ECOVACS ROBOTICS Memperkenalkan Rangkaian DEEBOT T9 9-dalam-1 Di Malaysia - DEEBOT Terbaik Kami Kini Semakin Hebat!
Pembersih vakum robot yang “Terbaik Kini Semakin Hebat" dengan pengenalan ciri memvakum sambil mengelap yang pertama di pasaran
KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach
- 2 April 2021 - Pembuat robot kerja rumah terkemuka di dunia, ECOVACS ROBOTICS
hari ini melancarkan Rangkaian DEEBOT T9, yang terdiri daripada DEEBOT T9 dan
DEEBOT T9+, iaitu model pembersih vakum robot pintar yang pertama dengan ciri
mengelak halangan 9-dalam-1, selain menggabungkan fungsi memvakum dan mengelap
dengan penyegar udara bergerak. Rangkaian DEEBOT T9
telah dipertingkatkan dengan ciri-ciri canggih yang lebih berkuasa dan lebih
pintar berbanding model sebelumnya.
Rangkaian DEEBOT T9 dapat memudahkan kerja membersih rumah dengan 9 ciri
hebat, termasuk teknologi TrueDetect 3D 2.0 untuk mengesan dan mengelak
halangan secara strategik dalam masa nyata; TrueMapping 2.0 untuk menavigasi
dengan tepat; Aplikasi ECOVACS HOME dengan Peta 3D, serta Sistem Mengelap
Berayun Elektrik OZMO™ Pro 2.0 yang berkesan untuk menanggalkan kotoran
degil dengan lebih cekap dan senyap, berbanding generasi sebelumnya.
"Kami sentiasa mengawasi permintaan pasaran, dan ia menunjukkan
pengguna mahukan produk pintar yang boleh memudahkan kerja rumah dan mampu
berfungsi sebanyak yang boleh, dalam satu waktu. ECOVACS komited untuk
membawakan penyelesaian membersih terkini yang pintar dan unik kepada
pengguna," kata David Qian, Ketua Pegawai Eksekutif bagi ECOVACS ROBOTICS.
"Teknologi generasi baharu bersama dengan ciri-ciri sesuai telah
diperkenalkan, dan kami juga telah meluaskan Rangkaian DEEBOT T9 kami untuk
memastikan setiap inci dan permukaan lantai akan diliputi. DEEBOT Terbaik Kami
Kini Semakin Hebat."
Aplikasi ECOVACS HOME dengan Peta 3D dan Teknologi
Mengelak Halangan dan Menavigasi Dipertingkatkan
Teknologi TrueDetect 3D 2.0 menggunakan algoritma terkini untuk mengesan
berbagai jenis halangan dengan cepat untuk mengelaknya secara strategik.
Rangkaian DEEBOT T9 boleh mengesan objek sekecil beberapa milimeter, yang mana
adalah sepuluh kali ganda lebih tepat berbanding produk yang menggunakan
teknologi tradisional inframerah dengan julat mengesan 70-350 milimeter.
Rangkaian DEEBOT T9 juga boleh menavigasi dengan lancar dalam persekitaran
dalaman dan pencahayaan yang berlainan, walaupun dalam keadaan gelap-gelita.
Teknologi TrueDetect 3D 2.0 membolehkan pembersih vakum robot mengelakkannya
daripada terlanggar, tersepit, atau terhenti, supaya pengguna tidak perlu
sentiasa mengawasi dan membersihkan robot.
Penggunaan TrueDetect 3D 2.0 dan TrueMapping 2.0 dengan Peta 3D akan
membuat kerja pembersihan automatik semakin cekap dan memberi pengguna lebih
kefleksibelan. Kedudukan tepat pembersih vakum robot boleh dicari dengan cepat
melalui Peta-peta 2D dan 3D. Pengguna juga boleh menguruskan seluruh tugas
membersih dengan bertukar-tukar antara Peta-peta 2D dan 3D melalui Aplikasi
ECOVACS HOME yang baharu.
Aplikasi ECOVACS HOME yang
baharu menawarkan ciri penggunaan intuitif untuk memperbaiki pengalaman
pengguna dan mengukuhkan penjenamaan ECOVACS. Aplikasi ini mudah untuk
dinavigasi, dan menawarkan pengguna laluan membersih yang optimum. Antara muka
aplikasi menyepadukan semua ciri utama bagi memudahkan akses kepada
fungsi-fungsi penting. Pengguna boleh menetapkan jumlah air yang digunakan,
kuasa sedut, masa membersih, dan laluan untuk bilik-bilik berlainan.
