RAMSSOL Group arah tumpuan kepada permintaan yang sedang meningkat terhadap teknologi HR di Asia Tenggara berikutan lebihan langganan saham



  • Penyenaraian bakal meletakkan syarikat ini sebagai penyedia penyelesaian pengurusan modal insan (HCM) tempatan pertama di pasaran ACE Bursa Malaysia
  • Saham syarikat ini yang terlebih langgan menandakan kecenderungan pasaran terhadap penyelesaian HCM berasaskan awan, kecerdasan buatan (AI) dan platform penglibatan pekerja
  • Ketua Pegawai Eksekutif Cllement Tan temui niche, jadi pengusaha pengasas termuda capai IPO sejak kebelakangan ini, arah tumpuan kepada Teknologi HR sebagai bidang pendigitalan perniagaan yang baharu  
  • Lebih 50 peratus dana diperuntukkan bagi pengembangan produk dan penyelidikan dan pembangunan (R&D), mendahului peranan Malaysia sebagai peneraju dalam pembangunan teknologi memuncul

 

CYBERJAYA, MALAYSIA - Media OutReach - 9 July 2021 - RAMSSOL Group Berhad (RAMSSOL), penyedia penyelesaian pengurusan sumber manusia (HCM) digital yang inovatif menyasarkan untuk memajukan penggunaan Teknologi Sumber Manusia (HR) dan menempatkan pendigitalan fungsi HR dalam amalan arus perdana dalam agenda IPO syarikat tersebut yang tertumpu kepada Asia Tenggara. Aspirasi syarikat ini lahir semasa timbulnya keperluan yang kian meningkat bagi organisasi untuk kembali ke landasan pertumbuhan yang diperkasakan oleh pendaya utamanya – tenaga kerja dan tekologi.

 

Sebuah kajian bebas oleh Smith Zander menunjukkan perkembangan yang pesat dalam industri HCM, daripada USD226.86 juta (RM975.68 juta) dalam tahun 2017 kepada USD257.69 juta (RM1.08 bilion) dalam tahun 2020, dengan kadar pertumbuhan tahunan terkompaun (CAGR) sebanyak 4.34%. Kajian yang merangkumi Malaysia, Singapura, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Filipina tersebut memperakui bahawa skop HCM pada hari ini adalah lebih meluas di mana ia merangkumi pengurusan bakat yang menyeluruh, penglibatan pekerja, platform kolaborasi, keupayaan awan dan mudah alih, dan kecerdasan buatan (AI) dan analitik – di samping fungsi tradisional seperti gaji, pengambilan pekerja, dan pengesanan masa.

 

Peneraju syarikat tersebut, Cllement Tan, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, veteran industri dengan pengalaman selama 14 tahun yang juga merupakan usahawan teknologi termuda yang tersenarai di Bursa Malaysia, menjelaskan, "Pengamal HR hari ini menghadapi cabaran dalam menarik dan mengekalkan bakat yang cemerlang dan mewujudkan saluran bakat bagi organisasi yang tangkas. Kini, titik sentuh bakat seperti pengambilan pekerja, pembelajaran, prestasi, kerjaya, perancangan penggantian, dan penglibatan dilihat begitu ketara sekali terpisah antara satu sama lain. Pendigitalan HR dan transformasi HCM, oleh itu, perlu disertakan dalam agenda bagi seluruh syarikat supaya syarikat tersebut berdaya maju, memastikan bahawa infrastruktur teknologi HR syarikat tersebut berupaya memberikan pandangan strategik kepada pembuat keputusan utama."

 

Platform penglibatan pekerja dan kolaborasi sebagai pembeza dalam 'talent war'

 

Sejak bermulanya pandemik COVID-19, permintaan terhadap platform penglibatan dan kolaborasi pekerja semakin meningkat, yang menjadikan aplikasi mudah alih yang dibangunkan sendiri oleh RAMSSOL, iaitu Feet's, relevan dalam konteks tenaga kerja hari ini yang bersifat hibrid, multigenerasi dan berpengetahuan digital. Kini, selari dengan keterbukaan syarikat-syarikat untuk mengguna pakai teknologi pintar dan mewujudkan pengalaman pekerja yang terbaik dalam kelasnya, app ini menjadikan tempat kerja lebih terhubung, menyenangkan dan produktif dengan memodenkan komunikasi di kalangan pekerja. Integrasi app ini dengan Zoom yang dilaksanakan baru-baru ini membolehkan pengguna mengakses atau mengadakan perjumpaan atau webinar Zoom, yang menemukan hadirin yang berada di lokasi dan di alam maya tanpa perlu keluar dari aplikasi mudah alih Feet's atau membayar fi langganan tambahan bagi syarikat.

