Dato’ Sri Aliff Syukri & Bella Astillah Mempimpin Shopee 11.11 Jualan Hebat dengan Daily Superstar Livestream, Tawaran Lagi Murah, dan Penghantaran Percuma
KUALA LUMPUR, MALAYSIA -
Media OutReach Newswire - 6 November 2025 - Shopee 11.11 Jualan Hebat kini kembali, membawa keterujaan berganda kepada rakyat Malaysia dengan peluang mendekati selebriti kegemaran mereka melalui
Daily Superstar Livestreams. Sepanjang tempoh kempen ini, barisan hos selebriti terkenal akan tampil setiap hari dari jam
12 tengah hari hingga 2 petang sheingga
11 November. Para pengguna boleh menikmati pelbagai ganjaran menarik termasuk
50% Diskaun Harian,
Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum, serta peluang memenangi
hadiah istimewa sepanjang kempen berlangsung.
Berbelanja Bersama Bella Astillah dan Dato' Sri Aliff Syukri
Sebagai
Duta Jenama Shopee 11.11 Jualan Hebat,
Bella Astillah dan
Dato' Sri Aliff Syukri membawakan keterujaan kepada para pembeli dengan
dua cara istimewa tahun ini.
Penampilan Shopee Live dan Produk Eksklusif
Bella Astillah menyerikan
Shopee dengan pelancaran stor rasmi pertamanya,
Baellova. Saksikan beliau secara langsung di
Shopee Live pada
6 November untuk mendapatkan
gincu viral 3-dalam-1 pada harga istimewa
RM27. Sementara itu,
Dato' Sri Aliff Syukri mempamerkan gaya glamor melalui koleksi beg tangan terbaharunya,
Sallywhoo, yang menampilkan
empat rekaan bergaya, dengan dua daripadanya dilancarkan secara eksklusif di Shopee Live pada 10 November. Jangan lepaskansesi siaran langsungkhas bersama kedua-dua bintang ini pada 11 November, dari jam 12 tengah hari hingga
2 petang di Shopee Live, untuk menikmati lebih banyak tawaran menarik dan hiburan yang mengujakan.
Menangi Hadiah Menarik Menerusi Shopee Farm dan Tap & Win
Rakyat Malaysia boleh turut serta dalam keseronokan kempen kali ini melalui
Shopee Farm dan
Tap & Win. Sertai peluang untuk menjadi antara
25 pemenang harian yang bakal menerima
500 pek Jeruk Mangga terkenal
Dato' Sri Aliff Syukri dengan hanya menanam benih mangga di
Shopee Farm. Peminat juga berpeluang untuk bertemu Bella Astillah secara eksklusif serta membawa pulang
telefon Huawei baharu menerusi permainan Tap & Win sehingga
21 November ini.
Nikmati Pelbagai Tawaran Menarik Sempena Shopee 11.11 Jualan Hebat:
Daily Superstar Livestreams
Bermula sekarang hingga
11 November, Shopee bakal menampilkan
Daily Superstar Livestreams dengan hos popular seperti Khairul Aming,
Jojo Ghazali, dan
Bella Khann, yang akan membawakan tawaran Lagi Murah sehingga 50%, serta baucar eksklusif yang boleh digabungkan semasa pembayaran. Jangan lepaskan peluang menyaksikan siaran langsung khas
Khairul Aming pada
10 November jam 8 malam, diikuti dengan
Maraton
Livestream 12 jam pada
11 November, menampilkan duta jenama Shopee
Bella Astillah dan Dato' Sri Aliff Syukri. Layari
https://shopee.com.my/m/shopee-live-superstars untuk melihat barisan penuh hos selebriti yang bakal tampil secara langsung.
50% Diskaun Harian
Nikmati
50% Diskaun Harian setiap hari untuk jenama-jenama terkemuka seperti
Shahida D'Herbs,
TTRacing, dan Russell Taylors, dan bawa pulang barangan kegemaran dengan harga yang tiada tandingan.
Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum
Rasai kemudahan
Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum setiap hari, dengan baucar bonus istimewa yang boleh direbut pada
11 November. Pilih juga opsyen
Buyer-Self Collect untuk pengalaman pengambilan pesanan yang lebih pantas dan mudah.
Shopee x Proton
Shopee mengumumkan kerjasama eksklusif bersama Proton bagi memperkenalkan
All-New Saga secara rasmi di platform Shopee. Melalui kolaborasi istimewa ini,
dua pemenang bertuah akan membawa pulang setiap seorang satu unit sedan ikonik baharu Malaysia ini. Pemenang akan diumumkan pada penghujung
November menerusi laman media sosial rasmi Shopee.
Dibangunkan di atas platform
Advanced Modular Architecture baharu Proton,
All-New Sagamenampilkan enjin 1.5L i-GT yang lebih canggih dengan peningkatan dari segi keselamatan dan sambungan pintar — termasuk
Level 1 ADAS, sambungan tanpa wayar
Apple CarPlay dan
Android Auto, serta rekaan baharu yang diinspirasikan daripada identiti budaya Malaysia.
Pengguna Shopee boleh turut serta dalam kemeriahan dan berpeluang memenangi hadiah menarik melalui dua cara:
ICON Hunt
Dari
5 hingga 14 November, pengguna Shopee boleh menyertai
ICON Hunt dengan menjejak
All-New Saga yang menampilkan rekaan kereta bertema
Shopee 11.11 di sekitar Lembah Klang. Ambil gambar atau video menarik bersama kereta tersebut, kemudian muat naik ke Facebook, Instagram, atau TikTok. Sertakan tanda pagar
#ICONHunt,
#AllNewSaga,
#ShopeeMY1111, tag @shopee_my dan @ProtonCarsOfficial, serta pastikan hantaran tersebut kekal
umum sekurang-kurangnya dua minggu selepas kempen berakhir. Setiap hantaran dikira sebagai satu penyertaan, dan peserta dengan gambar serta kapsyen paling kreatif akan memenangi sebuah kereta baharu
All-New Saga.
SPayLater Shopee Mission
Pengguna juga boleh menyertai
Proton x SPayLater Shopee Mission yang berlangsung sehingga
14 November. Aktifkan
SPayLater, lengkapkan
Shopee Mission yang ditetapkan untuk mengumpul mata dan dapatkan
Golden Ticket. Pemegang Golden Ticket dengan jumlah mata tertinggi akan membawa pulang
All-New Saga.
From Click to ICONic Drive
Ingin merasai sendiri pengalaman memandu
All-New Saga? Daftar di laman
kempen Shopee From Click to ICONic Drive dari
3 hingga 27 November, dan lengkapkan sesi pandu uji di mana-mana pusat
Proton 3S atau 4S dari
28 November hingga 14 Disember. Seramai
2,000 peserta pertama yang layak akan menerima notifikasi dalam aplikasi Shopee dan
Baucar RM50 yang akan dikreditkan secara automatik ke akaun mereka dalam tempoh sebulan selepas notifikasi diterima.
Promosi Eksklusif 11.11 Sah Sehari Sahaja
Keterujaan kemuncak tiba pada
11 November dengan pelbagai promosi eksklusif untuk satu hari sahaja. Rebut peluang mendapatkan
RM11 Knockout Deals serta
baucar bonus yang akan dijatuhkan sepanjang hari untuk lebih banyak penjimatan. Nikmati juga
RM1,111 Knockout Vouchers dan
11.11 Super Deals untuk diskaun besar bagi pesanan bernilai tinggi. Terus tambah penjimatan dengan baucar Penghantaran Percuma, tawaran di Shopee Video dan Shopee Live, tawaran Lagi Murah, serta baucar kedai untuk nilai yang tiada tandingan sempena
11.11 Jualan Hebat kali ini.
Công ty phát hành chịu trách nhiệm cho nội dung của thông báo này
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara, Taiwan, dan Brazil. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
Shopee memacu pembangunan ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan Monee.