Broker OctaFX tidak lama lagi akan melancarkan platform dagangan Octa



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 7 October 2022 - Setelah sekian lama menjalankan pembangunan teknikal tanpa pengetahuan umum, broker Forex Antarabangsa OctaFX kini mengumumkan pelancaran platform perdagangan yang akan dilancarkan tidak lama lagi, iaitu OctaTrader. Perasmian yang amat dinanti-nantikan ini akan diadakan pada bulan akan datang.

OctaTrader.jpg

Apa yang diharapkan daripada platform OctaTrader?

Platform OctaTrader adalah sepenuhnya projek dalaman. Para pembangun telah memberikan tumpuan tertentu kepada penampilan dan fungsi. Oleh itu, platform mempunyai antara muka mesra pengguna dan berfungsi dengan cepat dan lancar.

Tujuan utama platform adalah untuk membolehkan pengguna berdagang, menguruskan wang dan berurusan dengan akaun mereka, mempunyai pelbagai jenis alatan untuk membuat keputusan pelaburan dan menganalisiskan perdagangan mereka – semua terletak dalam aplikasi yang sama.

Platform akan tersedia untuk pengguna mudah alih peranti iOS dan Android serta para trader web.

Pada masa ini, pengguna di Malaysia, Indonesia, dan Singapura telah boleh menguji fungsi perdagangan dan antara muka mesra pengguna. Dalam beberapa bulan berikutnya, syarikat menjangka akan memberikan fungsi penuh platform, dan pengguna seluruh dunia akan dapat mencuba akaun demo mereka sendiri.

Mengekalkan platform dagangan sendiri adalah kepentingan terbaik syarikat – untuk meneruskan jalinan kebolehpercayaan, keberkesanan, dan ketelusan dalam penyediaan perkhidmatannya. Melihat kembali kepada 11 tahun kejayaan, jangkaan pasaran memihak kepada peluang OctaFX untuk memperoleh pencapaian selanjutnya dalam hal berkaitan.

OctaTrader dengan sempurna diselaraskan dengan nilai syarikat

Semua aspek yang dinyatakan di atas sesuai dengan rangka nilai OctaFX. Menegakkan ketelusan- terutama pada peringkat pembangunan-adalah penting dalam penyediaan laluan untuk OctaTrader. Pelanggan terlibat dalam proses ini. Penyatuan pacuan data dan pendekatan pelanggan inilah yang meningkatkan keberangkalian kejayaan di kemudian nanti.

Dalam erti kata sedemikian, langkah pertama adalah untuk mengetahui sama ada terdapat permintaan yang ketara untuk platform dagangan tersendiri dalam kalangan pelanggan OctaFX. Jawapannya 'ya' dengan tegas - pembangunan yang hebat bermula.

Broker telah lama dikenali kerana tidak menyembunyikan fokus terhadap matlamat pelaburan pelanggan. Membantu dalam mencapai objektif ini telah menjadi nilai penting bagi OctaFX sejak dari mula lagi. Pelancaran OctaTrader yang segar ini akan menjadi sesuatu yang baharu, babak penentuan dalam perjalanan syarikat untuk membantu pelanggan dengan lebih jauh lagi dalam rancangan pelaburan mereka.

Walaupun platform yang akan datang ini belum lagi tersedia untuk dilancarkan, komitmen sama terhadap ketelusan membawa kepada pengumuman menggembirakan tentang kemunculannya dalam masa terdekat. Maka nantikan kemas kini selanjutnya.



Hashtag: #OctaFX

Công ty phát hành chịu trách nhiệm cho nội dung của thông báo này
About OctaFX
About OctaFX
merupakan broker global yang menyediakan perkhidmatan perdagangan di seluruh dunia sejak 2011. Ia menawarkan akses tanpa komisen ke pasaran kewangan dan pelbagai perkhidmatan yang telah digunakan oleh pelanggan daripada 150 negara yang telah membuka lebih daripada 12 juta akaun dagangan. Webinar pendidikan percuma, artikel, dan alat pengurusan risiko dan analisis yang disediakan membantu pelanggan mencapai matlamat pelaburan mereka.

Syarikat terbabit dalam jaringan komprehensif amal dan inisiatif kemanusiaan, termasuk penambahbaikan infrastruktur pendidikan, projek bantuan notis pendek, menyokong komuniti tempatan dan perusahaan kecil sederhana.

Seperkara lagi, OctaFX juga telah memenangi lebih daripada 50 anugerah sejak penubuhannya, termasuk anugerah 'Broker Forex Terbaik Asia' 2021 daripada Kajian Perbankan & Kewangan Global dan anugerah 'Broker ECN Terbaik' 2021 oleh Kewangan Dunia.

NGUỒN:

OctaFX

DANH MỤC:

Business

ĐÃ XUẤT BẢN VÀO:

07 Oct 2022

Thông cáo báo chí trước đây

Chi tiết hơn

Talk to Media OutReach Newswire today

LIÊN HỆ VỚI CHÚNG TÔI NGAY BÂY GIỜ