OctaFX kini mencapai 12 tahun: berikut adalah puluhan peristiwa pasaran kewangan paling penting yang berlaku pada masa lalu
Daripada gembar gembur AI ke 's pembukaan semula China yang tidak pasti: sertai broker antarabangsa OctaFX ketika menyusun 12 peristiwa paling penting yang membentuk pasaran Forex pada tahun lalu.
KUALA LUMPUR, MALAYSIA -
Media OutReach - 11 Ogos 2023 - Pada tahun lalu secara keseluruhan ia menggegarkan pasaran kewangan yang memberikan impak berpanjangan ke atas pasaran Forex. Pada masa OctaFX meraikan ulang tahun ke-12, syarikat mengambil peluang ini untuk menyusun senarai peristiwa yang paling penting dalam dunia kewangan, bersama-sama dengan implikasinya kepada pelabur dan trader pada tahun 2023 dan 2024.
1. Berakhirnya A.S. Pusingan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan.
Bermula pada Mac 2022, A.S. pengawal selia mula memperketatkan dasar monetari untuk memerangi inflasi yang semakin pesat memecut. Diikuti dengan sepuluh kenaikan kadar, termasuk kenaikan 75 mata asas berturut-turut. Pada awal Mei 2023, kadar memuncak pada 5–5.25%, yang kekal selama dua bulan. Pada Julai, Rizab Persekutuan menaikkan semula kadar tersebut sebanyak 25 mata asas, daripada 5.25% kepada 5.5%. Pengetatan agresif ini telah meraih label 'sejarah' daripada penganalisis.
2. Kejutan inflasi telah berakhir.
Sehingga awal tahun 2023, negara-negara maju bergelut dengan rekod inflasi, dikaitkan dengan rangsangan permintaan yang disebabkan pandemik, kejutan bekalan, dan gangguan dalam rantaian bekalan. Menjelang Jun 2022, A.S. melaporkan kemuncak inflasi pengguna sebanyak 9.1%, sementara pada Oktober, kemuncak inflasi U.K. dan EU masing-masing pada 11.1% dan 10.6%. Terima kasih kepada usaha bank pusat seluruh dunia, inflasi mula menunjukkan isyarat pengunduran ke arah akhir 2022. Menjelang Jun 2023, ekonomi A.S. melaporkan kadar inflasi adalah pada 3%, dengan lain-lain negara juga menunjukkan penurunan dalam inflasi pengguna.
3. Euro jatuh di bawah kesetaraan dengan dolar A.S.
Demam inflasi dan tindakan tegas oleh pengawal selia menyebabkan pelabur mengelak risiko dan secara aktif melabur dalam aset selamat. Oleh kerana bank pusat Eropah dan U.K. bertindak dalam masa ketinggalan berbanding A.S. dengan Rizab Persekutuan, terdapat jurang dalam kadar dan hasil bon kerajaan. Akibat itu, indeks dolar berbanding mata wang dunia telah mencecah ketinggian 20 tahun pada 1 Oktober 2022, membawa kepada kadar tukaran euro berbanding dolar A.S. jatuh ke 0.9880.
4. Malaysia mencadangkan penubuhan Dana Monetari Asia.
Trend global dalam pengurangan kebergantungan kepada dolar A. S. semakin meningkat, terutamanya di Malaysia, di mana penubuhan Dana Monetari Asia telah dicadangkan sebagai alternatif kepada IMF. Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim memperkenalkan semula konsep AMF pada Mac 2023, merujuk kepada kekuatan ekonomi China dan Jepun. Cadangan beliau telah disokong oleh China dan beberapa negara Asia Tenggara, mencerminkan keinginan yang semakin meningkat di kalangan negara BRICS untuk beredar daripada sistem kewangan yang berpaksikan dolar.
