Virtuos Memperkukuh Kedudukan di Asia Tenggara Dengan Pelancaran Studio Pemaju Permainan Video di Kuala Lumpur



Diasaskan oleh perintis industri permainan video tempatan, Virtuos Kuala Lumpur menyokong perkembangan Malaysia sebagai sebuah hab pembangunan permainan video serantau melalui latihan bakat dan penciptaan pekerjaan

SINGAPURA - Media OutReach - 12 August 2022 - Virtuos, sebuah syarikat pembangunan permainan video global yang terkemuka, mengumumkan pelancaran rasmi studionya di Kuala Lumpur, Malaysia hari ini. Virtuos Kuala Lumpur menyediakan perkhidmatan pembangunan, kejuruteraan dan penerbitan seni permainan video yang lengkap kepada beberapa pemaju dan penerbit permainan video terbesar di dunia. Studio rangkaian sedunia Virtuos, telah menyumbang kepada penghasilan permainan-permainan video yang ikonik termasuklah Assassin's Creed, Call of Duty, Demon's Souls, Final Fantasy, Horizon Forbidden West, dan Medal of Honor: Above and Beyond untuk Meta Quest 2.

Kiri ke kanan: Boon Yan Toh, Mufizal Mokhtar, Ian Ng Siong Yoong, Noorazhar Mohd Noor, dan Johaness Reuben
Kiri ke kanan: Boon Yan Toh, Mufizal Mokhtar, Ian Ng Siong Yoong, Noorazhar Mohd Noor, dan Johaness Reuben


Dipimpin oleh Mufizal Mokhtar sebagai Pengurus Besar, Virtuos Kuala Lumpur diasaskan oleh sepasukan pemaju permainan video veteran taraf AAA dengan majoriti ahlinya berpengalaman melebihi 20 tahun, yang kembali ke tanah air untuk melancarkan studio ini. Pasukan ini terdiri daripada Boon Yan Toh sebagai Pengarah Operasi Studio, Ian Ng Siong Yoong sebagai Pengarah Penerbitan Studio, Noorazhar Mohd Noor sebagai Artis Utama Kanan, dan Johaness Reuben sebagai Pengarah Seni Teknikal. Sejak pelancaran lunaknya pada awal tahun 2021, pasukan ini telah berkembang dan memiliki 90 orang pekerja.

Mufizal Mokhtar, Pengurus Besar di Virtuos Kuala Lumpur
Mufizal Mokhtar, Pengurus Besar di Virtuos Kuala Lumpur

"Saya berbesar hati untuk kembali ke tanah air untuk membangunkan Virtuos Kuala Lumpur di samping beberapa rakan-rakan karib saya yang juga perintis-perintis dalam industri ini," kata Mufizal. "Kami teruja untuk memainkan peranan aktif dalam industri pembangunan permainan video Malaysia dan perkembangan ekosistem digitalnya. Dengan sokongan daripada Kerajaan Malaysia dan rangkaian global Virtuos kami, kami mengalu-alukan penyertaan bakat terbaik ke dalam pasukan pelbagai budaya kami dan berharap untuk menghasilkan permainan video yang lebih baik bersama-sama."

Pada barisan hadapan perkembangan industri permainan video Malaysia

Pelancaran Virtuos Kuala Lumpur akan menjadi penambahan penting untuk perkembangan pesat sektor permainan video Malaysia. Dengan kerjasama kerajaan Malaysia, Virtuos menumpukan pengembangan lanjut dan latihan bakat baharu.

Datuk Arham Abdul Rahman, CEO MIDA, berkata, "Perkembangan pesat industri permainan video global adalah memberangsangkan kerana industri ini menyediakan pelbagai peluang dan potensi perkembangan yang besar. Penubuhan studio Virtuos di Malaysia adalah selaras dengan usaha kami untuk menarik pelaburan kualiti kreatif, yang menyumbang kepada sektor media digital yang kaya dan pelbagai serta mencipta peluang pekerjaan bernilai tinggi, membenarkan banyak bakat muda meneruskan minat mereka dalam permainan video dengan menghasilkan impak global dengan perkonsepsian IP yang menyeronokkan, kreatif dan asli serta dibangunkan di Malysia."

Beliau menambah, "Dengan anggaran hasil permainan video global yang mencecah USD219.90 billion pada tahun 2022, kemajuan teknologi yang berterusan dalam industri permainan video telah mempertingkatkan cara permainan video dicipta dan menambah baik pengalaman permainan video keseluruhan untuk para pengguna secara ketara. MIDA akan terus memainkan peranan aktif dalam memperkenalkan industri permainan video yang akan menyumbang kepada ekosistem digital yang lestari dan menempatkan Malaysia di tempat teratas dalam senarai negara-negara digital. Kami ingin meyakinkan syarikat-syarikat seperti Virtuos bahawa Malaysia mampu menjadi kediaman anda, dan kami bersedia untuk menyokong perkembangan industri ini."

