Ikano Centres meneruskan rancangan pertumbuhannya sebagai tempat pertemuan di Malaysia dan Thailand
Ikano Centres melancarkan strategi berkesan dengan pendekatan saluran-omni dan pembangunan komersil yang berstrategi
KUALA
LUMPUR, MALAYSIA - Media
OutReach - 17 December 2021 -Ikano Centres, iaitu sebahagian dari Ikano Retail, meneruskan pendekatan
saluran-omni untuk perniagaan pusat beli-belah walaupun berdepan dengan arahan
penutupan operasi perniagaan hartanah dan pusat beli-belah akibat dilanda
Covid-19. Walaupun orang ramai sudah mula kembali mengunjungi pusat beli-belah,
Ikano Centres sebahagian daripada IKEA tetap memberi keutamaan pada usaha penambahbaikan
dalam mempertingkatkan keperluan pengguna yang semakin berkembang.
MyGround di MyTOWN Shopping Centre, Decathlon di MyTOWN Shopping Centre, Soulmates di Toppen Shopping Centre, Pembangunan tempat letak kereta bertingkat di pusat membeli belah dengan gaya hidup RoofToppp dan McDonalds di Ikano Centres Batu Kawan (Kredit gambar - Penang Holiao)
Dengan memiliki lima pusat beli-belah dalam portfolionya - IPC, MyTOWN,
Toppen dan Batu Kawan di Malaysia, serta Megabangna di Thailand, Ikano Centres telah
mengekalkan kadar sewa yang normal iaitu sebanyak 92% di seluruh pusat beli-belah
sepanjang tempoh 18 bulan yang lalu. Dalam tempoh ini, Ikano Centres telah
memperkenalkan pelbagai pendekatan untuk menangani isu keselamatan, menambah
baik pengalaman pelanggan, merintis kongsian digital dan menginovasi platform
beli-belah yang memudahkan para pelanggan untuk berhubung, beinteraksi dan
belajar.
Adrian Mirea, Pengarah Urusan Pusat Beli-Belah
Penggunaan Bercampur Ikano Centres, berkata: "Seperti yang dapat kita
lihat, ramai pengunjung sudah mula kembali ke pusat beli-belah kami, dan kami
yakin dengan perkembangan ini." "Bagi menambahbaik pengalaman pelanggan
di serata pusat beli-belah, kami akan melaksanakan pelaburan untuk pembangunan
fizikal serta platform digital agar pengalaman membeli-belah lebih menarik buat
para pengunjung. Semua ini bakal memastikan agar pusat beli-belah kami terus
menjadi tempat pertemuan yang selamat serta menyeronokkan."
Ikano Centres telah memperkenalkan inovasi digital yang direka bertujuan
membantu para penyewanya sepanjang penutupan serta menawarkan pelbagai cara
untuk pengunjung berinteraksi dengan pusat beli-belah kegemaran mereka.
Inisiatif ini termasuklah menyediakan perkhidmatan membeli-belah secara
peribadi melalui GoGet, siaran langsung di media sosial, menyertai kempen yang
dianjurkan oleh GrabFood dan Foodpanda serta mengoptimumkan aplikasi pusat
beli-belahnya bagi memudahkan pembelian melalui perkhidmatan pandu lalu.
Sebagai destinasi membeli-belah yang direka khas bagi memenuhi keperluan
komuniti, setiap tempat pertemuan berkembang melalui cara yang mampan:
Pusat Beli-belah IPC: Pusat beli-belah kejiranan
kegemaran Damansara mengekalkan suasana persekitaran yang mesra keluarga
Di tengah-tengah Mutiara Damansara, IPC sedang dalam usaha terakhir menaik
taraf kemudahannya bagi mempertingkatkan keselesaan, kebolehcapaian dan
perkhidmatan mesra keluarga kepada pengunjung. Dengan mempertingkatkan
kemudahan pengangkutan baharu serta menambah-baik aliran trafik di seluruh
pusat, ia juga menaik taraf kemudahan keluarga termasuk bilik rehat keluarga
dan taman permainan. Di tingkat 2, 'Funland' akan menyediakan set permainan
yang lebih menyeronokkan dan menarik untuk kanak-kanak, dengan 'Playland'
baharu berada di Aras G. Keluarga yang berkunjung boleh menikmati hari yang
indah dan selamat dengan pilihan tempat makan baharu.
Pusat Beli-belah MyTOWN: Memperkenalkan hab sosial dan gaya hidup baharu
di tengah-tengah Kuala Lumpur
Mensasarkan pelancaran pada Disember 2021, MyTOWN sangat teruja untuk
memperkenalkan MyGround, hab sosial baharu yang menyeronokkan untuk
pengunjungnya berhubung serta mencipta pengalaman menarik bersama. Bekas gedung
serbanekanya yang berkeluasan lebih 145,000 kaki persegi sedang dibangunkan
semula sebagai ruang runcit yang unik, mewujudkan model fleksibel untuk penyewa
F&B dengan kelengkapan dalaman yang telah sedia terbina di samping
menawarkan kos permulaan yang rendah dan akses yang lebih mudah ke pusat
beli-belah. Selain meraikan penyertaan BookXcess, SSFHOME+ dan Panda Eyes awal
tahun ini, kedai barangan sukan seperti Decathlon, Puma dan Adidas yang
berkonsep baharu juga akan mengukuhkan lagi segmen ruangan sukan dan riadah di
pusat ini. Bagi memenuhi keperluan profesional yang bekerja di pusat bandar,
Infinity8 selaku ruang kerja terbesar di selatan Malaysia, akan membuka lokasi
pertamanya di Lembah Klang pada 2022.
