Henkel menetapkan sasaran baharu dan hebat untuk pembungkusan dan perlindungan iklim yang mampan



Membina rekod prestasi yang kukuh dalam kemampanan

  • Kemajuan yang kukuh ke arah sasaran kemampanan 2020
  • Sasaran pembungkusan baharu untuk 2025 untuk mengelakkan dan mengurangkan sisa plastik
  • Menjadi sebuah syarikat positif iklim menjelang tahun 2040


DÜSSELDORF, JERMAN - Media OutReach - 12 March 2020 - Henkel telah menerbitkan Laporan Kemampanannya yang ke-29 hari ini, memperincikan prestasi dan kemajuannya dalam semua dimensi kemampanan. Pada masa yang sama, Henkel membentangkan rangka kerja strategiknya untuk masa depan dan menggariskan sasaran baharu dalam bidang utama seperti pembungkusan dan perlindungan iklim yang mampan.




"Komitmen kami terhadap kemampanan telah menjadi sebahagian daripada budaya korporat kami selama beberapa dekad. Kami bekerja dengan penuh keazaman untuk melaksanakan sasaran yang telah ditetapkan untuk tahun 2020, pada masa yang sama, kami akan meningkatkan matlamat kami untuk masa depan dengan  pencapaian baharu untuk menyumbang secara aktif kepada perlindungan iklim, ekonomi kitaran dan kemajuan sosial. Kemampanan tertanam kukuh dalam rangka kerja strategik baharu kami, sebagai salah satu pemacu kelebihan daya saing," kata Carsten Knobel, Ketua Pegawai Eksekutif Henkel.


"Lima tahun yang akan datang merupakan penentu di kedua-dua peringkat global dan juga kami sendiri, sebagai sebuah syarikat. Kami perlu memastikan bahawa kami berada di landasan yang betul untuk mengurangkan pemanasan global dan melaksanakan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," tambah Sylvie Nicol, Ahli Lembaga Pengurusan Henkel yang bertanggungjawab untuk Sumber Manusia dan Kemampanan.


Kemajuan yang kukuh ke arah pencapaian sasaran kemampanan 2020

Menjelang tahun 2030, Henkel menyasarkan untuk menjadi tiga kali lebih cekap dalam aktiviti perniagaannya berbanding dengan jejak alam sekitarnya pada tahun asas 2010. Ini adalah dasar strategi kemampanan Henkel. Menjelang akhir tahun 2019, Henkel telah meningkatkan kecekapannya sebanyak 56 peratus (berbanding dengan tahun 2010).


Henkel telah berjaya mencapai tiga sasaran 2020 lebih awal dari masa yang ditetapkan: pengeluaran CO2 dikurangkan sebanyak 31 peratus dan sisa bagi setiap satu tan produk dikurangkan sebanyak 40 peratus. Pembaikan dalam kesihatan dan keselamatan pekerjaan sebanyak 42 peratus, menunjukkan Henkel telah berjaya mencapai lebih dari apa yang disasarkan untuk tahun 2020. Penggunaan air untuk setiap tan produk juga berjaya dikurangkan sebanyak 28 peratus berbanding tahun 2010. Ini bermakna sasaran untuk pengurangan sebanyak 30 peratus adalah jelas boleh dicapai.


Sasaran yang jelas untuk perlindungan iklim

Menyedari betapa perlunya untuk mengurangkan pelepasan CO2 bagi mengurangkan pemanasan global, Henkel telah meningkatkan wawasan jangka panjangnya untuk menjadi sebuah syarikat yang positif iklim dan memacu kemajuan dalam bidang yang berkaitan dengan rantaian nilainya.


"Berteraskan wawasan untuk menjadi sebuah syarikat positif iklim menjelang 2040, kami secara eksplisit melangkah lebih jauh daripada menjadi neutral karbon dan memperlihatkan komitmen Henkel  untuk menjadi pemimpin dalam kemampanan. Kami mahu memacu kemajuan dalam operasi kami sendiri dan bekerjasama dengan rakan kongsi kami di sepanjang rantaian nilai untuk bersama-sama menyumbang dalam usaha melindungi planet kita," Sylvie Nicol menjelaskan.


Dalam usaha untuk menjadi positif iklim pada tahun 2040, syarikat kami merancang untuk mengurangkan jejak karbon bahan pengeluarannya sebanyak 65 peratus menjelang 2025. Henkel bercadang untuk mencapai matlamat ini dengan berterusan  meningkatkan kecekapan tenaga  dan menggunakan elektrik daripada sumber yang boleh diperbaharui. Menjelang 2040, Henkel berhasrat untuk menukar semua bahan bakar fosil yang digunakan dalam menghasilkan pengeluaran, kepada alternatif yang  neutral iklim dan membekalkan lebihan tenaga neutral karbon kepada pihak ketiga,


Di samping itu, Henkel mahu memanfaatkan jenama dan teknologinya untuk membantu pelanggan, pengguna dan pembekal menjimatkan 100 juta tan CO2 dalam tempoh sepuluh tahun sehingga tahun 2025.


