Penjual Malaysia Mengutamakan Pengalaman Membeli-belah Dipercayai



9 dalam 10 Melindungi Perniagaan dari Penipuan dalam Talian di Shopee

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 8 November 2023 - Tinjauan baharu terhadap penjual di Shopee mendapati bagaimana penjual mengutamakan pembelian selamat kepada pelanggan. Apabila 500 penjual dalam talian tempatan ditanya, "Apakah platform pilihan untuk menjalankan perniagaan dalam talian secara selamat untuk pelanggan?" di bulan September 2023, 90% memilih Shopee daripada sembilan platform lain.

Shop Safe with Shopee
Shop Safe with Shopee

"Hasil tinjauan ini menyaksikan kepercayaan tinggi penjual Malaysia terhadap keupayaan Shopee dalam membekalkan platform yang selamat untuk perniagaan mereka. Platform kami menawarkan pelbagai ciri perlindungan yang inovatif untuk membantu pelanggan kekal selamat seperti Shopee Guarantee, pilihan pembayaran selamat, dan program pengesahan Preferred+ dan Shopee Mall. Shopee juga bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk melawan penipuan dan melindungi pengguna kami," kata Kenneth Soh, Ketua Pemasaran di Shopee.

Impak Ketara terhadap Keuntungan Penjual

Tinjuan #ShopSafewithShopee mendapati sembilan dalam sepuluh penjual Malaysia di Shopee telah melindungi perniagaan mereka dari semua bentuk penipuan dalam talian pada tahun lalu. Membekalkan pengalaman membeli-belah boleh dipercayai telah memberikan manfaat ketara seperti berikut:

  • 53% penjual melindungi reputasi jenama dengan rating cemerlang, mengelak kehilangan pengikut, dan mengurangkan aduan pelanggan terhadap kedai mereka.
  • 24% penjual berjaya jimat berbelanja dari sebarang liabiliti yang mungkin wujud disebabkan oleh penipuan seperti pembatalan pesanan dan bayaran pemprosesan.
  • 23% penjual mengekalkan kesinambungan jangka masa lama buat operasi mereka kerana mereka berjaya mengekalkan kesetiaan pelanggan dan mengelak gangguan perniagaan dalam talian.

Hasil ini menunjukkan hakikat bahawa penjual amat memahami bahawa pelanggan mahu yakin yang mereka membeli daripada penjual yang boleh dipercayai dan pembelian mereka dilindungi. Dengan mengambil langkah-langkah untuk memastikan pembelian selamat, penjual tahu mereka boleh membina kepercayaan dengan pelanggan dan meningkatkan jualan mereka.

Mengutamakan Ciri Keselamatan untuk Kepercayaan Maksima Pelanggan

Shopee mengukuhkan jualan bertanggungjawab dalam kalangan penjual dengan memberi insentif untuk memastikan khidmat terbaik diberikan kepada pembeli. Hab Pendidikan Penjual Shopee University turut memacu pendidikan melalui webinar percuma tentang Perlindungan Jenama Malaysia, Polisi Pemulangan, dan Shopee Mall.

Apabila ditanya, "Apabila anda memulakan perniagaan dalam talian, apakah ciri yang anda utamakan untuk memastikan keselamatan pelanggan anda?" Hasil daripada penjual tempatan yang mengambil bahagian dalam tinjauan adalah:

  • 47% penjual di Shopee telah membentuk piawaian operasi keselamatan yang kukuh dengan mematuhi polisi dan garisan panduan selamat Shopee, membekalkan khidmat pelanggan terbaik, dan sekaligus mengumpul rating dan testimoni dari pelanggan.
  • 35% penjual telah disahkan sebagai penjual Shopee Mall, Preferred+, Preferred dengan objektif untuk membolehkan pelanggan mengetahui yang mereka mengikuti Polisi Ketulenan 100%, mematuhi polisi pemulangan/wang kembali 15-hari untuk semua pembeli, dan mempunyai lebih 95% produk disenaraikan sebagai sedia ada.
  • 17% penjual memastikan pelanggan mereka tahu bahawa Shopee menawarkan pelbagai pilihan pembayaran secara selamat dan polisi pemulangan/wang kembali, seperti Shopee Guarantee, di mana bayaran kepada penjual ditangguh sementara oleh Shopee sehingga pembeli mengesahkan pesanan mereka dipenuhi dan memuaskan.

Langkah-langkah proaktif ini adalah sejajar dengan apa yang pelanggan tempatan mahukan untuk pengalaman selamat dalam talian. Dalam tinjauan mirip terhadadap 1,000 pembeli-belah pada bulan lalu, Shopee mendapati rakyat Malaysia menghargai pendapat pembeli lain ketika membeli dalam talian. Mereka juga berkemungkinan memilih penjual yang telah disahkan Shopee atau mempunyai rekod khidmat pelanggan yang baik.

Ketika 11.11 Jualan Hebat, pengguna boleh membeli-belah tanpa risau di Shopee Mall. Dengan lebih 5,000 jenama terkemuka, pengguna boleh membeli dari jenama asli 100%, nikmati polisi pemulangan 15-hari, dan Jaminan Wang Kembali 8 Kali Ganda. Keahlian Jenama Shopee Mall menberi akses utama terhadap produk baharu, layak untuk mendapat diskaun dan promo khas untuk ahli, dan menebus baucar dan hadiah sambil memperoleh 'points' dengan setiap pembelian. Ketika kemuncak 11.11, pengguna bole menikmat promo dan diskaun dari jenama terkemuka seperti 70mai, Dessini, Skechers, SKINTIFIC, Vinda, dan banyak lagi, terutamanya melalui Shopee Live.

Shopee 11.11 Jualan Hebat: https://shopee.com.my/m/11-11
Promo Asli 100% Shopee Mall: https://shopee.com.my/m/100-authentic-deals
Nikmati keistimewaan VIP dengan Keahlian Jenama Shopee Mall: https://shopee.com.my/m/shopee-mall-brand-memberships

Notes to Editor
*Tinjauan Shopee pada 14 Ogos - 14 Sep 2023 terhadap 1,000 pembeli dan 500 penjual adalah dijalankan secara sukarela di seluruh platform untuk menganggar situasi dan peranan penipuan dalam talian terhadap pengalaman membeli dalam talian.
**Polisi Ketulenan 8x Wang Kembali Shopee Mall: https://shopee.com.my/m/Shopee-Mall-8X-Authenticity-Policy
*** Artikel pendidikan Shopee Guarantee https://help.shopee.com.my/portal/article/78775-[Order-Protection]-What-is-Shopee-Guarantee%3F



Hashtag: #Shopee #ShopeeMalaysia #ShopSafeWithShopee #Shopee1111BigSale #ShopeeMall #Shopee1111JualanHebat

Công ty phát hành chịu trách nhiệm cho nội dung của thông báo này
Mengenai Shopee
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.
NGUỒN:

Shopee Malaysia

DANH MỤC:

Retail

ĐỌC TRONG:

English

ĐÃ XUẤT BẢN VÀO:

08 Nov 2023

Thông cáo báo chí trước đây

Chi tiết hơn

Talk to Media OutReach Newswire today

LIÊN HỆ VỚI CHÚNG TÔI NGAY BÂY GIỜ