5. Brazil dan China menubuhkan rumah penjelasan berasaskan yuan untuk penyelesaian langsung.
Pada 29 Mac 2023, China dan Brazil mengumumkan penubuhan rumah penjelasan untuk memudahkan penyelesaian langsung antara kedua-dua negara tanpa menukar mata wang mereka kepada dolar. Tindakan ini bertujuan untuk menjadikan urus niaga lebih murah dan cepat, akhirnya meningkatkan perkembangan perdagangan dan pelaburan. China telah menjadi rakan kongsi utama Brazil sejak 13 tahun lalu, dengan perolehan perdagangannya berjumlah Usd 150 bilion pada 2022. Tambahan, Brazil adalah penerima utama pelaburan China, terutamanya dalam pembangunan medan minyak.
6. Ekonomi China dimulakan semula selepas dasar sifar Covid.
Berikutan kemunculannya daripada pandemik COVID-19, China menunjukkan pemulihan ekonomi yang luar biasa. Menjelang pertengahan 2023, aktiviti ekonomi negara, pelancongan domestik dan perjalanan antarabangsa hampir pulih sepenuhnya, membawa kepada pelbagai perjanjian untuk memudahkan perniagaan dan perdagangan antarabangsa. Untuk menangani pertumbuhan tidak sekata dalam tempoh lima bulan pertama 2023, kerajaan China melaksanakan langkah-langkah untuk menyokong perniagaan dan menggalakkan penggunaan pada masa sama mengekalkan dasar monetari dan fiskal yang ketat.
Di tengah-tengah kemelesetan yang berterusan di negara-negara G7 dan EU, hubungan pembukaan semula dan pengukuhan China dengan negara-negara Timur Tengah dan BRICS mempunyai implikasi yang ketara untuk mengurangkan kebergantungan kepada dolar A. S. dan deglobalisasi. Menurut Tinjauan Pertumbuhan IMF pada April 2023, rantau Asia akan menyumbang kira-kira 70% daripada pertumbuhan global, manakala ekonomi G7 dan EU akan menyusut, mengakibatkan penurunan 7% dalam KDNK global. Pada masa yang sama, IMF meningkatkan sasaran pertumbuhannya untuk ekonomi Asia-Pasifik kepada 4.6% pada 2023.
'Proses penyahglobalisasian ini mengakibatkan penurunan populariti dolar, mengarah kepada peningkatan dalam bekalan wang dolar dan susut nilai akibatnya. Walau bagaimanapun, peralihan ini adalah dalam bentuk global dan pada Mei 2021 berpanjangan pada masa lama,' kata Kar Yong An, penganalissi pasaran kewangan OctaFX.
7. Mata wang kripto berhadapan dengan masa hadapan yang tidak menentu.
Pasaran mata wang kripto mengalami tahun 2022 yang bergelora, dengan turun naik yang ketara dalam nilai Bitcoin menyebabkan panik dalam kalangan pelabur. Laporan bursa mata wang kripto berhadapan dengan insolvensi menambah kepada ketaktentuan yang menyeluruh. Pada 11 November 2022, FTX, salah satu daripada bursa mata wang kripto terbesar, memfailkan untuk pengawalan muflis di Amerika Syarikat, mencetuskan sentimen negatif di seluruh dunia kripto. Seterusnya, pada 22 November 2022, Bitcoin jatuh menjunam ke paras paling rendah dalam dua tahun pada $15,480. Pada bulan yang sama, BlockFi, sebuah syarikat pemberi pinjaman aset digital, juga memfailkan bankrap di A.S., merujuk kepada kejatuhan FTX dan keidakstabilan pasaran mata wang kripto. Tanpa mengira kekecohan ini, pasaran mata wang kripto telah menunjukkan daya tahan, melantun semula sebanyak 86.5% daripada paras terendah tahun sebelumnya, dengan Bitcoin kini bernilai $29,868.
