ECOVACS ROBOTICS Memperkenalkan Rangkaian DEEBOT N8 PRO Di Malaysia Bebas tangan anda dari Pembersihan Rumah dengan Berkesan



Rangkaian vakum robot DEEBOT N8 PRO menawarkan ciri pembersihan automatik yang lebih berkuasa dan menyenangkan

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 2 April 2021 - Pembuat robot kerja rumah terkemuka di dunia, ECOVACS ROBOTICS hari ini melancarkan Rangkaian DEEBOT N8 PRO di Malaysia yang menawarkan pelanggan penyelesaian membersih yang berkesan, tanpa kawalan tangan. Sebagai ahli penting pertama dalam rangkaian ini –Rangkaian DEEBOT N8 PRO menggunakan teknologi mengesan dan mengelak halangan TrueDetect 3D serta teknologi pemetaan dan menavigasi berasaskan laser TrueMapping. Ia turut dilengkapkan dengan Stesen Auto-Buang untuk mengurangkan keperluan membersih tong sampah robot, dan memudahkan kerja pembersihan bagi memastikan persekitaran yang selamat untuk kediaman anda.







 

Teknologi TrueDetect 3D dapat mengesan objek dengan tepat bagi melancarkan kerja pembersihan


ECOVACS menggunakan teknologi lampu berstruktur TrueDetect 3D dan algoritma mengimbas 3D, untuk membenarkan robot mengimbas persekitaran bilik dengan tepat, dan mengesan halangan yang amat kecil untuk mengelakkan robot daripada terlanggar, terhenti atau tersepit. Rangkaian DEEBOT N8 PRO boleh mengelak dan membersihkan kawasan sekitar perabot serta objek-objek seperti kasut, tali wayar dan mainan kecil. Ia boleh mengimbas secara mendalam dan jauh untuk menghasilkan imej 3D bagi ruang dan objek sekecil saiz milimeter, dengan cepat dan tepat. Berbanding teknologi inframerah tradisional, ia dapat mengesan objek 10X lebih tepat. Keupayaan robot untuk mengimbas permukaan gelap dengan baik membolehkannya mengecam perabot dan objek berwarna gelap dengan lebih tepat bagi mengelakkan pelanggaran, dan memastikan permaidani berwarna gelap tidak akan terlepas imbas.

 

Menggunakan Teknologi TrueMapping untuk Memeta Rumah dengan 2x Liputan dan 4x Ketepatan


Peta-peta lantai boleh dihasilkan dalam beberapa saat dengan teknologi memeta dan menavigasi berasaskan laser TrueMapping. Rangkaian DEEBOT N8 PRO boleh menavigasi rumah dengan baik, memilih bilik dan lantai untuk dibersihkan, dan menetapkan laluan pembersihan yang optimum bagi peta lantai masing-masing.

 

Rangkaian DEEBOT N8 PRO menggunakan ciri pengesanan laser dToF untuk meningkatkan keupayaan mengecam jarak sebanyak dua kali ganda, dan pengecaman objek sebanyak empat kali ganda. Jarak pengesanan ditingkatkan kepada 10 meter, dengan keupayaan mengesan objek sekecil dua milimeter. Rangkaian N8 PRO menggunakan algoritma industri terkini untuk mengimbas, memeta dan merancang laluan membersih yang cekap dengan lebih pantas dan tepat, bagi memudahkan kerja membersih rumah yang lebih besar. Fungsi Batas Maya™ boleh dikawal menggunakan Aplikasi ECOVACS Home, di mana pengguna boleh menyekat robot daripada memasuki dan membersih kawasan spesifik yang ingin dijaga privasinya.

 

Prestasi membersih yang lebih berkuasa dengan kuasa sedutan 2600 Pa


Sistem Penahan Tekanan Baharu kami berkesan untuk membekalkan tenaga dan tekanan vakum tinggi pada kadar bising minimum. Untuk memastikan pembersihan yang lebih berkesan, kuasa sedut bagi rangkaian DEEBOT N8 PRO telah dipertingkatkan kepada mod Max+ 2600 Pa. Berus Terapung 2.0 dilengkapkan dengan gantungan dan reka bentuk terkini untuk menangkap habuk yang tersepit antara rekahan-rekahan dalam. Berus terapung akan berayun secara menegak sahaja, untuk membersih dan menyedut dengan lebih berkesan, dan menangkap habuk atau zarah yang lebih besar.

