Kempen "World of Winners" Ditaja oleh Airport Authority Hong Kong



80,000 Tiket Penerbangan Cathay Pacific akan diberikan di Asia Tenggara sebagai sokongan kepada “Hello Hong Kong”

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 24 Februari 2023 - Bersempena sebagai sebahagian daripada kempen "World of Winners" yang ditaja oleh Airport Authority Hong Kong (AAHK), yang akan memberikan 500,000 tiket percuma kepada pelawat global, Cathay Pacific akan menawarkan kepada penduduk di seluruh Asia Tenggara 80,000 tiket penerbangan dua-hala ke Hong Kong. Daripada jumlah ini, 7,000 tiket adalah untuk warga penduduk Malaysia. Inisiatif ini menyokong kempen "Hello Hong Kong" oleh Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) untuk mengalu-alukan kedatangan pelancong ke bandar tersebut apabila sekatan perjalanan telah ditarik balik.


Di Asia Tenggara, kempen tersebut akan dilancarkan secara berperingkat, bermula dengan Thailand, Singapura dan Filipina masing-masing pada 1, 2 dan 3 Mac 2023. Disusuli oleh Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Kemboja secara berperingkat dua minggu kemudian.

Alu-aluan Terbesar Hong Kong kepada Seluruh Dunia

Kempen promosi "Hello Hong Kong" sedang dilancarkan di seluruh dunia untuk menghantar mesej positif bahawa Hong Kong kembali bersama tarikan dan pengalaman baharu yang menarik menanti para pengunjung.

Pelbagai tawaran mesra yang menarik daripada lebih 16,000 cawangan di seluruh bandar telah diatur oleh HKTB melibatkan sektor pelancongan dan perhotelan untuk mengalu-alukan kedatangan pengunjung. Antaranya, pada peringkat awal, sekurang-kurangnya 1 juta baucar penggunaan pelawat "Hong Kong Goodies" akan diberikan, meliputi minuman alu-aluan percuma di bar, restoran dan hotel yang mengambil bahagian atau baucar tunai untuk ditebus dalam pengangkutan, sektor kulinari dan peruncitan serta tarikan.

Tawaran Tiket "World of Winners".

Untuk menyertai kempen ini, peserta mestilah menjadi ahli Cathay. Mereka boleh mendaftar untuk keahlian percuma di laman web Cathay Pacific. Kempen ini akan berlangsung dari 16 Mac 2023 (12.00 waktu tempatan) hingga 22 Mac 2023 (23.59 waktu tempatan). Dalam tempoh ini, ahli mesti melawati laman web kempen Cathay Pacific, log masuk menggunakan butiran keahlian Cathay mereka dan menjawab tiga soalan dengan betul. Hadiah akan diberikan kepada sehingga 7,000 peserta dengan jawapan yang betul.

Setiap ahli boleh menghantar satu penyertaan sahaja. Pemenang akan diumumkan di laman web kempen pada 3 April 2023 dan akan menerima e-mel dengan butiran tentang cara menebus hadiah.

Dominic Perret, Pengurus Besar Serantau Cathay Pacific untuk Asia Tenggara, berkata, "Apabila Cathay Pacific dan Hong Kong bangkit daripada tiga tahun yang mencabar dan pasaran mula pulih, kami teruja untuk membina semula syarikat dan hab kami. Sebagai syarikat penerbangan terkemuka di rantau ini, kami berbangga menjadi sebahagian daripada kempen untuk mempromosikan Hong Kong di Asia Tenggara dan kami berharap pelanggan dapat merasai semua tawaran hebat yang Hong Kong tawarkan sebaik mereka menaiki penerbangan kami."

Raymond Chan, Pengarah Serantau, Lembaga Pelancongan Asia Tenggara Hong Kong berkata, "Lembaga Pelancongan Hong Kong bersedia untuk mengalu-alukan pengunjung dari Asia Tenggara sekali lagi dengan rasa gembira. Hong Kong menyampaikan sambutan hangatnya bersama-sama dengan pelbagai tawaran menarik melalui pelancaran kempen bersepadu global - Hello Hong Kong. Saya yakin pelawat akan menikmati pengalaman perjalanan yang unik dan tidak dapat dilupakan apabila mereka kembali ke bandar yang meriah ini dengan kepelbagaian budaya dan tawaran pelancongan yang mengasyikkan di Hong Kong.

Vivian Cheung, Ketua Pegawai Operasi AAHK, berkata, "Sebagai sebahagian daripada pakej bantuan untuk industri penerbangan Hong Kong semasa pandemik, AAHK menyediakan sokongan mudah tunai kepada syarikat penerbangan negara pada tahun 2020 dengan menaja tiket penerbangan lebih awal. Tiket penerbangan akan digunakan untuk menggalakkan pemulihan trafik apabila wabak reda. Hong Kong telah dibuka dan kami mengalu-alukan pelawat dari seluruh pelosok dunia. Pelbagai perkhidmatan dan kemudahan baharu tersedia di HKIA dan kami tidak sabar-sabar untuk memberikan penumpang pengalaman lapangan terbang yang serba baharu."

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen Tawaran Tiket "World of Winners", sila kunjungi https://flights.cathaypacific.com/en_MY/offers/world-of-winners.html.



Hashtag: #CathayPacific #HelloHongKong #WorldofWinners

Công ty phát hành chịu trách nhiệm cho nội dung của thông báo này
NGUỒN:

Cathay Pacific

DANH MỤC:

Aviation

ĐÃ XUẤT BẢN VÀO:

24 Feb 2023

Thông cáo báo chí trước đây

Chi tiết hơn
#Aviation #Human Resource

31 August 2023

Management Changes in Cathay Pacific Southeast Asia

Talk to Media OutReach Newswire today

LIÊN HỆ VỚI CHÚNG TÔI NGAY BÂY GIỜ