OctaFX meraikan ulang tahun ke-11 dan mendedahkan falsafah jenamanya



OctaFX sedang meraikan ulang tahun ke-11! Berikut adalah apa yang telah dicapai oleh broker ini dalam tahun-tahun yang lepas dan elemen teras falsafah jenama yang telah mendorongnya selama ini.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 2 Ogos 2022 - Broker global OctaFX lebih besar berbanding sebelum ini—semuanya berkat sokongan pelanggannya. Di bawah adalah pencapaian utama yang telah berjaya dicapai oleh OctaFX sepanjang sebelas tahun yang lalu.


Yang di atas adalah angka-angkanya. Tetapi apakah yang mendorongnya? OctaFX berkongsi elemen teres falsafahnya dan cara mereka membantu broker menjadikan perjalanan pelaburan pelanggannya selancar yang mungkin.

OctaFX-11-years.jpg

OctaFX sentiasa dalam talian. Broker ini telah memproses 8.8 juta permintaan dan telah mendedikasikan lebih kurang 96,800,000 minit untuk menyelesaikan masalah dan menjawab soalan pelanggannya dengan jujur dan terbuka.

OctaFX sentiasa mencari cara untuk menjadi lebih baik, dan oleh itu menganalisis semua maklum balas dengan teliti. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh trader apabila menggunakan perkhidmatannya atau kefungsian yang diharap oleh pelanggan dari broker ini adalah apa yang memandu pertumbuhan OctaFX. Selain daripada perubahan ketara yang lain, ia berjaya mengurangkan purata proses pengesahan kepada lebih kurang tiga minit, dengan 85% daripada pelanggannya berjaya disahkan pada kali pertama.

Perubahan berterusan dalam dunia kewangan adalah apa yang memastikan OctaFX terus tangkas dan bersedia untuk membuat transformasi dan berkembang sepanjang masa. Pendekatan ini membawa kepada pengeluaran aplikasi dagangan dan salin dagangan mudah alihnya sendiri, menambah pelbagai instrumen kewangan popular daripada mata wang kripto kepada indeks saham, dan membangunkan platform salin dagangan dengan ciri-ciri yang unik untuk mencari dan menyalin trader profesional.

Data adalah apa yang mendorong OctaFX. Broker ini sentiasa melakukan kajian dan analisis mengenai dirinya sendiri, mempelajari tentang teknologi kewangan terkini—semua untuk memastikan supaya ia menyediakan bukan sahaja keadaan dagangan terbaik kepada pelanggan, malahan juga dengan penyelesaian teknikal yang canggih.

OctaFX memberi tumpuan terhadap matlamat pelanggannya, dan itulah sebabnya ia cuba menyingkirkan semua halangan yang mengehadkan pengalaman dagangan mereka dan menghalang mereka daripada merealisasikan potensi penuh pendekatan mereka yang pelbagai. Untuk membantu pelanggannya meningkatkan dagangan dan membolehkan penggunaan strategi jangka panjang yang lebih berkesan, broker ini memutuskan untuk menghapuskan swap sepenuhnya pada bulan Mei ini.

Untuk menjadi semakin dekat dengan anda, OctaFX memutuskan untuk membuat penjenamaan semula dan berwajah baru: dengan warna yang lebih cantik, elemen yang diinspirasikan oleh angkasa, dan logo baru.

'Semua pencapaian dan transformasi kami tidak bermakna tanpa pelanggan kami. Pelanggan kamilah yang mendorong pertumbuhan kami dan membenarkan kami untuk terus maju ke hadapan. Pelanggan kami yang memberikan inspirasi kepada kami untuk kekal terkini, dinamik, inovatif dan yakin. Kami berterima kasih kepada mereka semua kerana memilih kami sebagai broker mereka,' ulas pejabat media OctaFX.

Untuk meraikan ulang tahun kesebelasnya, OctaFX telah menjadikan spread yang kebiasaannya di bawah pasaran sebagai yang terendah dalam industri dalam platform MT4 dan MT5. Broker ini telah mengurangkan spread sebanyak 20% untuk XAUUSD, EURUSD, GBPUSD, USDJPY, GBPJPY, USDCHF, XTIUSD, dan US30, serta sebanyak 25% untuk BTCUSD dan ETHUSD.

Hashtag: #OctaFX

Công ty phát hành chịu trách nhiệm cho nội dung của thông báo này
Mengenai OctaFX
Mengenai OctaFX
merupakan broker global yang menyediakan perkhidmatan perdagangan dalam talian di seluruh dunia sejak tahun 2011. Broker ini menawarkan semua yang diperlukan untuk seseorang mencapai matlamat pelaburan mereka, menyediakan keadaan terbaik yang telah sedia digunakan oleh pelanggan di lebih daripada 150 negara di seluruh dunia.

Syarikat terlibat dalam rangkaian komprehensif amal dan inisiatif kemanusiaan, termasuk penambahbaikan infrastruktur pendidikan, projek bantuan notis pendek, menyokong komuniti tempatan dan perusahaan kecil sederhana.

Selain itu, OctaFX juga telah memenangi lebih daripada 45 anugerah sejak penubuhannya, termasuk anugerah 'Broker Forex Terbaik Asia' tahun 2021 daripada Kajian Perbankan & Kewangan Global dan anugerah 'Broker ECN Terbaik' 2021 oleh Kewangan Dunia.

NGUỒN:

OctaFX

DANH MỤC:

Business & Finance

ĐỌC TRONG:

English, Simplified Chinese

ĐÃ XUẤT BẢN VÀO:

02 Aug 2022

Thông cáo báo chí trước đây

Chi tiết hơn

Đối thoại với Media OutReach hôm nay

LIÊN HỆ VỚI CHÚNG TÔI NGAY BÂY GIỜ