MSIG Melancarkan Perlindungan Tambahan Motor "EZ-Mile"



Untuk Insurans Kereta Persendirian Komprehensif bagi Meningkatkan Fleksibiliti Pemilik Kereta Membayar Apa yang Mereka Perlukan

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 27 April 2023 - MSIG Insurance (Malaysia) Bhd ("MSIG Malaysia") telah melancarkan perlindungan tambahan motor baharu untuk insurans kereta persendirian komprehensif terpilih, dikenali sebagai "EZ-Mile". Perlindungan tambahan motor ini membolehkan pelanggan insurans motor MSIG yang baharu dan sedia ada mengurangkan premium insurans motor komprehensif mereka dengan memilih salah satu daripada tiga pelan penggunaan berasaskan perbatuan antara 5,000km, 10,000km dan 15,000km - setiap satunya akan menawarkan penjimatan premium bagi pakej insurans motor komprehensif terpilih. Ini memberikan pelanggan MSIG, terutamanya mereka yang memandu perbatuan rendah setiap tahun, kebebasan untuk memilih secara fleksibel mana-mana pakej yang paling mencerminkan jangkaan penggunaan kereta mereka dan masih mendapat manfaat sepenuhnya daripada perlindungan yang ditawarkan oleh insurans motor komprehensif MSIG.

Ketua Pegawai Eksekutif MSIG Malaysia Encik Chua Seck Guan berkata, "Perlindungan Tambahan Motor EZ-Mile baharu ini memberikan orang ramai alasan yang baik untuk mengurangkan pemanduan dan pada masa yang sama mengurangkan jejak karbon mereka, sejajar dengan sokongan MSIG kepada Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, khususnya SDG13 – Tindakan Iklim. Di samping itu, kami juga sedar bahawa tingkah laku pemanduan telah berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini terutamanya disebabkan oleh perubahan model pekerjaan. Kami mengiktiraf trend ini dan sebagai tindak balas kepada keperluan pelanggan, kami mewujudkan perlindungan tambahan motor inovatif ini untuk membolehkan pengguna kereta membayar premium berdasarkan jumlah pemanduan mereka, sambil terus menyediakan semua manfaat perlindungan insurans yang komprehensif. Kami berharap ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban pengguna jalan raya Malaysia."

Perbatuan bagi pelanggan yang memilih Perlindungan Tambah Motor EZ-Mile MSIG akan diukur melalui peranti tanpa wayar kecil yang dipanggil Microtag yang disambungkan melalui Bluetooth ke telefon pintar mereka. Apabila peruntukan perbatuan berkemungkinan akan dilebihi, pemandu boleh membeli 'tambah nilai' untuk mengekalkan insurans motor Komprehensif mereka.

Microtag juga membolehkan bantuan tepi jalan yang lebih berkesan dengan dua perkhidmatan yang dipanggil eCall dan bCall. Ciri eCall secara automatik akan memanggil bantuan apabila impak dikesan untuk memastikan bahawa sekiranya berlaku kemalangan, perkhidmatan kecemasan akan dimaklumkan lebih awal. Sekiranya berlaku kerosakan, pengguna juga boleh menggunakan ciri bCall untuk menghubungi talian bantuan 24 jam dengan cepat. Butiran lanjut tentang terma dan syarat Perlindungan Tambahan Motor EZ-Mile MSIG boleh didapati di https://www.msig.com.my/personal-insurance/products/ez-mile/.

Encik Chua merumuskan, "Perlindungan Tambahan Motor EZ-Mile MSIG telah direka bentuk dengan mengambil kira pelanggan kami. Kami ingin memberi mereka pilihan insurans yang menjimatkan wang jika mereka kurang memandu. Ini memberi manfaat kepada pelanggan kami dan juga kepada alam sekitar dan kami percaya pilihan baharu ini akan diterima dengan baik."

Sesiapa yang berminat untuk membeli atau mengetahui lebih lanjut tentang Perlindungan Tambahan Motor EZ-Mile MSIG boleh menghubungi Penasihat Insurans MSIG atau menghubungi MSIG di 1-800-88-MSIG (6744) untuk maklumat lanjut.



Hashtag: #MSIG

Công ty phát hành chịu trách nhiệm cho nội dung của thông báo này
Mengenai MSIG Insurance (Malaysia) Bhd
Mengenai MSIG Insurance (Malaysia) Bhd
MSIG Insurance (Malaysia) Bhd ("MSIG Malaysia") ialah anak syarikat Mitsui Sumitomo Insurance Company, Limited dan ahli MS&AD Insurance Group Holding, Inc. (MS&AD), salah satu daripada sepuluh syarikat insurans am terulung** di dunia.

Berbekalkan pengalaman insurans am melebihi 100 tahun dan rangkaian sebanyak 20 cawangan di seluruh negara di Malaysia, MSIG Malaysia merupakan salah sebuah syarikat insurans am terkemuka dalam kelas Kebakaran, Kejuruteraan dan Motor serta No.1 dalam Kargo Marin, menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan meluas untuk memenuhi keperluan peribadi dan perniagaan.

Kepakaran MSIG Malaysia diiktiraf melalui penerimaan pelbagai anugerah berprestij. Ini termasuk Anugerah Perkhidmatan Kualiti Reader's Digest 2020 – pemenang Perak dalam kategori Insurans Kereta. MSIG diiktiraf kerana memiliki salah satu tahap kualiti perkhidmatan tertinggi, yang mencerminkan usaha yang telah dilakukan oleh syarikat untuk memenuhi permintaan pengguna untuk standard perkhidmatan yang tinggi. Syarikat juga telah dianugerahkan anugerah "Syarikat Insurans Hartanah dan Kemalangan Cemerlang Malaysia" 2018 dalam Anugerah Kecemerlangan InsuranceAsia News. MSIG Malaysia menerima sanjungan tinggi kerana menerajui pasaran dengan pertumbuhan kewangan yang kukuh, pelaburan dalam inovasi produk, keupayaan digital yang dipertingkatkan dalam perniagaan dan sistem pengurusan tuntutan serta tawaran perkhidmatan pelanggan yang kukuh. Komitmennya terhadap kecemerlangan perkhidmatan pelanggan melalui usahanya dalam meningkatkan pengalaman pelanggan dan sebagai peneraju industri dalam Pengurusan Risiko Perusahaan juga telah menjadikan MSIG Malaysia sebagai "Syarikat Insurans Am Terbaik" di Anugerah Industri Insurans Asia pada 2015.

Untuk maklumat lanjut mengenai MSIG Malaysia, sila layari atau facebook.com/MSIGmy.

*Pada Dis 2022
**Fortune Global 500, 2021
NGUỒN:

MSIG Insurance (Malaysia) Bhd

DANH MỤC:

Insurance

ĐỌC TRONG:

English, Simplified Chinese

ĐÃ XUẤT BẢN VÀO:

27 Apr 2023

Thông cáo báo chí trước đây

Chi tiết hơn
#Insurance #Automobile

27 April 2023

MSIG Launches "EZ-Mile" Motor Add-On

Talk to Media OutReach Newswire today

LIÊN HỆ VỚI CHÚNG TÔI NGAY BÂY GIỜ