Memberi tenaga kepada rakyat Malaysia sejak 1993, Red Bull Malaysia merupakan jenama minuman tenaga No.1 di negara ini, memacu individu daripada semua gaya hidup untuk menjalani tujuan mereka melalui rangkaian minuman tenaga yang berkesan dan lazat. Seorang yang yakin dengan gabungan istimewa "Tenaga" dan "Keghairahan", jenama ini bertujuan untuk memberi dorongan kepada peminum yang mereka perlukan untuk mengatasi segala-galanya dan apa sahaja.
Red Bull Malaysia Lanjut Kerjasama Bersama Pasukan 31, Maju Motor Dan CKJ Racing Susulan Musim PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix Yang Gemilang
- Red Bull Malaysia menganjurkan majlis makan malam penghargaan bagi meraikan kegemilangan pasukan racing bersama kru mereka.
- Setelah sebulan berjalannya pertandingan di media sosial, Red Bull Malaysia menghadiahkan dua individu dengan motosikal dan topi keledar Red Bull edisi terhad.
PETALING JAYA, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 29 November 2024 - Red Bull Malaysia (Red Bull), jenama minuman tenaga No.1 negara, baru-baru ini menganjurkan majlis makan malam penghargaan eksklusif bagi meraikan kecemerlangan Pasukan 31 Racing, Pasukan Maju Motor Racing dan Pasukan CKJ Racing.
Majlis tersebut, yang menghimpunkan barisan pasukan lumba itu bersama tetamu terhormat daripada Safe Aim Mutual Sdn Bhd, menandakan tamatnya Kejohanan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2024. Pada masa sama, ia turut mengumumkan pembaharuan tajaan Red Bull bagi menyokong tiga pasukan lumba ini untuk musim 2025. Langkah ini mengukuhkan lagi komitmen Red Bull dalam membangunkan bakat akar umbi serta meraikan sukan lumba motosikal.
Ketua Pemasaran Red Bull Malaysia, Adelene Tay berkata: "Kerjasama Red Bull dengan barisan pasukan ini melangkaui aspek penajaan. Ia adalah untuk memperkasakan setiap pelumba dan pasukan kru yang telah bekerja tanpa lelah di belakang tabir. Bersama-sama, kami berhasrat mengangkat bakat permotoran Malaysia ke aras baharu, membolehkan potensi mereka diiktiraf di peringkat global."
Sebagai penghargaan atas sumbangan mereka kepada sukan ini, Red Bull menyampaikan plak istimewa kepada setiap pemilik pasukan lumba itu – Encik Che Ku Jonaidi, Encik K. Sivanesan, dan Encik Yong Yin Hoe.
Selain pasukan pelumba, Red Bull turut menghargai dedikasi kru belakang tabir yang berdedikasi memastikan kelancaran operasi, sehingga membolehkan kecemerlangan pasukan-pasukan ini terserlah sepanjang musim kejohanan. Daripada mekanik sehingga kakitangan sokongan, usaha keras dan komitmen setiap kakitangan kru adalah kunci kejayaan setiap perlumbaan.
Di samping itu, Red Bull turut memberi ganjaran kepada dua individu menerusi peraduan media sosial yang berlangsung selama sebulan. Sepanjang peraduan ini, peminat digalakkan membeli mana-mana dua tin Minuman Tenaga Red Bull Malaysia untuk berpeluang memenangi hadiah eksklusif, termasuk hadiah utama berupa motosikal Yamaha Y15ZR dan topi keledar edisi terhad. Kedua-dua hadiah tersebut dihiasi dengan logo ikonik Red Bull serta ditandatangani secara eksklusif oleh pelumba-pelumba terpilih daripada tiga pasukan racing.
Ketika musim 2024 melabuhkan tirainya, Red Bull terus komited dalam menyokong cita-cita bakat lumba tempatan. "Di Red Bull, kami bukan sekadar membekalkan tenaga. Pasukan-pasukan ini telah membuktikan makna menolak sempadan untuk mencapai kecemerlangan, baik di dalam mahupun luar trek perlumbaan. Kami berbangga untuk terus berdiri bersama mereka, sementara mereka berusaha mengejar kejayaan baharu pada 2025 dan seterusnya," tambah Adelene Tay.
Công ty phát hành chịu trách nhiệm cho nội dung của thông báo này
Mengenai Red Bull Malaysia
Mengenai TCP Group
TCP Group merupakan syarikat minuman dan makanan terkemuka di Thailand dan pemilik jenama minuman tenaga paling ikonik di dunia "Red Bull" bersama keluarga Yoovidhya. Juga dikenali sebagai "House of Great Brands," syarikat itu mempunyai portfolio produk yang pelbagai dan aktif dalam 15 pasaran di Asia, menggaji lebih daripada 5,000 orang di seluruh dunia. Di Thailand, syarikat itu juga menikmati kejayaan daripada pengedarannya, OEM, perniagaan mesin layan diri dan perkhidmatan pengaktifan pasaran.
NGUỒN:
Red Bull Malaysia
DANH MỤC:
Automobile
ĐỌC TRONG:
ĐÃ XUẤT BẢN VÀO:
29 Nov 2024 05:05pm
Thông cáo báo chí trước đây
#Automobile
#Sports
29 November 2024 5:05pm HKT