Mahadhir Aziz, CEO MDEC, berkata, "MDEC ingin mengucapkan tahniah atas pengembangan Virtuos ke Malaysia. Sebagai sebuah syarikat pembangunan permainan video yang terkemula secara global, kehadiran mereka ialah bukti bagi percambahan ekosistem kandungan digital kreatif kerajaan, sekaligus membuktikan peranan Malaysia sebagai hab serantau pilihan. Komitment Virtuos dalam membangunkan bakat digital dan mencipta peluang pekerjaan bernilai tinggi adalah selaras dengan matlamat Digital Malaysia. MDEC teruja untuk berkolaborasi rapat dengan Virtuos dalam menyokong usaha mereka yang akan datang".

Gilles Langourieux, CEO Virtuos, berkata, "Dengan pelancaran Virtuos Kuala Lumpur, kami teruja untuk menyumbang kepada pendigitalan dan perkembangan Malaysia sebagai sebuah hab pembangunan permainan video serantau. Kami berazam untuk mengembangkan pekerja tempatan kami kepada 300 orang menjelang akhir tahun 2025, dan menjadi salah satu studio terunggul Malaysia yang menyediakan kepakaran pembangunan permainan video kitaran penuh dan projek berkualiti untuk rakan kongsi sedunia."

Kedudukannya yang strategik di antara ibu pejabat-ibu pejabat Virtuos Singapore dan studio-studio Asia terbesar di China dan Vietnam, Kuala Lumpur ialah pengembangan global Virtuos yang semula jadi. Pengembangan tersebut turut mendasarkan pelancaran Virtuos di Lyon dan Montreal, serta pengambilalihannya terhadap Glass Egg di Bandar Raya Ho Chi Minh dan Volmi di Ukraine tahun ini.



Hashtag: #Virtuos #MIDA #MDEC #MYMDEC #HeartofDigitalASEAN #SayaDigital

Công ty phát hành chịu trách nhiệm cho nội dung của thông báo này
About Virtuos
About Virtuos
Founded in 2004, Virtuos is a leading global video game development company headquartered in Singapore with studios across Asia, Europe, and North America. With over 3,000 full-time professionals, Virtuos specializes in game development and art production for AAA consoles, PC, and mobile titles, enabling its partners to generate additional revenues and achieve greater operational efficiency.

For over a decade, Virtuos has successfully delivered high-quality content for more than 2,000 projects and its clients include 18 of the top 20 digital entertainment companies worldwide. More information at .

Virtuos Kuala Lumpur is actively hiring and welcoming applicants interested in embarking on this next phase of growth with the studio. For more information, please see open positions or contact .

About Malaysian Investment Development Authority (MIDA)
MIDA is the government's principal investment promotion and development agency under the Ministry of International Trade and Industry (MITI) to oversee and drive investments into the manufacturing and services sectors in Malaysia. Headquartered in Kuala Lumpur Sentral, MIDA has 12 regional and 20 overseas offices. MIDA continues to be the strategic partner to businesses in seizing the opportunities arising from the technology revolution of this era. For more information, please visit www.mida.gov.my and follow us on Twitter, Instagram, Facebook, LinkedIn and YouTube channel.

About Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) is a government agency under the purview of the Ministry of Communications and Multimedia Malaysia entrusted to lead Malaysia's digital economy forward. Incorporated in 1996 to oversee the development of the MSC Malaysia initiative, MDEC's primary mandate today is to accelerate the growth of digitally-skilled Malaysians, digitally-powered businesses and digital investments in Malaysia. MDEC is focused on creating inclusive, high-quality growth through the nationwide digitalisation initiatives that are in line with the Government's Shared Prosperity Vision 2030 and firmly establishing Malaysia as the Heart of Digital ASEAN.

To find out more about MDEC's initiatives, please visit www.mdec.my or follow:
Facebook:
NGUỒN:

Virtuos

DANH MỤC:

Business

ĐỌC TRONG:

English

ĐÃ XUẤT BẢN VÀO:

12 Aug 2022

Thông cáo báo chí trước đây

Chi tiết hơn

Talk to Media OutReach Newswire today

LIÊN HỆ VỚI CHÚNG TÔI NGAY BÂY GIỜ