergantung pada keadaan pengendalian dan bukan lagi mengikut pendekatan terdahulu untuk anggaran perkhidmatan jangka hayat. Penyelesaian teknikal yang digunakan pada VK-2500PS-03 oleh jurutera UEC-Kilmov boleh menentukan keadaan sebenar enjin dengan tepat, sekaligus menghapuskan faktor manusia.


Mi-171A2 adalah pengubahsuaian terkini  helikopter Mi-8/17/171. Petunjuk kelajuan luncur dan maksimum Mi-171A2 berhubung dengan helikopter Mi-8/17 yang dihasilkan secara bersiri telah meningkat sebanyak 10% dan kapasiti pemuatannya -- sebanyak 25%.


JSC United Engine Corporation (sebahagian daripada Rostec State Corporation) adalah sebuah syarikat bersepadu yang khusus dalam pembangunan, pengeluaran bersiri dan penyelenggaraan enjin untuk penerbangan, program angkasa dan angkatan laut serta industri minyak dan gas dan juga industri tenaga.

.



Công ty phát hành chịu trách nhiệm cho nội dung của thông báo này
NGUỒN:

United Engine Corporation

DANH MỤC:

Business

ĐỌC TRONG:

English, Vietnamese, Thai

ĐÃ XUẤT BẢN VÀO:

26 Nov 2018

Thông cáo báo chí trước đây

Chi tiết hơn

Talk to Media OutReach Newswire today

LIÊN HỆ VỚI CHÚNG TÔI NGAY BÂY GIỜ