3M diiktiraf sebagai salah satu syarikat paling beretika dalam penilaian di seluruh dunia



  • Pematuhan dan nilai etika 3M diiktiraf oleh Ethisphere Institute untuk tahun ke-9 berturut-turut pada penilaian 2022 melibatkan 136 syarikat di seluruh dunia
  • Penilaian terdiri daripada soalan berdasarkan budaya syarikat, amalan alam sekitar dan sosial, dan banyak lagi
  • GT Lim, Ketua Negara untuk 3M Malaysia mengulangi komitmen untuk terus mempertahankan Tatakelakuan ketat 3M untuk mengekalkan reputasi etika 3M yang disegani di seluruh dunia

PETALING JAYA, MALAYSIA - Media OutReach - 16 Mac 2022 - The Ethisphere Institute mengiktiraf 3M untuk etika dan integriti dalam kelakuan dan pematuhan perniagaan untuk tahun kesembilan berturut-turut. 3M adalah satu daripada tujuh syarikat perindustrian di seluruh dunia yang diberi penghormatan tahun ini.

Caption

Mengulas mengenai pengumuman itu, GT Lim, Ketua Negara untuk 3M Malaysia berkata, "3M sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang betul mengikut Tatakelakuan kami dan melihat usaha kolektif kami bergema baik dengan masyarakat antarabangsa benar-benar membuatkan kami bangga. 3M Malaysia komited untuk menyediakan tawaran berkualiti kepada pelanggan dan akan terus mempertahankan nilai etika global kami."

Tatakelakuan 3M inilah yang menjadikan reputasi etika 3M kukuh di kalangan pengguna dan merentasi pelbagai industri. Kepimpinan syarikat mencipta dan mempromosikan persekitaran tempat kerja di mana pematuhan dan kelakuan perniagaan yang beretika dilaksanakan melalui kepimpinan melalui teladan.

"Sejak 120 tahun yang lalu, 3M telah membina reputasinya dalam melakukan sesuatu secara beretika," kata Michael Duran, naib presiden kanan dan ketua pegawai etika dan pematuhan 3M. "Tujuan kami sebagai sebuah syarikat dan integriti yang teguh membantu kami dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan dan menjadikan 3M tempat yang hebat untuk bekerja. Saya amat berbangga dengan lebih 90,000 warga kerja 3M kami yang berusaha untuk melindungi reputasi 3M setiap hari."

3M ialah salah satu daripada 136 syarikat di seluruh dunia yang dinobatkan sebagai salah satu Syarikat Paling Beretika di Dunia pada 2022. Penilaian itu merangkumi lebih daripada 200 soalan mengenai budaya, amalan alam sekitar dan sosial, aktiviti etika dan pematuhan, tadbir urus dan kepelbagaian.

"Syarikat Paling Beretika di Dunia yang menerima penghormatan ini memahami mandat masa kini yang memerlukan perniagaan dijalankan secara beretika, bertanggungjawab dan dipercayai untuk memacu perubahan positif," kata Ketua Pegawai Eksekutif Ethisphere, Timothy Erblich. "Tahniah kepada 3M atas pengiktirafan ini untuk tahun kesembilan berturut-turut. Ia adalah bukti kepada komitmen 3M untuk melakukan perkara yang betul dan dedikasinya terhadap integriti, tadbir urus dan komuniti."

Proses penilaian Syarikat Paling Beretika di Dunia merangkumi soalan tentang faktor persekitaran, sosial dan tadbir urus, keselamatan, ekuiti dan kesaksamaan serta keadilan sosial serta berfungsi sebagai rangka kerja operasi untuk menyerlahkan amalan utama organisasi merentasi industri dan di seluruh dunia. Ethisphere® ialah peneraju global dalam menentukan dan memajukan piawaian amalan perniagaan beretika yang menyemarakkan watak korporat, kepercayaan pasaran dan kejayaan perniagaan.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang Kod Tatakelakuan dan Etika & Pematuhan 3M dengan melayari:
https://www.3m.com/3M/en_US/ethics-compliance/code/

Senarai penuh Syarikat Paling Beretika di Dunia 2022 boleh didapati di:
https://worldsmostethicalcompanies.com/honorees



Công ty phát hành chịu trách nhiệm cho nội dung của thông báo này
Mengenai 3M
Mengenai 3M
Di 3M, kami menggunakan sains secara kolaboratif untuk menambah baik kehidupan harian kerana warga kerja kami berhubung dengan pelanggan di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut tentang penyelesaian kreatif 3M kepada cabaran global di atau Twitter atau .

#3M
NGUỒN:

3M

DANH MỤC:

Business

ĐỌC TRONG:

English, Simplified Chinese

ĐÃ XUẤT BẢN VÀO:

16 Mar 2022

Thông cáo báo chí trước đây

Chi tiết hơn

Talk to Media OutReach Newswire today

LIÊN HỆ VỚI CHÚNG TÔI NGAY BÂY GIỜ