 

Menjelaskan tentang aplikasi teknologi HCM RAMSSOL, Cllement berkata, "Feet's juga telah menambah elemen gamifikasi untuk mendorong penyertaan yang proaktif dan interaktif tanpa mengira di mana pekerja berada, dilengkapkan oleh fungsi terbina dalam lain seperti forum, alat penghargaan rakan sekerja, platform cadangan dan 'meal group'. Satu lagi penyelesaian kami adalah dalam bidang teknologi kolaborasi yang ditawarkan menerusi LARK. Bertindak sebagai pejabat maya, LARK memudahkan komunikasi masa nyata dan kolaborasi antara pekerja, pengehosan fungsi-fungsi berkait kerja seperti penghasilan dokumen dan pengeditan serta storan awan dan perkongsian fail.

 

Dari segi hasil jualan, laporan Smith Zander menunjukkan pasaran platform penglibatan pekerja mencatatkan pertumbuhan daripada USD1.77 juta (RM7.61 juta) bagi tahun 2017 kepada USD2.67 juta (RM11.22 juta) bagi tahun 2020 pada CAGR sebanyak 14.69 peratus. Dari sudut yang lain pula, saiz pasaran platform kolaborasi berkembang daripada USD249.95 juta (RM1.07 bilion) bagi tahun 2017 kepada USD400.90 juta (RM1.68 bilion) bagi tahun 2020 pada CAGR sebanyak 17.06 peratus, di mana bila digabungkan, mencerminkan peralihan yang signifikan dalam amalan HR, selaras dengan aspirasi syarikat-syarikat perniagaan untuk mewujudkan kelebihan saingan dalam 'talent war' yang bakal dihadapi.

 

Permintaan terhadap AI dan data masa nyata dorong peruntukan IPO sebanyak RM10.4 juta bagi pengembangan produk serantau dan R&D     

 

Lebih daripada 50 peratus daripada sasaran IPO RAMSSOL yang berjumlah RM25.1 juta diperuntukkan bagi tumpuan syarikat tersebut kepada pengembangan produk serantau dan R&D yang didorong oleh penggunaan Teknologi HR di Asia Pasifik[1], yang mengalami peningkatan dua digit sepanjang tiga tahun lepas. Syarikat tersebut berhasrat meletakkan pendigitalan HR dan teknologi pengurusan tenaga kerja di kalangan SME dalam amalan arus perdana, yang dianggap sebagai segmen yang paling pesat berkembang di kalangan seluruh pengguna baru Teknologi HR – di mana ia mewujudkan peluang pemulihan ekonomi yang lebih saksama di Asia Tenggara.

 

"Apa yang pasti ialah teknologi akan terus memainkan peranan yang penting dalam membantu pasukan HR membina organisasi yang mampan dan menjana kecekapan operasi. Pada ketika pengamal beralih kepada penyelesaian berasaskan awan dan AI, strategi pembangunan produk RAMSSOL untuk memperkenalkan fungsi baharu adalah tepat pada masanya. Ini termasuklah mempertingkatkan Feet's dengan teknologi AI dan menghasilkan modul tambahan bagi penyelesaian HCM kami yang berasaskan awan," kata Cllement.

 

Dengan pengaruh pelanggan antarabangsa termasuklah Megatech Education, Export Import Bank of Thailand, CapitaLand Business Services Pte Ltd, Bank Of Ayudhya Public Co., Ltd dan PT Sigma Solusi Integrasi, agenda pengembangan RAMSSOL disokong oleh kepakaran Teknologi HR selama lebih sedekad, dan set teknologi yang mantap. IPO syarikat ini yang dijadualkan pada 13 Julai 2021 menandakan langkah yang pertama seumpamanya bagi sebuah syarikat penyedia penyelesaian HCM tempatan dan membolehkan syarikat ini  meluaskan lagi operasinya ke Filipina.

 

Cllement, dalam kesimpulannya berkata, "Kami bernasib baik kerana mendapat kepercayaan para pelanggan sepanjang tempoh 12 tahun kami beroperasi dan kami juga berasa teruja dengan apa yang menanti RAMSSOL. Memandangkan usaha ke arah kecekapan yang lebih tinggi dari segi operasi dan antara jabatan kini dijangka akan menjana permintaan bagi penyelesaian HCM, kami berhasrat untuk mewujudkan lebih banyak lagi persekitaran digital HR yang bersepadu, dan membina organisasi perusahaan yang termaju dan mampu bertahan pada masa akan datang dalam komitmen kami untuk 'Memajukan Masyarakat menerusi Teknologi'."