 

Memvakum sambil mengelap dengan OZMO™


Rangkaian DEEBOT N8 PRO dilengkapkan dengan pam air dan tangki air elektronik yang membolehkan anda mengelap sambil memvakum. Sistem Mengelap OZMO™ ECOVACS boleh membersih seluruh rumah dengan cekap tanpa perlu berhenti berulang-kali untuk mengisi tangki air. Rangkaian DEEBOT N8 PRO menggunakan sensor yang bertukar secara automatik antara mengelap atau berhenti melembapkan kain, untuk memastikan proses pembersihan yang lebih selamat dan sekata. Tanpa pendakap kain, tangki air tidak akan cicir meskipun ia penuh. Pengguna boleh mengawasi pengeluaran air menggunakan aplikasi ECOVACS HOME.

 

Rangkaian DEEBOT N8 PRO ini juga datang bersama pad mop pakai buang yang baharu dan pembersih khas yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan membersihkan lantai. Teknologi Mengelap OZMO™ boleh menanggalkan 99.26% hingga 99% bakteria dan meninggalkan lantai anda dengan haruman semula jadi yang segar.

 

Kawalan Pintar untuk Membersih Dari Jarak Jauh


Rangkaian pembersihan automatik DEEBOT N8 PRO ini turut disokong oleh Aplikasi ECOVACS HOME. Pengguna boleh menggunakan telefon pintar atau peranti rumah pintar seperti Amazon Echo/Dot dan Google Home untuk memilih jadual pembersihan yang optimum bagi rumah mereka. Fungsi pemetaan baharu membolehkan pengguna menetapkan pelan membersih bagi setiap bilik, menggunakan berbilang kaedah membersih, dan menyimpan peta berbilang tingkat. Pengguna boleh mengawal robot, menjadualkan pelan membersih dan mengawasi status dari jauh.

 

Pembersihan Tanpa Kawalan Tangan dengan penggunaan Stesen Auto-Buang


Kebanyakan pembersih vakum konvensional di pasaran memerlukan anda membersihkan bekas sampah secara tangan, yang mana adalah agak leceh dan kotor. Aksesori Auto-Buang ini dilengkapkan dengan beg habuk pakai buang 2.5L dengan pemegang yang diperbuat daripada kertas asli, untuk mengurangkan kekerapan membersihkan bekas sampah sehingga 30 hari.

 

Harga dan Ketersediaan


Cadangan harga runcit bagi DEEBOT N8 PRO adalah RM1649. Pra-pemesanan boleh dibuat secara eksklusif mulai dari 4 hingga 16 April di Shopee. Ia boleh didapati secara rasmi pada Super Brand Day di Shopee dari 17 – 18 April, pada harga istimewa RM1599 bersama dengan tambahan e-baucar RM50 dan pek hadiah percuma.

 

Ia juga boleh didapati di Lazada dari 19 April, di mana pengguna boleh mendapatkan e-baucar RM50 serta pek hadiah percuma, dan boleh didapati pada harga promosi RM1599 bersama dengan tambahan e-baucar RM50 dan pek hadiah percuma dari 23 hingga 24 April.

 

Untuk maklumat lanjut, sila lawati ecovacs.com atau hubungi kami di Facebook.



Công ty phát hành chịu trách nhiệm cho nội dung của thông báo này
Mengenai ECOVACS ROBOTICS
Mengenai ECOVACS ROBOTICS

Berinovasi Dari Dahulu – Membina Rumah Pintar.

 

ECOVACS ROBOTICS menawarkan penyelesaian-penyelesaian inovatif untuk meningkatkan gaya hidup anda. Berpandukan penggunaan dan pengalaman pengguna, kami menghasilkan robot-robot yang membolehkan anda "menikmati kehidupan secara pintar".

 

Kami telah melaburkan masa 20 tahun untuk menyelidik industri dan reka bentuk yang terbaik bagi menghasilkan rumah yang lebih pintar dan responsif. Kami ingin mengurangkan beban kerja di rumah, supaya anda boleh berfungsi dengan lebih cekap dan dapat meluangkan lebih banyak masa untuk menikmati aktiviti kegemaran anda.

NGUỒN:

ECOVACS ROBOTICS

DANH MỤC:

Technology

ĐỌC TRONG:

English

ĐÃ XUẤT BẢN VÀO:

02 Apr 2021

Thông cáo báo chí trước đây

Chi tiết hơn

Talk to Media OutReach Newswire today

LIÊN HỆ VỚI CHÚNG TÔI NGAY BÂY GIỜ