Sasaran pembungkusan baru untuk tahun 2025

Dengan mempergiatkan kemajuan dan kegiatannya dalam pembungkusan yang mampan untuk menggalakkan ekonomi kitaran, Henkel mengukuhkan usahanya dengan sasaran pembungkusan mampan yang baharu dan lebih hebat untuk tahun 2025:

  • 100% boleh dikitar semula atau boleh diguna semula*: Semua pembungkusan Henkel akan dikitar semula atau boleh diguna semula*.
  • Mengurangkan plastik berasaskan fosil sebanyak 50%: Henkel menyasarkan untuk mengurangkan jumlah plastik dara daripada sumber fosil dalam produk pengguna sebanyak 50 peratus. Ini akan dicapai dengan meningkatkan secara global kadar plastik kitar semula bagi produk barangan penggunanya lebih daripada 30 peratus, mengurangkan jumlah plastik, dan meningkatkan penggunaan plastik berasaskan bio.
  • Sisa sifar: Henkel berhasrat untuk membantu mencegah sampah daripada dilupuskan di alam sekitar. Oleh itu, syarikat ini menyokong inisiatif kutipan sisa dan kitar semula dan melabur dalam penyelesaian dan teknologi inovatif untuk menggalakkan kitar semula gelung tertutup. Henkel berhasrat untuk mencapai lebih daripada 2 bilion perhubungan pelanggan setiap tahun dengan menyediakan maklumat bersasar mengenai kitar semula.


Pada akhir tahun 2019, 85 peratus daripada pembungkusan Henkel boleh dikitar semula atau digunakan semula*. Penggunaan plastik kitar semula dalam pembungkusan barangan pengguna Henkel di Eropah telah menjangkau 12 peratus.


Kesan sosial positif terhadap komuniti

Menyumbang kepada kemajuan sosial adalah salah satu daripada enam bidang tumpuan strategi kemampanan Henkel. Henkel mahu meningkatkan lagi kesan sosial positif kepada komuniti menjelang tahun 2025 dengan memastikan 100 peratus penyumberan yang bertanggungjawab, memanfaatkan lebih daripada 50,000 pekerja yang telah dilatih sebagai duta kemampanan dan  membantu memperbaiki 20 juta  kehidupan di seluruh dunia.


Sumber yang bertanggungjawab

Henkel mengekalkan dialog intensif dengan para pembekalnya untuk menggalakkan amalan mampan dan menghormati hak asasi manusia di sepanjang rantaian nilai. Unsur utama strategi penyumberan bertanggungjawab Henkel adalah proses sumber enam peringkat, yang digunakan untuk menilai prestasi kemampanan para pembekalnya dan yang telah tertanam kukuh dalam aktiviti pembelian syarikat. Pada tahun 2019, syarikat ini telah menjalankan kira-kira 86 peratus daripada jumlah pembeliannya dalam bidang pembungkusan, bahan mentah, dan pembuatan kontrak.


Contoh utama yang menunjukkan komitmen Henkel terhadap penyumberan yang bertanggungjawab adalah program "Bersama untuk Kemampanan" - Inisiatif Kimia untuk Rantaian Bekalan Mampan (TfS), yang diasaskan oleh Henkel pada tahun 2011. Dalam inisiatif ini, 23 rakan kongsi dari seluruh industri kimia bergabung tenaga untuk menyelaraskan proses pengurusan rantaian bekalan yang semakin kompleks berkaitan  kemampanan. Unsur utama inisiatif TfS adalah audit dan penilaian dalam talian, yang dilakukan oleh syarikat audit bebas yang terpilih, dan juga EcoVadis, pembekal perkhidmatan khusus dalam analisis kemampanan.


Kemampanan sebagai pembeza

"Di Henkel, kami mahu mengukuhkan kemampanan dalam semua aktiviti kami dan memastikan ia menjadi tonggak utama dalam strategi inovasi di semua unit perniagaan. Ini akan membantu menjadikan Henkel lebih cekap sumber dan memperkukuhkan kelebihan daya saing kami," kata Carsten Knobel.


Sebagai contoh, perniagaan pengguna Penjagaan Kecantikan dan Dobi & Penjagaan Rumah, akan memajukan portfolio produk mereka dengan tumpuan khusus pada penyelesaian pembungkusan yang mampan dan pengeluaran jenama bertujuan. Teknologi pelekat akan terus memanfaatkan potensinya melalui produk dan teknologi yang membolehkan kejayaan penyelesaian industri.


Untuk maklumat lanjut tentang strategi, prestasi dan kemajuan kemampanan Henkel, sila lawati www.henkel.com/sustainability.

 

* Tidak termasuk produk pelekat yang mana bahan sisa boleh menjejaskan kebolehan untuk dikitar semula atau mencemarkan aliran kitar semula




Công ty phát hành chịu trách nhiệm cho nội dung của thông báo này
NGUỒN:

Henkel

DANH MỤC:

Business

ĐỌC TRONG:

English, Indonesian, Thai, Vietnamese

ĐÃ XUẤT BẢN VÀO:

12 Mar 2020

Thông cáo báo chí trước đây

Chi tiết hơn

Talk to Media OutReach Newswire today

LIÊN HỆ VỚI CHÚNG TÔI NGAY BÂY GIỜ