OctaFX Copytrading mereka bentuk semula tetapan penyalinannya



OctaFX Copytrading ialah suatu perkhidmatan popular yang membolehkan pelanggannya mengaut keuntungan dengan menyalin pesanan daripada pedagang profesional, yang juga dikenali sebagai Pedagang Pakar. Perkhidmatan ini baru sahaja memperkenalkan perubahan besar kepada tetapan penyalinannya—pengguna kini boleh menyalin pesanan Pedagang Pakar dalam volum yang sama, dua kali ganda, tiga kali ganda atau mana-mana volum lain yang diingini.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 11 Januari 2022 - Tahun baharu bermakna sebuah permulaan baharu. Broker global OctaFX memutuskan untuk memulakan tahun 2022 dengan mengemas kini beberapa tetapan penting perkhidmatan salin perdagangannya.



 

OctaFX Copytrading adalah perkhidmatan bertaraf tinggi dalam kalangan pelanggan syarikat. Terdapat dua sebab hebat kepopularan perkhidmatan ini. Pertama sekali, anda boleh mengakses perkhidmatan dengan mudah melalui Aplikasi OctaFX Copytrading atau desktop. Kedua, anda hanya memerlukan sedikit kepakaran Forex untuk mula menjana keuntungan.

 

Tertanya-tanya cara perkhidmatan ini berfungsi? Pelanggan, yang dikenali sebagai penyalin, memilih pedagang profesional untuk menyalin pesanan daripada mereka. Setiap kali Pedagang Pakar membuka pesanan, pesanan yang sama dibuka dalam akaun penyalin secara automatik. Dengan cara ini, penyalin boleh mempercayai kepakaran Pedagang Pakar dan meraih keuntungan dengan usaha yang minimum.

 

Baru-baru ini OctaFX Copytrading telah berusaha untuk menjadikan proses langganan kepada Pedagang Pakar lebih telus untuk penyalin. Mereka telah mengemas kini parameter yang boleh ditetapkan oleh penyalin apabila melanggan kepada pedagang profesional.

 

Pertama sekali, penyalin boleh memilih untuk menyalin pesanan Pedagang Pakar dalam volum yang sama (×1), dua kali ganda (×2), tiga kali ganda (×3), atau sebarang volum lain. Setelah memilih mod penyalinan, penyalin akan melihat pelaburan yang diperlukan untuk mula menyalin Pedagang Pakar ini dalam mod ini.

 

Satu lagi ciri baharu untuk Penyalin adalah dana sokongan. Penyalin boleh memilih untuk menambah dana sokongan untuk melindungi pelaburan mereka daripada pergerakan pasaran yang tidak dijangka. Jumlah ini hanya akan digunakan untuk menyokong strategi perdagangan apabila pasaran mengalami ketaktentuan.

 

Pelaburan yang diperlukan untuk setiap Pedagang Pakar dikira secara automatik. Algoritma mengira jumlah optimum ini daripada sejarah perdagangan pedagang profesional. Dengan cara ini, penyalin boleh memilih Pedagang Pakar berdasarkan jumlah yang mereka sedia untuk laburkan. Ini adalah penambahbaikan terbaru perkhidmatan yang paling ketara.

 

Pedagang menggunakan pelbagai strategi dagangan yang melibatkan pelaburan minimum yang berlainan untuk Penyalin. Dalam Penilaian Pakar, Penyalin boleh menapis Pedagang Pakar mengikut jumlah minimum yang diperlukan untuk melabur dengan mereka. Sistem ini mencadangkan Pedagang Pakar dengan strategi yang sepadan dengan peluang kewangan Penyalin.

 

Pada tahun 2021, majalah TradeForexSA, sebuah panduan terkemuka Afrika Selatan untuk perdagangan Forex, telah menamakan OctaFX sebagai Platform Salin Perdagangan Forex Terbaik. Seperti yang dapat dilihat daripada prestasi syarikat, anugerah ini dan anugerah lain telah memberi inspirasi kepada pembangunnya untuk bekerja lebih keras dan menyampaikan pengalaman perdagangan terbaik untuk pelanggan mereka. Kita mungkin akan mendengar tentang lebih banyak penambahbaikan tidak lama lagi.

 



Công ty phát hành chịu trách nhiệm cho nội dung của thông báo này
Mengenai OctaFX
Mengenai OctaFX

ialah sebuah broker global yang menyediakan perkhidmatan perdagangan dalam talian di seluruh dunia sejak tahun 2011. Ia menawarkan pengalaman perdagangan terkini kepada lebih 7 juta pengguna di seluruh dunia. OctaFX telah memenangi lebih daripada 40 anugerah sejak penubuhannya, termasuk 'Broker Forex Terbaik Asia' daripada Global Banking and Finance Review dan 'Platform Perdagangan Terbaik' daripada Fx Daily Info pada tahun 2021. Syarikat ini terkenal dengan aktiviti sosial dan amalnya.


#OctaFX

NGUỒN:

OctaFX

DANH MỤC:

Business

ĐỌC TRONG:

English

ĐÃ XUẤT BẢN VÀO:

11 Jan 2022

Thông cáo báo chí trước đây

Chi tiết hơn

Talk to Media OutReach Newswire today

LIÊN HỆ VỚI CHÚNG TÔI NGAY BÂY GIỜ