8. Kebangkitan AI.
AI dengan pantas menjadi menjadi sering diperkatakan dalam dunia teknologi selepas chatbot OpenAI's ChatGPT dikeluarkan pada November 2022. Pelabur begitu berhasrat untuk menjadi sebahagian daripada kejayaan yang terbukti oleh gergasi teknologi seperti Microsoft, Alphabet, Nvidia, dan syarikat lebih kecil tetapi yang sedang membangun yang telah mengumumkan projek AI mereka. Ini meningkatkan minat yang mencetuskan lonjakan dalam saham teknologi, dengan Nviia, sebagai contoh, merekodkan pertambahan sebanyak 217% sejak awal 2023. Keputusan kewangan suku keempat Nvidia melepasi jangkaan. Justeru itu, lebih daripada 20 penganalisis melaporkan keyakinan mereka dalam pertumbuhan berterusan, dan Goldman Sachs menaikkan sasaran harga untuk saham Nviia.
9. Krisis perbankan di Amerika Syarikat dan Eropah.
Semasa kemelesetan ekonomi disebabkan Covid-19, A.S. Rizab Persekutuan dan Bank Pusat Eropah beransur-ansur meningkatkan kadar faedah. Akibatnya, bon jangka pendek kebangsaan berhenti memberikan pulangan yang dijangkakan dan menjadi tidak menguntungkan. Banyak bank terpaksa menjual nya pada harga rendah untuk menyelamatkan kecairan. Tambahan, kegagalan Bank Silicon Valley dan Bank Signature mengakibatkan pengeluaran keluar deposit yang banyak, menyebabkan kerugian berbilion dolar untuk bank komersial dan menyebabkan sesetengah menutup operasi.
Situasi ini telah mencecah titik kritikal pada Mac 2023 apabila tiga bank di Amerika jatuh bankrap dalam lima hari, diikuti dengan satu bank Eropah. Kebankrapan Bank Silvergate dan Bank Signature datang di kemuncak pergolakan sektor perbankan di A.S. sementara Bank American Silicon Valley dan Credit Suisse Eropah mengalah kepada panik perbankan. Walau bagaimanapun, situasi itu telah stabil untuk masa sekarang, dan tiada isyarat terdekat menunjukkan ia akan bertambah.
10. Minyak dalam trend menurun selepas memuncak dalam nilai.
Harga minyak mengalami turun naik yang ketara, memuncak pada Jun 2022 pada $125 satu tong untuk minyak mentah Brent setelah lonjakan mendadak pada Mac tahun yang sama. Walau bagaimanapun, setahun kemudian, nilai Brent jatuh menjunam kepada $79 setong, menandakan 36% pengurangan daripada harga puncaknya. Turun naik sedemikian dalam harga minyak terikat rapat dengan keadaan ekonomi global. Bilamana keadaan ekonomi semakin buruk, kos minyak akan bertambah, menjadikan industri minyak dan gas sebagai pertahanan menarik terhadap inflasi untuk pelabur. Apabila kuasa membeli wang melemah, nilai aset nyata seperti hartanah, komoditi, dan hidrokarbon meningkat. Sebaik sahaja situasi ekonomi bertambah baik, nilai minyak menurun.
Peningkatan populariti minyak, didorong oleh kelebihan ekonomi, dan kepada pengenalan penyelesaian bukan dolar A.S. untuk semua transaksi minyak antara beberapa negara berkemungkinan untuk memudaratkan lagi harga pada masa hadapan, dengan potensi trend menurun mencecah julat $50-55 untuk minyak mentah Brent dalam jangka 2-3 tahun berikutnya, kata Gero Azrul, trader sepenuh masa dari Malaysia dengan pengalaman lebih daripada empat belas tahun.
11. Pembelian emas oleh bank pusat mencecah paras tertinggi dalam 55 tahun.
Dalam konteks kegawatan dalam sektor perbankan, ketegangan geopolitik yang berterusan, dan situasi ekonomi yang sukar, peranan emas sebagai aset selamat akan datang di hadapan. Menurut tinjauan suku tahunan Majlis Emas Dunia, bank pusat membeli hampir 400 ton logam dalam suku ketiga 2022, paras tertinggi dalam 55 tahun. Dalam suku pertama 2023, bank pusat telah membeli 228 ton emas–tinggi 20 tahun.
