Dagangan Strim Langsung dan Affiliate Capai Kemuncak Baharu di Shopee Pada 2023



Penjual Tempatan memperoleh manfaat daripada Sokongan yang Boleh Dipercayai

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 1 Disember 2023 - Dagangan strim langsung dan affiliate telah memacu keterangkuman pasaran lebih baik terhadap penjual dan bakat tempatan di platform Shopee pada 2023. Sepanjang tahun lalu, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara & Taiwan ini menyaksikan rakyat Malaysia menonton strim langsung lebih 34 juta jam di Shopee Live dan berinteraksi dengan pempengaruh tempatan sebanyak 3.5 billion kali. Buat penjual yang mencapai lebih RM500,000 dalam jualan tahun ini, pesanan strim langsung mewakili 10 - 40% jumlah pesanan platform. Berbanding 2022, Shopee menyaksikan pesanan yang melibatkan affiliate meningkat 420%, dengan penglibatan lebih 20,000 ahli affiliate baharu dalam ekosistem Shopee.

Konsert Shopee Live 9.9 Countdown dengan selebriti tempatan (kiri) dan Shopee House 2023 dengan jenama tempatan dan pempengaruh serta affiliate Shopee (kanan)
Konsert Shopee Live 9.9 Countdown dengan selebriti tempatan (kiri) dan Shopee House 2023 dengan jenama tempatan dan pempengaruh serta affiliate Shopee (kanan)

"Ini menunjukkan kejayaan bermakna dalam perjalanan transformasi digital Malaysia. Trend ini telah merevolusikan cara rakyat Malaysia membeli-belah, belajar, dan berinteraksi dengan jenama yang mencipta landskap dalam talian dinamik dan interaktif. Ianya juga menunjukkan e-dagang kini lebih hiperlokal; rakyat Malaysia di platform kami memilih ahli strim langsung dan ahli affiliate tempatan, manakala penjual tempatan kami pula menaiktaraf kemahiran untuk menjadi lebih relevan dengan penonton mahir digital," komen Kenneth Soh, Ketua Pemasaran di Shopee Malaysia.

Strim langsung di mana penonton boleh membeli-belah dan integrasi lancar e-dagang terhadap sesi strim langsung telah menawan pengguna tempatan baik tua atau muda dengan membekalkan pengalaman membeli-belah berinteraktif dalam mereka mencari pelbagai jenis produk termasuk motorsikal, keropok lekor, coklat, barangan kemas, atau barangan dapur. 60% peminat Shopee Live membeli barangan kecantikan dan fesyen, 20% membeli barangan dapur dan produk bayi, 10% mencari peralatan rumah dan elektronik, sementara selebihnya membeli barangan automotif, sukan, dan aktiviti luar pada tahun lalu.

Perluasan Shopee Live kepada pasaran vertikal baharu telah membuka banyak peluang kepada penjual tempatan. 60% penjual Shopee Live terbaik dari segi jualan pada 2023 merupakan penjual dan jenama tempatan seperti PHINIX STORE, Momo House, Elgini Apparel, MYDIN, dan HABIB. Penjual tempatan bukan sahaja menggunakan fungsi lelong dan permainan interaktif di Shopee Live untuk memahami citarasa penonton dengan lebih baik tetapi mereka juga memanfaatkan sokongan yang boleh dipercayai daripada selebriti Malaysia seperti Elfira Loy, Najiah Hassan, Sherry Alhadad, Syamira Zahar, dan Zoey Rahman.

Jenama dan penjual Malaysia bekerjasama dengan ahli affiliate Shopee yang menghubungkan mereka dengan pelanggan tempatan, memberikan cadangan dan ulasan jujur, dan memacu trafik. Berdasarkan pesanan affiliate sepanjang 12 bulan yang lalu, pelanggan ahli affiliate Shopee kebanyakannya membeli barangan Rumah dan Gaya Hidup (30%), diikuti Kesihatan dan Kecantikan (25%) and Telefon dan Aksesori (25%). 70% daripada produk terbaik yang dibeli rakyat Malaysia adalah melalui pautan affiliate Shopee yang memanfaatkan penjual tempatan. Lebih kurang dua pertiga pautan Shopee yang dijana tahun ini membawa trafik untuk menaikkan penjual tempatan seperti B.S.B (Bed Sheet Bestseller), Momo House, dan Myfooyin.

"Kerjasama ini memanfaatkan semua pihak," kata Soh. "Ahli affiliate tempatan mendapat manfaat dari format interaktif dan bermakna yang membolehkan pembelian segera dan memaksima keuntungan mereka, berdasarkan usaha mereka. Manakala, penjual tempatan mendapat manfaat dari ahli affiliate yang mempunyai pengikut setia dan reputasi untuk mencadangkan produk berkualiti; mereka juga boleh membawa asosiasi positif dengan jenama dan penjual strim langsung."

Kejayaan dagangan strim langsung dan ahli affiliate seperti yang disaksikan oleh Shopee pada 2023 mencorak langkah kepada perkembangan digital untuk tahun-tahun seterusnya. Dengan kemajuan berterusan teknologi dan citarasa berubah pengguna tempatan, trend ini bakal memainkan peranan penting dalam memacu keterangkuman penjual tempatan dalam pasaran.

Pada Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi, rakyat Malaysia boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan pada harga diskaun dengan Shopee Live, dan berpeluang memenangi Tol Percuma Selama 1 Tahun apabila mereka menyertai Roda Shopee. Untuk maklumat lanjut, lawat https://shopee.com.my/m/12-12



Hashtag: #Shopee #ShopeeMY #ShopeeMalaysia #ShopeeLive #ShopeeAffiliate

Công ty phát hành chịu trách nhiệm cho nội dung của thông báo này
Mengenai Shopee
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membantu para peniaga mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.

NGUỒN:

Shopee Malaysia

DANH MỤC:

Retail

ĐỌC TRONG:

English

ĐÃ XUẤT BẢN VÀO:

01 Dec 2023

Thông cáo báo chí trước đây

Chi tiết hơn

Talk to Media OutReach Newswire today

LIÊN HỆ VỚI CHÚNG TÔI NGAY BÂY GIỜ