Shopee Rekod Peningkatan 14% Bagi Permintaan Produk Barangan Rumah Mampan



Shop Green with Shopee memberi peluang untuk pengguna membeli-belah secara mampan dan menyokong penjual mesra alam

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 15 OGOS 2022 - Shopee mengetengahkan lebih ramai penjual tempatan dan mampan untuk menawarkan nilai terbaik bagi produk mesra alam untuk memenuhi permintaan awam apabila lebih ramai rakyat Malaysia semakin mempunyai kesedaran mengenai alam sekitar. Mengikut aliran data Shopee¹, pengguna giat mencari produk barangan rumah yang lebih mesra alam seperti lampu solar, panel solar dan penghawa dingin penyongsang, dengan carian kata kunci lebih tinggi sebanyak 14% antara 1 Januari hingga 25 Julai 2022 berbanding enam bulan sebelumnya.

Caption

Pengguna ingin mempercayai bahawa apa yang mereka beli adalah mampan dan bermanfaat untuk kegunaan jangka masa panjang. Menerusi pengenalan Shop Green with Shopee, pengguna boleh mencapai lebih ramai penjual mesra alam, mengetahui lebih lanjut tentang kehidupan dan tabiat mampan serta memberi inspirasi kepada orang lain untuk mengambil tindakan untuk alam sekitar.

Lonjakan permintaan untuk produk alternatif mesra alam mencerminkan kesedaran dan keinginan rakyat Malaysia yang lebih besar untuk kehidupan yang mampan. Melalui perbandingan di antara separuh pertama 2022 dan separuh kedua 2021, penjual Shopee menyaksikan peningkatan permintaan untuk barangan biodegradasi yang membantu alam sekitar seperti beg boleh guna semula dan pinggan biodegradasi (19%) serta barangan kebersihan diri seperti deodoran semula jadi, syampu dan sabun badan (33%).

Keinginan pengguna Malaysia untuk menjalani gaya hidup mampan telah mewujudkan peluang pasaran baharu untuk penjual tempatan, terutamanya dalam industri kesihatan, kosmetik dan penjagaan diri. Shop Green with Shopee akan membantu penjual yang menawarkan produk mesra alam memperoleh lebih banyak capaian pelanggan dan kesedaran jenama yang lebih besar.

Huiyan Pan, Ketua Pemasaran Jenama di Shopee Malaysia berkata: "Kehidupan secara mampan bermakna membuat pilihan yang lebih hijau hari ini yang akan memberi kesan positif kepada alam sekitar pada esok hari. Walaupun kami melihat permintaan yang konsisten dan sihat untuk produk mesra alam di Malaysia, kami akan terus bekerjasama rapat dengan penjual untuk menawarkan pengguna produk yang lebih mampu milik dan bertanggungjawab."

"Shop Green with Shopee adalah salah satu cara kami menghubungkan pengguna kepada penjual yang telah menyatakan dengan jelas komitmen mereka terhadap kelestarian alam sekitar, dikenal pasti sebagai bahan kitar semula atau boleh guna semula, dan dibuat secara tempatan dalam semangat meminimumkan jejak karbon."

Shopee mempunyai pelbagai jenis penjual dan jenis produk mesra alam tempatan yang merangkumi kategori seperti kosmetik dan dandanan, kecantikan dan fesyen, dan barangan rumah, antara lain. Produk daripada jenama termasuk tetapi tidak terhad kepada HYGR, The Hive, Minus Zero Waste, PYNGzerowaste, and Green Eco Paradise.

Penjual mesra alam tempatan dan popular, HYGR, berkongsi perspektif berikut untuk menjadi sebahagian daripada Shopee.

"Dengan semua bahan kimia toksik yang terdapat dalam produk, kepentingan produk mesra alam kini menjadi lebih penting. Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan menyebarkan kesedaran dan mendidik satu sama lain tentang kehidupan mampan. Dengan Shopee sebagai salah satu rakan kongsi kami, HYGR boleh mengembangkan pangkalan pelanggan kami dan menggalakkan komuniti untuk menjadi hijau." berkata Ivor Lim Xian Z and Chew Hoi Meng, Pengasas di HYGR.

Memandangkan lebih ramai pengguna terus mencari alternatif yang mampan, Shopee akan menyokong penjual mesra alam dan inovasi mereka yang membolehkan pengguna mengurangkan kesan alam sekitar. Shopee berharap dapat memberi pengguna dengan lebih banyak pilihan jenama dengan misi impak sosial dan condong ke arah yang lebih mampan.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Shop Green with Shopee, layari https://shopee.com.my/m/shop-green-with-shopee.

Hashtag: #Shopee

Công ty phát hành chịu trách nhiệm cho nội dung của thông báo này
Mengenai Shopee
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.

NGUỒN:

Shopee

DANH MỤC:

Retail

ĐỌC TRONG:

English, Simplified Chinese

ĐÃ XUẤT BẢN VÀO:

15 Aug 2022

Thông cáo báo chí trước đây

Chi tiết hơn
#Retail #Business

06 December 2022

145K Shopee Sellers Achieved 25% Growth In 2022

Đối thoại với Media OutReach hôm nay

LIÊN HỆ VỚI CHÚNG TÔI NGAY BÂY GIỜ