 

RAMSSOL yang kini beroperasi di Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Thailand, menjalankan perniagaan yang terdiri daripada tiga aktiviti utama: Penyelesaian HCM dan Pengurusan Pelajar; Perkhidmatan Pengimbuhan Pekerja IT; dan penyediaan Aplikasi Teknologi HCM yang menampilkan produk-produk seperti Feet's, Lark dan Zoom. Baru-baru ini, syarikat ini telah mendapat anugerah SME Terbaik dalam kategori Penyedia Penyelesaian HR pada Anugerah SEBA 2020.

 

Setakat akhir tahun fiskal (FYE) 2020, daripada jumlah hasil RAMSSOL sebanyak RM25.33 juta, aplikasi teknologi HCM menyumbangkan sebanyak RM9.1 juta atau 35.9 peratus, meningkat daripada sumbangannya yang kecil bagi tahun 2019. Cabang aplikasi teknologi HCM, satu lagi perniagaan utama RAMSSOL yang merangkumi penyelesaian penglibatan dan kolaborasi pekerja, mencatatkan margin untung kasar yang tinggi iaitu 90.4 peratus. Undian saham syarikat tersebut baru-baru ini yang melbatkan tawaran 11.20 juta saham baharu pada harga 45 sen sesaham kepada orang awam di Malaysia menyaksikan lebihan langganan sebanyak 102.88 kali, menerima 19,564 permohonan untuk 1.16 bilion saham baharu yang dinilaikan pada RM523.54 juta.





Công ty phát hành chịu trách nhiệm cho nội dung của thông báo này
Mengenai RAMSSOL Group Berhad (RAMSSOL)
Mengenai RAMSSOL Group Berhad (RAMSSOL)

Syarikat yang memenangi anugerah ini ditubuhkan pada tahun 2010 sebagai RAMS Solutions. Kini RAMSSOL berfungsi sebagai syarikat pemegang pelaburan bagi sekumpulan syarikat yang tertumpu kepada mengintegrasikan pengalaman HR menerusi pendigitalan. Portfolio syarikat ini meliputi penyelesaian inovatif dalam bidang pengurusan modal insan (HCM), termasuklah Oracle HCM Solution; Lark, alat kolaborasi semua dalam satu, dan Feet's, app mudah alih penglibatan pekerja yang direka untuk mewujudkan tenaga kerja yang terhubung dan produktif. Di luar Malaysia, syarikat ini sudah bertapak di negara-negara Asia Tenggara seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Vietnam, dengan pelanggan dari sektor-sektor yang luas seperti perbankan, penyedia latihan, perkhidmatan digital dan penjenamaan, tenaga dan kuasa serta pengeluaran. Dengan sokongan pakar-pakar termasuklah ahli psikologi organisasi dan ahli sains data, RAMSSOL Group Berhad menyasarkan untuk "memajukan masyarakat menerusi teknologi". Syarikat yang baru-baru ini memenangi anugerah SME Terbaik dalam kategori Penyedia Penyelesaian HR pada Anugerah SEBA 2020, RAMSSOL menjadi pemangkin kepada organisasi yang mampu bertahan pada masa akan datang dan mengubah pengalaman di tempat kerja bagi syarikat-syarikat permulaan, perusahaan kecil dan sederhana (SME), syarikat multinasional (MNC) dan sektor awam/agensi kerajaan. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.ramssolgroup.com


#RAMSSOLGroup

Mengenai Feet’s

Akronim bagi Formulating Employee Engagement and Talent Success, Feet's merupakan aplikasi mudah alih yang membawa aliran baru dalam rangka kerja dan pengukuran kepuasan, produktiviti dan penglibatan pekerja. App yang penuh dengan pelbagai ciri ini melangkaui penetapan matlamat berumus dan kajian semula hujung tahun, kerana ia mengambil pendekatan yang mengutamakan ciri mudah alih untuk mewujudkan pasukan generasi baharu yang terhubung, bermotivasi, kolaboratif dan produktif. Dengan papan pemuka masa nyata dan 'thoughts on-the-go', ciri-ciri Feet's yang menarik termasuklah Pulse Surveys, Brainstorming, Recognition, Feeter's Forum dan Connect, serta sistem ganjaran berasaskan mata. Dengan menggabungkan taktik penglibatan baharu seperti gamifikasi dengan campur tangan manusia, Feet's membolehkan syarikat-syarikat melaksanakan usaha dalam mengintegrasikan, mengekalkan, melatih dan membangunkan pekerja, serta usaha ke arah komunikasi yang efektif dan produktiviti pekerja – keperluan perniagaan yang penting bagi memastikan perniagaan yang mampan. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.feets.me

NGUỒN:

RAMSSOL Group

DANH MỤC:

Business & Finance

ĐỌC TRONG:

English, Simplified Chinese

ĐÃ XUẤT BẢN VÀO:

09 Jul 2021

Thông cáo báo chí trước đây

Talk to Media OutReach Newswire today

LIÊN HỆ VỚI CHÚNG TÔI NGAY BÂY GIỜ