Shopee Super Awards 2023: E-Dagang Bertemu Hiburan dan Inovasi



Bintang Strim Langsung dan Affiliate Terima Penghargaan di Anugerah E-Dagang Terbesar Malaysia

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 28 Disember 2023 - Shopee Super Awards 2023 kembali tahun ini untuk meraikan bintang cemerlang dalam landskap e-dagang Malaysia yang semakin berkembang. Majlis anugerah berkarpet merah ini dilangsungkan pada 14 Disember 2023 di Hotel Majestic Kuala Lumpur dan dihoskan oleh Naz Rahman dan Julie Woon, dan hadirin dihiburkan oleh persembahan dari Dolla dan Vanessa Reynauld. Salah satu majlis anugerah e-dagang terbesar di Malaysia, Shopee Super Awards meraikan jenama dan penjual yang telah berjaya mengubah perniagaan mereka dengan menggunakan pemasaran strim langsung dan affiliate secara cemerlang.

Caption
Para pemenang bersama trofi mereka di Shopee Super Awards 2023

100 anugerah diberi kepada jenama kegemaran, penjual tempatan dan bakat hebat yang telah mencapai perkembangan cemerlang dalam pasaran Shopee dengan melangkaui halangan dalam berinovasi dan membawakan kualiti yang konsisten. Tempoh pengundian 28 hari di aplikasi Shopee pada bulan November membolehkan orang ramai untuk mengundi 25 pemenang anugerah, manakala 75 anugerah tanpa pengundian ditentukan oleh hasil data platform.

Kenneth Soh, Ketua Pemasaran di Shopee Malaysia berkata, "Shopee Super Awards 2023 menunjukkan hubungan sinergi antara komuniti dalam talian dalam memacu keterangkuman ekonomi dalam e-dagang dan peranan Shopee sebagai platform yang mempunyai ekosistem dengan sumber dan sokongan kukuh yang membolehkan pemacuan ini. Platform kami sentiasa memperkasakan perniagaan untuk berjaya dalam ekonomi digital - sepertimana terbukti dengan 98,000 penjual baharu yang menyertai ekosistem kami pada tahun ini - terutamanya dengan program peningkatan kemahiran percuma seperti Shopee University, Shopee Seller Summit, dan kelas pemasaran pempengaruh. Tambahan lagi, penjual tempatan baharu di Shopee Live merekodkan peningkatan sepuluh kali ganda dalam jualan dan 16 kali ganda dalam peningkatan pesanan pada tahun ini berbanding tahun lepas.

Anugerah di bawah Kategori Shopee Super Live Streamer

Rakyat Malaysia dijemput untuk mengundi sepanjang bulan November untuk penjual Shopee yang telah disenarai pendek berdasarkan jumlah strim langsung tertinggi, pencapaian dalam jumlah pesanan strim langsung tertinggi dalam kategori masing-masing, dan memacu jumlah dan keterlibatan penonton tertinggi. Para pemenang anugerah Super Live Streamer yang berjaya menawan penonton adalah:

  • Super Essentials Livestream Brand: MYDIN Malaysia
  • Super Fashion Livestream Brand: XES Shoes
  • Super Lifestyle Livestream Brand: STABILO Official Store
  • Super Electronic Livestream Brand: 70mai
  • Super Beauty Livestream Seller: KL-PHARMACY
  • Super Essentials Livestream Seller: PHINIX STORE
  • Super Fashion Livestream Seller: ELGINI APPAREL SDN BHD
  • Super Lifestyle Livestream Seller: JAYATECH
  • Super Electronic Livestream Seller: allblue5367
Anugerah di bawah Kategori Shopee Malaysian-Born Brand

HABIB Official Store menerima undian paling banyak dari kalangan orang ramai sebagai pemenang anugerah julung-julung kali Anugerah Malaysian-Born Brand. HABIB mempertunjukkan khidmat pelanggan cemerlang sebagai Shopee Mall Brand yang dipercayai sebagai 100% produk asli, polis pemulangan 15-hari, penghantaran percuma dan keistimewaan sebagai ahli jenama.

