Lukfook Group Meluaskan Kehadiran di Asia Tenggara dengan Pembukaan Eksklusif



Lukfook Joaillerie Pertama di Malaysia di Tun Razak Exchange

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 15 April 2024 - Luk Fook Holdings (International) Limited (Kod Saham: 00590.HK) mengumumkan pembukaan eksklusif butik "Lukfook Joaillerie" di Tun Razak Exchange ("TRX") di Malaysia pada 13 April. Acara ini disempurnakan oleh kehadiran Mr. Chan Kah Hui , Timbalan Presiden Persekutuan Persatuan Perniagaan Emas dan Permata Malaysia, Mr. Trevor Hill, Pengurus Besar The Exchange TRX, dan Ms. Moon Lau, Bintang Pilihan TVB Star Awards Malaysia. Tetamu-tetamu kehormatan lain yang turut hadir ialah Ms. Shirley Wong Hau Yeung, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Mr. Billy Cheung Cheuk Kin, Pengarah Perniagaan Utama Kumpulan, Mr. Darwin Cheung Chi Keung, Timbalan Pengarah Harta Tanah Kumpulan dan Ms. Wendy Kan Lee Ling, Pegawai Bertanggungjawab atas Lukfook Jewellery di Malaysia.

LukFook Group meraikan pembukaan eksklusif butik
LukFook Group meraikan pembukaan eksklusif butik "Lukfook Joaillerie" di Tun Razak Exchange ("TRX") di Malaysia dengan kehadiran tetamu kehormat (dari kiri ke kanan) Mr. Darwin Cheung, Mr. Trevor Hill, Mr. Billy Cheung, Ms. Moon Lau, Ms. Shirley Wong, Mr. Chan Kah Hui dan Ms. Wendy Kan.

Mr. Wong Wai Sheung, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Lukfook Group berkata, "Syarikat kami sentiasa komited untuk meneroka pasaran yang berpotensi." Beliau menekankan bahawa Asia Tenggara, yang kini mengalami perkembangan dalam industri pelancongan, menawarkan pelbagai peluang pelaburan jangka panjang yang menarik. Ini dijangka akan membolehkan Lukfook Group memperluaskan lagi jangkaan jualannya dan meningkatkan kesedaran jenama di pasaran Asia Tenggara. "Lukfook Group bertekad untuk menghasilkan produk terbaik bagi pelanggan bagi memperkukuh reputasi di pasaran global. Dengan lebih daripada 3,320 cawangan di seluruh dunia, Lukfook Group yakin dapat merealisasikan visi korporatnya sebagai 'Jenama Hong Kong, Menyinari Dunia' ".

Lukfook Group telah mengukuhkan kehadirannya di pasaran Asia Tenggara sejak tahun 2010 dan sentiasa bersikap optimis terhadap perkembangan rantau ini. "Lukfook Joaillerie" yang baru dibuka berada di TRX, yang merupakan pusat distrik kewangan antarabangsa Malaysia. Dengan kehadiran lebih daripada 400 jenama antarabangsa yang telah menetap, lokasi ini telah berkembang menjadi ikon pusat beli-belah baru dan pusat sosial, turut akan memperkuatkan pengaruh jenama Lukfook Group secara ketara.

Alamat : L1.99.0, Level 1, Tun Razak Exchange, Jln Tun Razak, Imbi, 55188 Kuala Lumpur, Malaysia






Hashtag: #六福珠宝 #LukfookJewellery #六福精品廊 #LukFookJoaillerie #六福精品廊TRX #LukFookJoaillerieTRX

Công ty phát hành chịu trách nhiệm cho nội dung của thông báo này
Tentang Luk Fook Holdings (International) Limited (Kod Saham: 00590.HK)
Tentang Luk Fook Holdings (International) Limited (Kod Saham: 00590.HK)
Luk Fook Holdings terutamanya terlibat dalam perolehan, reka bentuk, pengedaran borong, lesen jenama dan jualan lansung pelbagai produk perhiasan emas dan platinum serta perhiasan berlian, dengan jumlah lebih daripada 3,320 titik jualan di 11 negara dan kawasan pada masa ini. Kumpulan ini akan terus mengenal pasti peluang perniagaan baru di pasaran antarabangsa untuk selaras dengan visi korporatnya, "Jenama Hong Kong, Menyinari Dunia".

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi Lukfook Group di .
NGUỒN:

LukFook Group

DANH MỤC:

Retail

ĐỌC TRONG:

Simplified Chinese, English

ĐÃ XUẤT BẢN VÀO:

15 Apr 2024

Thông cáo báo chí trước đây

#Retail #Business

15 April 2024

六福集团扩大东南亚零售点

Talk to Media OutReach Newswire today

LIÊN HỆ VỚI CHÚNG TÔI NGAY BÂY GIỜ