Sebagai satu alternatif terhadap kemerosotan dolar A.S., permintaan terhadap emas dari bank pusat ditetapkan untuk lebih disokong oleh permintaan pelaburan daripada Dana Dagangan Bursa (ETF) emas. Tambahan pula, permintaan pengguna untuk emas dijangka meningkat seiring pemulihan global dalam aktiviti pengguna, terutamanya di Asia. Penggabungan faktor-faktor ini berkemungkinan menolak nilai emas berbanding dolar A.S. ke atas $2,500 pada 2023–2024,' komen daripada Ambrose Ebuka, pakar kewangan dan hos webinar pendidikan dari Nigeria. 'Secara teknikal, emas sedang mencuba untuk menembusi dari tahap rintangan utama $2,070 dan mewujudkan tahap tinggi baru.'
12. Teknologi hijau menolak naik harga litium, kobalt, dan nikel.
Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), pasaran untuk logam dan galian yang diperlukan untuk menghasilkan kereka elektrik, turbin angin, panel solar, dan teknologi hijau lain telah melipat ganda selama lima tahun lalu. Permintaan litium berganda tiga klai, kobalt meningkat sebanyak 70%, dan nikel bertambah sebanyak 40%. Saiz pasaran logam dan galian yang diperlukan untuk teknologi hijau pada 2022 berjumlah $320 bilion, berganda dalam nilai dari 2017.
Menurut bajet karbon global yang menyasarkan untuk mrengekalkan pemanasan global di bawah 1.5 °C, pelepasan gas rumah hijau antropogenik bersih di seluruh dunia mesti dikurangkan kepada sifar menjelang 2050 atau dalam jangka julat 2045-2055. Litium, kobalt, nikel, dan beberapa logam lain, seringkali dirujuk sebagai mineral kritikal, berperanan utama dalam memudahkan peralihan tenaga dan mengurangkan pelepasan CO2, menjadikannya penting dalam memerangi pemanasan global. Maka, trend menaik dalam harganya dijangka untuk berterusan," kata Ambrose Ebuka.
Apabila pasaran kewangan terus mengalami pergolakan, peluang bertambah untuk mereka yang mengetahui. Ekonomi dunia berhadapan dengan ujian ketara hilang kebergantungan dan integrasi ke atas beberapa unit dunia, dengan mengeset semula kitaran perniagaan membawa kepada peralihan nilai minyak dan dolar A.S. ke bawah. Pada masa yang sama, emas dijangka meningkat pada dua tahun berikut. Pelabur mesti kekal berjaga-jaga dalam mengemudi perubaahn ini untuk menggunakan sepenuhnya peluang yang disediakan dalam pasaran kewangan.
Hashtag: #OctaFX
Công ty phát hành chịu trách nhiệm cho nội dung của thông báo này
OctaFX
OctaFX adalah broker antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan dagangan dalam talian sejak 2011. Ia menawarkan akses komisen percuma kepada pasaran kewangan dan dan pelbagai perkhidmatan yang digunakan oleh pelangga dari 180 negara dengan lebih 42 juta akaun dagangan. Webinar pendidikan percuma, artikel, dan alat analisis yang disediakan membantu pelanggan mencapai matlamat pelaburan mereka.
Syarikat terbabit dalam jaringan komprehensif amal dan inisiatif kemanusiaan, termasuk penambahbaikan infrastruktur pendidikan, projek bantuan notis pendek, menyokong komuniti tempatan.
OctaFX juga telah memenangi lebih daripada 60 anugerah sejak penubuhannya, termasuk anugerah 'Broker Global Dalam Talian Terbaik 2022 daripada World Business Outlook dan anugerah 'Broker Global Terbaik Asia 2022' daripada International Business Magazine.