Anugerah di bawah Kategori Shopee Super Aspiring Brand

Para pemenang Super Aspiring Brand menunjukkan prestasi terbaik dalam kategori ini dari segi pertumbuhan jualan tahun ini dengan mencipta keterlibatan berperibadi dengan pembeli Malaysia di Shopee Live dan menggunakan pemasaran Shopee Affiliates. Mereka juga menyesuaikan produk secara hiperlokal dan pengalaman membeli-belah yang mementingkan pengguna melalui kempen-kempen terbesar Shopee, penghantaran percuma, dan program Coin Cashback.

  • Super Aspiring Brand - FMCG: SKINTIFIC
  • Super Aspiring Brand - Fashion: Zoe Arissa Luxe
  • Super Aspiring Brand - Lifestyle: Touch 'n Go Malaysia
  • Super Aspiring Brand - Electronics: DREAME
Anugerah di bawah Kategori Shopee Super Seller

Anugerah Super Seller dianugerahkan kepada penjual yang mencapai keuntungan kedai tertinggi tahun ini dalam kategori masing-masing dengan mencuba cara pemasaran baharu Shopee 360 Marketing Solutions dan strategi taktikal lain. Para pemenang ini meningkatkan jenama dan jualan mereka apabila pembeli berpusu-pusu membeli-belah semasa Kempen Terbesar Shopee (Shopee 9.9, 11.11, dan 12.12 Jualan Hari Jadi):

  • Super Mobile & Smart Devices Seller: Spraygadget
  • Super Home Appliances Seller: The White Goods
  • Super Tech & Gaming Seller: Impulse Gaming
  • Super Fashion Apparel Seller: LAU THING HIM
  • Super Fashion Shoes Seller: Webee
  • Super Fashion Accessories Seller: Grimo
  • Super Beauty Seller: LONKOOM
  • Super Essentials Seller: Khairul Aming
  • Super Baby & Kids Seller: Momo House
  • Super Lifestyle Seller: MUSIC BLISS SDN BHD
Anugerah di bawah Kategori Shopee Super Shopee Celebrities

Anugerah Super Shopee Celebrity dianugerahkan kepada individu yang bukan sahaja telah melancarkan kedai atau produk di Shopee pada tahun lalu, tetapi juga telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam keterlibatan pengguna melalui Shopee Live. Pera pemenang kategori ini menggunakan promosi secara efektif dan berjaya mencapai prestasi jualan yang kukuh, menunjukkan mereka sememangnya bintang dalam ekosistem Shopee. Tahun ini, pemenang termasuk Dato' Sri Siti Nurhaliza, Zoey Rahman, Ceddy Ang, Dato' Jovian Mandagie, Nuex Rosli, dan Ainul Aishah, di mana setiap mereka memberi inspirasi kepada usahawan dan pencipta kandungan yang lain dengan dedikasi, inovasi, dan usaha keterlibatan penonton mereka.

Anugerah di bawah Kategori Shopee Super Influencer

Mempertengahkan bakat hebat, Anugerah Shopee Super Influencer mengiktiraf pempengaruh yang memacu peningkatan trafik (10% atau lebih) dengan setiap kempen sepanjang tahun, yang memberi kredibiliti kepada penjual tempatan dan jenama dengan isi kandungan berkualiti yang diterima baik rakyat Malaysia. Individu-individu ini mempunyai 'postings' dengan kadar keterlibatan positif yang tinggi dan pertumbuhan pesat pengikut dan kecapaian:

  • Shopee Super Influencer: Nyokki Ho
  • Shopee Super Influencer: Fateha
  • Shopee Super Influencer: Chang Yong
  • Shopee Super Influencer: Hasha Shah
  • Shopee Super Influencer: Nurul Najiah Hassan
  • Shopee Super Influencer: Nurhasuna
  • Shopee Super Influencer: Afiqchii
  • Shopee Super Influencer: Toklez
  • Shopee Super Influencer: Dina Sallehuddin
  • Shopee Super Influencer: Sarah Mohd Shah
Anugerah di bawah Kategori Shopee Super Affiliate

Shopee Affiliates bangga dapat membina hubungan dengan pelanggan dalam cara yang boleh dipercayai, membawakan cadangan produk dan 'review' jujur, dan memacu trafik untuk jenama dan penjual tempatan. Lima affliate strim langsung diiktiraf atas kejayaan mencapai pesanan, keterlibatan dan 'likes', dan jumlah penonton unik strim langsung tertinggi sepanjang tahun. Tambahan, lima pempengaruh Super Affiliate diiktiraf atas kejayaan mereka menyumbang kepada purata pesanan harian tahun demi tahun.

