Kenanga Kekalkan Momentum Keuntungan, Diperkukuh oleh Strategi Digital



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach- 31 Mei 2021 - Bank pelaburan bebas terkemuka Malaysia, Kenanga Investment Bank Berhad ("Kenanga" atau "Kumpulan") hari ini mengumumkan penyata kewangan suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2021 ("S121"). Kumpulan mencatat keuntungan selepas cukai dan kepentingan tidak terkawal ("PATNCI" atau "untung bersih") sebanyak RM34.2 juta bagi suku tersebut, iaitu peningkatan sebanyak RM41.1 juta berbanding dengan kerugian bersih RM6.9 juta pada S120. Kerugian bersih terdahulu disebabkan terutamanya oleh peruntukan perbelanjaan kerugian kredit yang telah dibalikkan secara progresif dalam tempoh beberapa suku tahun.



Datuk Chay Wai Leong, Pengarah Urusan Kumpulan Kenanga Investment Bank Berhad


Hasil disatukan bagi suku tahun dalam tinjauan meningkat sebanyak 51.3% secara tahun ke tahun ("YoY") kepada RM250.1 juta pada S121. Pulangan Tahunan atas Ekuiti (ROE) adalah sebanyak 13.8%, berbanding sebanyak 10.7% bagi tahun penuh 2020.


Prestasi kukuh ini disebabkan oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada segmen pembrokeran saham dan segmen pengurusan pelaburan serta kekayaan, selain bahagian keuntungan yang lebih tinggi daripada usaha sama dengan Rakuten Trade.


Bahagian pembrokeran saham Kenanga terus meraih manfaat daripada aktiviti pelaburan yang rancak di Bursa Malaysia. Pada S121, bursa tempatan menyaksikan purata nilai dagangan harian ("ADV") mencapai RM10.0 bilion, iaitu lebih tinggi daripada ADV sebanyak RM8.6 juta yang dicatat sepanjang tahun 2020. Hasilnya, keuntungan sebelum cukai ("PBT") S121 daripada segmen tersebut melonjak kepada RM34.3 juta, berbanding dengan kerugian sebelum cukai ("LBT") berjumlah RM13.6 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.


PBT daripada bahagian pengurusan pelaburan & kekayaan melonjak hampir lima belas kali daripada RM0.5 juta pada S120 kepada RM7.6 juta pada S121. Peningkatan ketara ini disebabkan terutamanya oleh penjanaan pendapatan daripada cas pengurusan yang lebih tinggi.


Pada S121, purata akaun baharu yang dibuka setiap bulan ialah 10,457 bagi usaha sama Kumpulan, Rakuten Trade, iaitu lebih tinggi daripada purata pendaftaran sebanyak 9,893 akaun baharu sebulan yang dicatatkan pada tahun 2020 yang luar biasa.


Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Kenanga Investment Bank Berhad, Datuk Chay Wai Leong , "Strategi digital yang kami laksanakan ternyata sangat berkesan dalam tempoh yang mencabar ini. Pelaburan teknologi yang dibuat pada tahun-tahun terdahulu seperti portal remisier membolehkan kami bekerja secara jarak jauh sebelum kaedah ini menjadi norma baharu. Kini kami terus mengendalikan pendaftaran akaun yang tinggi dan mengurus perkhidmatan klien dengan lancar meskipun berdepan dengan pelbagai Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan di seluruh negara."


"Susulan lonjakan momentum pelaksanaan program pemvaksinan kebangsaan, kami optimistik namun mengambil sikap berhati-hati tentang kesihatan ekonomi secara keseluruhan bagi separuh kedua tahun ini. Dengan sokongan inisiatif digital yang sedang dilaksanakan, kami berada pada landasan yang kukuh untuk memantapkan ekosistem kami, mengekalkan pertumbuhan dan mencapai sasaran bagi tahun 2021," jelas Datuk Chay.


Pada bulan lalu, subsidiari milik penuh Kumpulan, iaitu Kenanga Investors Berhad, telah melancarkan Dana Kenanga Waqf Al-Ihsan, sekali gus meluaskan lagi pelaburan patuh Syariah Kumpulan. Dana Waqf Al-Ihsan ialah jentera berasaskan kedermawanan Islamik yang tertumpu kepada  bidang seperti pendidikan, penjagaan kesihatan, pemerkasaan ekonomi dan pemeliharaan alam sekitar. Dana ini akan berfungsi sebagai platform bagi produk berkaitan ESG yang lain sebagai sebahagian daripada usaha Kenanga Investors ke arah pelaburan yang mampan dan bertanggungjawab dari segi sosial.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Kenanga, sila layari www.kenanga.com.my




Công ty phát hành chịu trách nhiệm cho nội dung của thông báo này
Mengenai Kenanga Investment Bank Berhad 197301002193 (15678-H)
Mengenai Kenanga Investment Bank Berhad 197301002193 (15678-H)

Ditubuhkan lebih 45 tahun lalu, Kenanga Investment Bank Berhad ("Kumpulan") merupakan kumpulan kewangan di Malaysia yang mempunyai pengalaman luas dalam pembrokeran ekuiti, perbankan pelaburan, perbendaharaan, perbankan Islamik, derivatif tersenarai, pengurusan pelaburan, pengurusan kekayaan, pemberian pinjaman berstruktur dan pembiayaan perdagangan.

 

Kumpulan telah meraih beberapa anugerah dan penghargaan cemerlang yang mencerminkan kedudukan pasaran Kumpulan yang kukuh.  Kumpulan telah menerima anugerah di bawah kategori Organisasi Peserta Ekuiti Terbaik Keseluruhan daripada Bursa Malaysia, Peserta Perdagangan Derivatif Terbaik, Pengeluar Waran Berstruktur Terbaik, Organisasi Peserta Ekuiti Runcit Terbaik, Bank Pelaburan Organisasi Peserta Ekuiti Institusi Terbaik; di samping Peserta Pelaburan Terbaik dan Organisasi Peserta Ekuiti Institusi Terbaik serta bagi Ekuiti dan Derivatif Kewangan selama 18 tahun berturut-turut. Kumpulan juga telah menerima pengiktirafan daripada Bursa Malaysia bagi kategori Perdagangan Derivatif Institusi Terbaik.

 

Kumpulan masih menjadi penerima berkala dan berulang bagi penghargaan industri yang terunggul seperti anugerah Lipper, Fundsupermart dan Morningstar. Bagi usaha berterusan Kumpulan dalam program jangkauan komuniti dan kerja sukarela kakitangan, Kumpulan telah meraih anugerah syarikat rebutan sepanjang tahun bagi program kesedaran alam sekitar dan kemampanan dalam Anugerah Kemampanan & CSR Malaysia 2020.

 

Pada hari ini, Kenanga Investment Bank Berhad merupakan bank pelaburan bebas  yang terunggul dan terkemuka di Malaysia dengan komitmen berterusan kepada usaha memacu kolaborasi, inovasi dan pendigitalisan di pasaran.

 

Siaran media ini dikeluarkan oleh Jabatan Pemasaran & Komunikasi Kumpulan Kenanga.

NGUỒN:

Kenanga

DANH MỤC:

Business

ĐỌC TRONG:

English, Simplified Chinese

ĐÃ XUẤT BẢN VÀO:

31 May 2021

Thông cáo báo chí trước đây

Chi tiết hơn

Talk to Media OutReach Newswire today

LIÊN HỆ VỚI CHÚNG TÔI NGAY BÂY GIỜ