KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach -
6 September 2019 - Fasiliti terbaharu Sunway Medical Centre
telah dibuka di pembangunan bersepadu Sunway Velocity.
Sunway Medical Centre Velocity (SMCV) merupakan pusat perubatan swasta
yang akan menyediakan pelbagai fasiliti, kemudahan dan servis kepada komuniti
di Cheras dan Selatan Kuala Lumpur. Ini termasuk penjagaan pesakit dalam dan
luar, servis kecemasan 24-jam, klinik doktor pakar dalam pelbagai bidang dan
fasiliti pengimejan diagnostik, serta kemampuan perubatan dan pembedahan.
Hospital dengan kos kira-kira RM320 juta ini mempunyai keluasan ruang 33,000
meter persegi dan kapasiti 240 buah katil, 77 bilik perundingan, enam bilik
pembedahan dan sebuah makmal catherisation. SMCV juga dilengkapi dengan system
UPS dan penjana kuasa elektrik untuk bekalan kuasa elektrik tanpa gangguan.
Terdiri daripada konsultan dan pakar bedah termasuk pakar kardilogi,
pakar gastroenterologi, pakar sakit puan, pakar mata, pakar ortopedik dan pakar
kanak-kanak, yang akan beroperasi dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang pada hari
bekerja dan 8.30 pagi hingga 1.00 petang pada setiap hari Sabtu. Servis
kecemasan hospital termasuk servis ambulans dan bimbingan CPR melalui telefon.
Pembinaan hospital baharu ini bermula pada Mei 2017 dan telah selesai
dibina pada Jun 2019. Pusat perubatan ini merupakan sebahagian dari pelan
pengembangan Kumpulan Sunway untuk penjagaan kesihatan dan merupakan salah satu
dari lima komponen utama daripada runcit, penjagaan kesihatan, kediaman,
hospitaliti, pendidikan dan komersial.
"Sunway Medical Centre Velocity berharap untuk membawa perubahan yang
signifikan dalam penjagaan kesihatan di kawasan Selatan Kuala Lumpur dan kami
berasa sukacita untuk memberi akses kemudahan kepada komuniti di Cheras dan
kawasan di sekitarnya dengan servis yang ditawarkan di Sunway Medical," kata
Choo Voon Chee, ketua pegawai eksekutif Sunway Medical Centre Velocity.
"Sunway Medical komited untuk memberi rawatan perubatan berkualiti
kepada rakyat Malaysia dan kami berharap untuk berkhidmat kepada komuniti
tempatan dan memberi bantuan dan penjagaan yang mereka perlukan," tambah
beliau.
Bersempena dengan pembukaan SMCV, pihak hospital menawarkan pemotongan
harga sebanyak 30% untuk pakej pemeriksaan kesihatan yang kebiasaanya bernilai
dari RM110 sehingga RM999. Promosi pembukaan bermula pada 4 September hingga 3
Disember 2019.
Sunway Medical Centre merupakan salah satu pusat perubatan swasta
terkemuka di rantau dan diiktiraf oleh Australian Council on Healthcare
Standards (ACHS). Kakitangan hospital yang berdedikasi termasuk perunding
perubatan, kakitangan kesihatan bersekutu yang profesional, serta jururawat
berdedikasi dan terlatih yang menjadi tulang belakang kumpulan perubatan ini.
Pembangunan Sunway Velocity yang berukuran 23 ekar (9.3 hektar) ialah
satu-satunya pembangunan bersepadu di kawasan Selatan Kuala Lumpur yang merangkumi
lima komponen utama daripada runcit, penjagaan kesihatan, kediaman,
hospitaliti, pendidikan dan komersial. Ia terletak 3km dari Pusat Bandar Kuala
Lumpur dan berhubung dengan LRT Maluri dan stesen MRT. Lokasi yang mudah dan
berdekatan dengan KLCC, Bukit Bintang, Segi Tegi Emas, IKEA Cheras, Kelab Golf
Royal Selangor dan AEON Maluri, Sunway Velocity mempunyai akses kepada jalan
utama, lebuh raya dan fasiliti lain.
Sunway Medical Centre Velocity terletak di Lingkaran SV, Sunway
Velocity. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi +603 9772 9191 atau emel di
[email protected]. Untuk maklumat lanjut mengenai Sunway Medical
Centre Velocity, sila lawati www.sunwaymedical.com/velocity (Facebook: Sunway
Medical Velocity).
Công ty phát hành chịu trách nhiệm cho nội dung của thông báo này