  • Shopee Super Affiliate Livestreamer: Norashikin Binti Abd Rashid
  • Shopee Super Affiliate Livestreamer: Ng Su Ling
  • Shopee Super Affiliate Livestreamer: Jacklyn Goh Seoh Hooi
  • Shopee Super Affiliate Livestreamer: Fadzilah Binti Abdul Jalil
  • Shopee Super Affiliate Livestreamer: Chew Shiau Yin
  • Shopee Super Affiliate Influencer: Puteri Syarlia Binti Sahfuzzaman
  • Shopee Super Affiliate Influencer: Norita Binti Omar
  • Shopee Super Affiliate Influencer: Indriana
  • Shopee Super Affiliate Influencer: Nurul Iman Binti Abdul Rahim
  • Shopee Super Affiliate Influencer: Syazwani Binti Md Saad
Penghargaan buat Rakan Penaja

Atas sokongan dan dedikasi rakan penaja yang memainkan peranan penting dalam menguatkan ekosistem Shopee, Anugerah Shopee Super Partner termasuk jenama Carlsberg, INNISFREE, KITSUI, Pernod Ricard, Signature Market, SKINTIFIC, dan Vinda.

Shopee Rai Lokal - Breaking Barriers Online

Para pemenang juga dibawa menonton dokumentari yang julung-julung kali diterbitkan oleh Shopee bertajuk "Shopee Rai Lokal - Breaking Barriers Online". Filem ini mempertengahkan temu bual bersama Edward Wong dari HomeDecoStore, Felicia Tan dari Mamami Shoppe, dan Mohd Zaid dari Lampu Cherita. Mereka berkongsi kisah peribadi mereka dalam menembusi halangan, bermula secara kecil-kecilan, dan mencipta kejayaan dalam sentiasa berkembang dalam bidang masing-masing.

"Dengan perkongsian dokumentari ini, kami berharap ianya dapat memberi inspirasi kepada yang lain untuk mencapai impian dalam talian mereka. Kami juga memudahkan rakyat Malaysia untuk membeli lokal dengan meraikan penjual terbaik dan menceritakan kisah mereka," kata Soh.

Tonton Dokumentari Shopee Rai Lokal di: https://www.youtube.com/watch?v=_DD7zTehkvY dan baca buku Shopee Rai Lokal di https://sites.google.com/shopee.com/prnewsroom/home

Nota untuk Pengarang

  1. Senarai penuh pemenang Shopee Super Awards 2023 dilampirkan.
  2. Tempoh pengundian Shopee Super Awards 2023 dilangsungkan pada 3 November 2023 sehingga 30 November 2023, dengan lebih 669,101 undian dari seluruh Malaysia.

