Lebih 9,000 Rakyat Malaysia Menderma demi Kelestarian Alam Sekitar dengan #ShopeeGivesBack



Penderma memberi sokongan mereka untuk negara yang lebih mampan, dengan 61% menderma buat kali pertama

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 17 Ogos 2022 - #ShopeeGivesBack, inisiatif komuniti jangka panjang Shopee, telah mengumpul RM48,000 dari 1 Mei 2020 hingga 31 Julai 2022 untuk dua Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan usaha memelihara alam sekitar di Malaysia. Dalam tempoh dua tahun, WWF-Malaysia dan Zero Waste Malaysia menerima sumbangan daripada lebih 9,000 penderma, termasuk lebih 5,500 penderma kali pertama.

(c) WWF-Malaysia_Shariff Mohamad

85% daripada sumbangan tersebut telah disalurkan kepada WWF-Malaysia, sebuah organisasi pemuliharaan yang sedang menjalankan lebih daripada 90 projek di seluruh negara. Dana yang dikumpul digunakan untuk melindungi beberapa hidupan liar paling ikonik di Malaysia - termasuk harimau Malaya, gajah Borneo, orang utan Borneo dan penyu laut - daripada ancaman seperti pemburuan haram dan kehilangan habitat. WWF-Malaysia juga menangani isu alam sekitar demi menyebarkan kesedaran, menyokong pendidikan dan penyelidikan, serta memulihara landskap flora dan fauna tempatan, air, tanah dan sumber semula jadi lain.

Sepanjang dua tahun tersebut, Zero Waste Malaysia menerima 15% daripada jumlah sumbangan mereka melalui #ShopeeGivesBack, menyokong mereka dalam usaha bagi melangkah lebih jauh dalam mencapai misi mereka untuk membina masa depan yang bebas sisa dan mampan untuk negara. Zero Waste Malaysia menyokong pembangunan mampan dan berusaha meningkatkan kesedaran masyarakat tempatan tentang kehidupan mampan melalui pendidikan, sumber, penglibatan awam dan inisiatif-inisiatif on-ground. Pada tahun 2021 sahaja, Zero Waste Malaysia menerima 13% daripada jumlah sumbangan mereka melalui #ShopeeGivesBack.

Huiyan Pan, Ketua Pemasaran Jenama di Shopee Malaysia berkata, "Shopee berasa amat terharu dengan penglibatan masyarakat dalam menyokong usaha rakan-rakan NGO kami dalam menyumbang untuk perubahan alam sekitar. Kami percaya bahawa dengan kesedaran dan sokongan padu daripada pembeli-pembeli di platform kami, kami dapat mencapai keseimbangan ke arah membina masa depan jangka panjang yang mampan untuk alam sekitar dan ekonomi."

"Shopee berbesar hati kerana dapat memainkan peranan dalam usaha pemuliharaan WWF-Malaysia dan kami teruja mendengar tentang usaha-usaha yang telah mengurangkan pertemuan jerat sebanyak 90% untuk harimau Malaya. Dalam tahun 2020 dan 2021, lebih banyak penampakan harimau, termasuk ibu dan tiga ekor anak harimau, ditemui di Kompleks Hutan Belum-Temengor," tambah Pan.

Sepanjang bulan Ramadan pada tahun 2021 dan 2022, kedua-dua NGO ini masing-masing menyaksikan peningkatan sumbangan secara kolektif dari bulan ke bulan sebanyak 85% dan 113%, dari bulan Mac hingga April berbanding bulan-bulan lain melalui #ShopeeGivesBack. Daripada 1,400 sumbangan yang diterima, WWF-Malaysia dan Zero Waste Malaysia menyaksikan 1,000 penderma kali pertama menderma, dalam pada rakyat Malaysia menyumbang balik kepada masyarakat dan usaha yang dekat dengan hati dan nilai mereka.

"Kebanyakan daripada sumbangan kami datang daripada orang ramai, oleh itu platform #ShopeeGivesBack telah membantu kami menjangkau khalayak yang lebih luas untuk meningkatkan sokongan orang ramai yang amat diperlukan. Ini memastikan kesinambungan projek pemuliharaan penting WWF-Malaysia. WWF-Malaysia juga berusaha untuk menggalakkan gaya hidup mampan dan meningkatkan daya tahan terhadap perubahan iklim melalui advokasi dasar dan memulihara ekosistem semula jadi," kata Helina Yow, Pengarah Perkongsian, WWF-Malaysia.

#ShopeeGivesBack dilancarkan pada 1 Mei 2020 untuk membantu golongan yang terabai di Malaysia dan merangkumi empat bahagian: pembangunan masyarakat kurang bernasib baik, perkhidmatan kanak-kanak dan keluarga, badan amal kesihatan dan badan amal alam sekitar. Platform ini menyediakan sebuah saluran dalam talian kepada rakyat Malaysia bagi menyokong sesebuah usaha dengan cara yang amat mudah. Shopee memastikan NGO-NGO ini mempunyai rekod yang boleh dipercayai dan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang cara untuk menderma kepada WWF-Malaysia dan Zero Waste Malaysia, sila rujuk kepada laman mikro Shop Green with Shopee di sini:
https://shopee.com.my/m/shop-green-with-shopee



Hashtag: #ShopeeGivesBack #Shopee

Công ty phát hành chịu trách nhiệm cho nội dung của thông báo này
Tentang Shopee
Tentang Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.
NGUỒN:

Shopee

DANH MỤC:

Environment (ESG)

ĐỌC TRONG:

English, Simplified Chinese

ĐÃ XUẤT BẢN VÀO:

17 Aug 2022

Thông cáo báo chí trước đây

Chi tiết hơn
#Retail #Business

19 April 2024

Gen Zs Trust User and Expert Insights on Shopee

Talk to Media OutReach Newswire today

LIÊN HỆ VỚI CHÚNG TÔI NGAY BÂY GIỜ