Pengalaman Membersih yang Menyenangkan dengan Penyegar
Udara Terbina Dalam
Rangkaian DEEBOT T9 adalah produk pertama dalam industri yang membersihkan
lantai sambil menyegarkan udara. Penyegar udara ini bersambung kepada sistem bergerak
DEEBOT, supaya pengguna boleh memvakum sambil menggunakan penyegar udara.
Pembersih udara ini mempunyai reka bentuk yang unik untuk melepaskan
haruman terus ke lantai dan menghilangkan bau hapak dan haiwan peliharaan.
Kipas di bahagian bawah penyegar udara pula berfungsi untuk meratakan sebaran
haruman.
Penyegar udara menggunakan kapsul boleh ganti, yang boleh bertahan sehingga
60 hari, dan menawarkan tiga jenis haruman. Pengguna boleh menggunakan Aplikasi
ECOVACS HOME untuk membuka atau menutup penyegar udara bagi
memanjangkan jangka hayatnya.
Prestasi Membersih Yang Lebih Berkuasa dengan OZMO™ Pro 2.0 dan Ciri Stesen
Auto-Buang
Rangkaian DEEBOT T9 dilengkapkan dengan Sistem Mengelap Berayun Elektrik
OZMO™ Pro 2.0 yang terkini, dengan motor baharu dan struktur pergerakan yang
mengurangkan bunyi ketika pembersihan dijalankan.
Prestasi membersih juga lebih
berkuasa dengan kuasa sedutan 3000 Pa. Struktur kaca gentian yang kukuh
mengekalkan kekonsistenan kuasa sedut semasa memvakum kedua-dua lantai keras
dan permaidani. Getaran frekuensi tinggi sehingga 480 kali seminit meningkatkan
prestasi mop untuk menjadikannya hampir setara dengan prestasi mop elektrik.
Rangkaian DEEBOT T9
menggunakan pad mop pakai buang yang perlu dibuang dengan segera selepas
selesai membersih. Gentian mikro ini berkesan untuk menyerap air dengan sekata,
menangkap habuk, dan mengurangkan bekas tanda air. Stuktur komposit menambahkan
geseran antara pad mop dan lantai untuk membantu Sistem Mengelap Berayun
Elektrik OZMO™ Pro 2.0 menanggalkan kotoran degil pada lantai.
Kit tambahan ada disediakan
untuk DEEBOT T9 bagi meningkatkan lagi prestasi membersih dan pengalaman
pelanggan. Stesen Auto-Buang yang membersihkan bekas sampah robot secara
automatik selepas membersih dengan kawalan minimum diperlukan, juga sesuai
digunakan dengan DEEBOT T9 dan DEEBOT T9+.
Harga dan Ketersediaan
Cadangan harga runcit bagi
DEEBOT T9 adalah RM2149. Pra-pemesanan boleh dibuat mulai 4 hingga 16 April di Shopee. Ia boleh didapati secara
rasmi pada Super Brand Day di Shopee dari 17 – 18 April, pada harga istimewa RM1949
bersama dengan tambahan e-baucar RM50 dan pek hadiah percuma.
Ia juga boleh didapati di Lazada dari 19 April, dan akan
ditawarkan pada harga promosi RM1949 bersama dengan tambahan e-baucar RM50 dan
pek hadiah percuma dari 23 hingga 24 April.
Untuk maklumat lanjut, sila
lawati ecovacs.com atau hubungi kami di Facebook. Kami akan mengeluarkan lebih
banyak produk di bawah Rangkaian DEEBOT T9 pada tahun ini.
Công ty phát hành chịu trách nhiệm cho nội dung của thông báo này
Mengenai ECOVACS ROBOTICS
Berinovasi
Dari Dahulu – Membina Rumah Pintar.
ECOVACS
ROBOTICS menawarkan penyelesaian-penyelesaian inovatif untuk meningkatkan gaya
hidup anda. Berpandukan penggunaan dan pengalaman pengguna, kami menghasilkan
robot-robot yang membolehkan anda "menikmati kehidupan secara pintar."
Kami
telah melaburkan masa 20 tahun untuk menyelidik industri dan reka bentuk yang
terbaik bagi menghasilkan rumah yang lebih pintar dan responsif. Kami ingin
mengurangkan beban kerja di rumah, supaya anda boleh berfungsi dengan lebih
cekap dan dapat meluangkan lebih banyak masa untuk menikmati aktiviti kegemaran
anda.