Lampiran: Senarai penuh pemenang Shopee Super Awards 2023

No
Award Name
Winner
1
Malaysian-Born Brand
HABIB Official Store
2
Shopee Super Affiliate Influencer
PUTERI SYARLIA BINTI SAHFUZZAMAN
3
Shopee Super Affiliate Influencer
NORITA BINTI OMAR
4
Shopee Super Affiliate Influencer
INDRIANA
5
Shopee Super Affiliate Influencer
NURUL IMAN BINTI ABDUL RAHIM
6
Shopee Super Affiliate Influencer
SYAZWANI BINTI MD SAAD
7
Shopee Super Affiliate Livestreamer
NORASHIKIN BINTI ABD RASHID
8
Shopee Super Affiliate Livestreamer
NG SU LING
9
Shopee Super Affiliate Livestreamer
JACKLYN GOH SEOH HOOI
10
Shopee Super Affiliate Livestreamer
FADZILAH BINTI ABDUL JALIL
11
Shopee Super Affiliate Livestreamer
CHEW SHIAU YIN
12
Shopee Super Affiliate Partner
Shopback
13
Shopee Super Celebrity
Neelofa
14
Shopee Super Celebrity
Dato' Jovian Mandagie
15
Shopee Super Celebrity
Zoey Rahman
16
Shopee Super Celebrity
Ceddy Ang
17
Shopee Super Celebrity
Ainul Aishah
18
Shopee Super Celebrity
Nuex Rosli
19
Shopee Super Celebrity
Dato' Sri Siti Nurhaliza
20
Shopee Super E-Commerce Enabler
GIMMEDIA
21
Shopee Super E-Commerce Enabler
STORE N GO
22
Shopee Super Influencer
Nyokki Ho
23
Shopee Super Influencer
Fateha
24
Shopee Super Influencer
Chang Yong
25
Shopee Super Influencer
Hasha Shah
26
Shopee Super Influencer
Nurul Najiah Hassan
27
Shopee Super Influencer
Nurhasuna
28
Shopee Super Influencer
Afiqchii
29
Shopee Super Influencer
Toklez
30
Shopee Super Influencer
Dina Sallehuddin
31
Shopee Super Influencer
Sarah Mohd Shah
32
Super Aspiring Brand - Electronics
DREAME
33
Super Aspiring Brand - Fashion
Zoe Arissa Luxe
34
Super Aspiring Brand - FMCG
SKINTIFIC
35
Super Aspiring Brand - Lifestyle
Touch 'n Go Malaysia
36
Super Baby & Kids Brand
Drypers (Vinda)
37
Super Baby & Kids Seller
Momo House
38
Super Beauty Brand
NIVEA MALAYSIA
39
Super Beauty Livestream Brand
Maybelline Malaysia Official Store
40
Super Beauty Livestream Seller
KL-PHARMACY
41
Super Beauty Seller
LONKOOM
42
Super Bintang
Kelvin Yam
43
Super Campaign Partner Award
Bank Muamalat Malaysia Berhad
44
Super Campaign Partner Award
Midea Scott & English Electronics Sdn Bhd
45
Super Campaign Partner Award
Gigi Coffee
46
Super Contributor Award
Mimi Faezah
47
Super Deals Brand Award
A&W
48
Super Electronic Livestream Brand
70mai
49
Super Electronic Livestream Seller
allblue5367
50
Super Essentials Brand
Nestlé
51
Super Essentials Livestream Brand
MYDIN Malaysia
52
Super Essentials Livestream Seller
PHINIX STORE
53
Super Essentials Seller
Khairul Aming
54
Super Fashion Accessories Brand
Masdora Official Store
55
Super Fashion Accessories Seller
Grimo
56
Super Fashion Apparel Brand
Levi's Official Store
57
Super Fashion Apparel Seller
LAU THING HIM
58
Super Fashion Livestream Brand
XES Shoes
59
Super Fashion Livestream Seller
ELGINI APPAREL SDN BHD
60
Super Fashion Shoes Brand
Skechers Malaysia
61
Super Fashion Shoes Seller
Webee
62
Super Favourite Local Food Award
Warung by Warung Wok
63
Super Home Appliances Brand
Dyson
64
Super Home Appliances Seller
The White Goods
65
Super Jualan Rahmah Award
TopBabyExpo
66
Super Lifestyle Brand
Kitchen Z
67
Super Lifestyle Livestream Brand
STABILO Official Store
68
Super Lifestyle Livestream Seller
JAYATECH
69
Super Lifestyle Seller
MUSIC BLISS SDN BHD
70
Super Mobile & Smart Devices Brand
Samsung Malaysia Official
71
Super Mobile & Smart Devices Seller
Spraygadget
72
Super Shopee Premium Award
Pandora MY Flagship Store
73
Super Strategic Partner Award
Malayan Banking Berhad
74
Super Strategic Partner Award
Sasbadi Holdings Berhad
75
Super Supporter Award
Lee Haw Han
76
Super Tech & Gaming Brand
HP Official Store
77
Super Tech & Gaming Seller
Impulse Gaming
78
Super Xpert
Victor Chow
79
Superpartner SeaMoney
Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad
80
Superpartner ShopeePay
Domino's Pizza Malaysia





Hashtag: #ShopeeRaiLokal #ShopeeMY #MYShopeeSuperAwards2023

Công ty phát hành chịu trách nhiệm cho nội dung của thông báo này
Mengenai Shopee
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membantu para peniaga mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.
NGUỒN:

Shopee Malaysia

DANH MỤC:

Retail

ĐỌC TRONG:

English

ĐÃ XUẤT BẢN VÀO:

28 Dec 2023

Thông cáo báo chí trước đây

Chi tiết hơn

Talk to Media OutReach Newswire today

LIÊN HỆ VỚI CHÚNG TÔI NGAY BÂY GIỜ