Teknik Keibubapaan Moden – Perbualan yang Bermakna dan Berilmiah dengan Anak-anak Membantu Membentuk Karakter serta Mendorong Rasa Keprihatinan untuk Melahirkan Pemimpin Masa Depan STEM



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 9 Mei 2022 - Ibu-ibu adalah wira-wira yang tidak didendang. Tidak terkira kesabaran, kasih sayang dan ketabahan yang mereka perlukan namun ramai ibu-ibu di Malaysia mampu menjalankan tanggungjawab dengan seimbang di samping mengekalkan kerjaya mereka.

Untuk ahli pasukan 3M Malaysia, Gursharan Kaur, Noor Intan Farah Alwee dan Leong Ai Wah, mereka telah pelajari cara mengimbangi tugas yang perlu dilaksanakan terutama ketika kemuncak pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Sekolah atas talian, memasak untuk keluarga dan melakukan tugas harian rumah telah menjadi rutin mereka setiap hari dan ini dilakukan tanpa mengabaikan kerjaya mereka.

Prioriti dan Pengurusan Mengekalkan Keseimbangan

Ketiga-tiga ibu ini amat mementingkan cara pengurusan kehidupan peribadi mereka. Luang masa untuk diri sendiri, samada untuk perkara kecil seperti berjoging di waktu pagi atau membeli-belah - aktiviti seperti ini amat penting untuk mereka terus kekal menjadi insan, ibu dan pekerja yang baik.

Gursharan Kaur, ketua pembangunan jualan dan latihan untuk Keselamatan dan Industri 3M Asia (SIBG Asia), adalah seorang ibu kepada dua anak perempuan yang hebat (berusia 21 – 24 tahun) dan beliau berkongsi pengalamannya mengimbangi kerjaya dan menjadi seorang ibu itu bukanlah suatu tugas yang mudah namun ia lebih kepada proses pembelajaran dalam kehidupan.

"Meraikan kejayaan-kejayaan kecil mendorong anak-anak saya maju ke hadapan," ujar Gursharan, "Dan keseimbangan dapat dirasakan semasa meraikan detik-detik bermakna bersama anak-anak saya, di mana ia dapat menyuntik rasa bangga terhadap pencapaian mereka sendiri dan keyakinan untuk terus memberikan yang terbaik dalam setiap yang mereka lakukan."

"Ibu yang bekerja, bergerak dengan seimbang," kata Farah. Beliau adalah seorang Eksekutif Akaun Jualan untuk Bahagian Keselamatan Pengangkutan di 3M Malaysia dan paling utama, Farah adalah Mama kepada dua orang anak lelaki yang meningkat remaja. "Adalah sangat penting untuk anda seimbangkan kehidupan peribadi dan kerjaya anda kerana itu yang memberi anda kemampuan untuk mencurahkan kasih sayang dan cemerlang dalam kerjaya." Farah gemar menonton filem fiksyen bersama anak-anaknya di masa luang mereka.

Ai Wah adalah seorang ketua di Operasi Pemasaran dan Pesanan di 3M Malaysia; beliau memulakan hari seawal pukul 5.30 pagi semasa hari bekerja untuk menyiapkan dua orang anak lelaki beliau ke sekolah dan berjoging setiap pagi sebelum berangkat ke tempat kerja. "Minda yang tenang sangat penting untuk seorang ibu yang bekerja." kata Ai Wah. "Fleksibiliti dan keupayaan untuk sesuaikan diri sering menjadi panduan utama saya mengimbangi tugas sebagai ibu dan kerjaya saya."

Ketiga-tiga ibu ini seterusnya menceritakan bahawa kerjaya mereka di 3M Malaysia dan persekitaran yang terbuka dengan pelbagai peluang pembelajaran telah membentuk pandangan mereka dan membantu mereka membina perbincangan yang mendidik dan lebih bermakna dengan anak-anak mereka.

"Sebelum saya sertai bahagian Jualan, latar belakang saya sebenarnya dalam bidang Kejuruteraan Awam. Sebab saya bertukar bidang, kita cerita di lain waktu tapi minat saya dalam bidang inovasi dan teknologi tetap diteruskan," sambung Farah lagi. "Saya rasa seronok berkongsi inovasi canggih berasaskan sains yang dihasilkan oleh 3M dengan anak-anak saya".

Menggalakkan Proses Pemikiran di Luar Kotak

Gursharan percaya bahawa sebagai orang dewasa, ganjaran tidaklah sepenting penghargaan, terutamanya daripada pihak atasan – sesuatu yang diamalkan di dalam pasukan 3M Malaysia dan juga dengan anak-anaknya.

"Semua orang gembira jika mereka dihargai, dan saya akan memberi anak-anak saya pujian atau penghargaan yang selayaknya dan saya sering menggalakkan mereka berfikir di luar kotak untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka membuat keputusan."

Ai Wah pula sering mengamalkan komunikasi terbuka dengan anak-anak lelakinya, di mana kadang-kala perbualan semasa menikmati makan malam mereka boleh berpanjangan sehingga 2 jam lamanya! "Saya dan suami menggalakkan mereka untuk sering bertanya dan berbincang secara konstruktif – malah kami juga memberitahu mereka yang ibu bapa tidak selalunya betul dan mereka boleh berbincang andainya fakta mereka adalah benar. Ini juga sesuatu yang saya galakkan di kalangan ahli pasukan saya di tempat kerja, bukan hanya semasa kami bekerja namun juga ketika saya memimpin mereka."

Mengimbangi Minat Antara Menjadi Ibu dan Kerjaya

Bila ditanya tentang tip untuk ibu yang berkerjaya seperti mereka, Gursharan berkata, mencari teknik keibubapaan yang tersendiri adalah penting. "Seperti teknik lain dalam kehidupan, keibubapaan perlu sentiasa diamalkan. Nikmati saja pengalaman itu dan jangan lupa untuk sesekali berhenti seketika dan bergembira."

Bagi Farah pula, kesabaran dan minat harus seiring. "Anda perlukan kedua-duanya untuk memberi yang terbaik dalam apa yang dilakukan. Apa pun cabaran boleh direntasi kerana saya ada minat dan dorongan yang memotivasikan saya untuk mencapainya."

Ai Wah berpendapat bahawa amat penting untuk kita meluangkan masa untuk diri sendiri di sebalik kesibukan bekerja. "Penting untuk kita menjaga kesihatan mental kita dan mencari masa yang berkualiti untuk diri sendiri. Pepatah ada mengatakan, 'isteri gembira, hidup bahagia' – tapi saya ingin menambah, 'Ibu gembira, anak ceria!"

Gursharan, Farah dan Ai Wah – antara wira-wira yang tak didendang di 3M dan kami ingin mengambil peluang meraikan kesemua ibu-ibu yang bekerja di seluruh dunia. Anda sememangnya wira sebenar kami dan harus diraikan sepanjang tahun di atas kecekalan anda, para ibu.

Selamat Hari Ibu daripada 3M Malaysia!

#3M



Công ty phát hành chịu trách nhiệm cho nội dung của thông báo này
NGUỒN:

3M

DANH MỤC:

Business

ĐỌC TRONG:

English

ĐÃ XUẤT BẢN VÀO:

09 May 2022

Thông cáo báo chí trước đây

Chi tiết hơn

Talk to Media OutReach Newswire today

LIÊN HỆ VỚI CHÚNG TÔI NGAY BÂY GIỜ