Pusat Beli-belah Toppen: Menjuarai perusahaan
sosial dengan Soulmates, platform tempahan ruang fleksibel yang direka untuk
menyokong perniagaan kecil dan para usahawan
Bagi membantu perniagaan kecil di Johor pulih daripada kesan Covid-19,
Toppen memperkenalkan Soulmates, platform yang menyediakan ruang yang disediakan
sepenuhnya dan fleksibel yang boleh ditempah mengikut jam atau hari. Soulmates
bertujuan untuk menjadi pusat sehenti setempat, sesuai untuk perkhidmatan
kecantikan dan kesihatan, kecergasan dan yang berasaskan kemahiran lain bagi
berkongsi perkhidmatan mereka dengan pelanggan dalam suasana yang selesa dan
profesional. Matlamat platform adalah untuk dikembangkan ke pusat beli-belah
Ikano Centres yang lain dalam masa terdekat bagi memenuhi keperluan perniagaan
di setiap destinasi.
Tempat letak kereta bertingkat yang baru juga sedang dalam pembinaan dan
dijadualkan akan dilancarkan pada suku keempat 2022. Struktur sembilan tingkat
itu bukan sahaja menyediakan lebih banyak ruang letak kereta, malah turut
memperkenalkan penambahan kedai baharu mengikut gaya RoofToppnya. Toppen juga
telah bersedia untuk membuka cawangan pertama Pasaraya Besar Lulu di Selatan
Malaysia pada 2022, yang menyajikan pelbagai tawaran barangan rumah untuk
penduduk di sekitarnya.
Ikano Centres Batu Kawan: Memperkenalkan fasa tempat pertemuan
seterusnya di utara Malaysia dengan pembukaan konsep pandu lalu F&B
Sejajar dengan usaha memperluaskan lagi pengalaman peruncitan yang
baharu ke Aspen Vision City, Ikano Centres baru-baru ini telah melancarkan fasa
kedua pusat beli-belahnya dengan pembukaan pandu lalu McDonald's. Dalam
beberapa bulan akan datang, KFC, Tealive dan Coffee Bean akan turut serta, dan
ini mewujudkan banyak pilihan makanan dalam kawasan pajakan seluas 200,744 kaki
persegi.
Pusat Beli-belah Megabangna: Meraikan rakan kongsi
baharu Central Pattana (CPN) Plc.
Terkenal sebagai salah satu pusat membeli-belah terbesar di Asia
Tenggara, pusat beli-belah yang berpangkalan di Bangkok ini kini berbangga
untuk bekerjasama dengan Central Pattana (CPN) Plc, yang baru-baru ini telah
membeli 56 peratus pegangan daripada Siam Future Development Plc (SF), rakan
usaha sama Ikano Centres di Bangkok sejak sepuluh tahun yang lalu. Perkongsian
baharu ini akan bekerjasama dengan IKEA untuk terus memberi tumpuan dalam
memastikan Megabangna tempat yang selamat dan menarik untuk semua. Penyewa
baharu termasuk Topgolf, akan menawarkan pengunjung di Bangkok Timur dengan
pelbagai hiburan yang menarik pada suku kedua tahun 2022.
Tumpuan terhadap pembangunan perniagaan dan inovasi digital adalah
sebahagian daripada pegangan Ikano Centres yang mengutamakan pelanggan. "Kami menjadikan
pusat kami sebagai 'tempat pertemuan' kerana pelanggan hari ini datang untuk
suasana dan pengalaman menarik yang kami sediakan, tidak hanya untuk transaksi
biasa." Arnoud Bakker, Pengarah Komersial Ikano Center, berkata, "Selepas
wabak ini, pembeli sekarang lebih berpengetahuan, lebih bijak dan mempunyai
banyak pilihan untuk mendapatkan apa yang mereka perlukan. Inilah sebabnya kami
sangat menitikberatkan campuran penyewa yang dinamik untuk memenuhi keperluan
khusus dan mencipta konsep yang unik dan segar. Kami juga sentiasa mencari
penyewa baharu, platform dan penyedia perkhidmatan yang mampu mencipta
pengalaman indah yang tidak dapat dilupakan untuk para pengunjung kami. "
Công ty phát hành chịu trách nhiệm cho nội dung của thông báo này
Mengenai Ikano Center
Ikano Center adalah sebahagian daripada Ikano Retail, dan kami
mewujudkan destinasi runcit bersama-sama IKEA. Kami membangunkan tanah dan
melabur dalam kediaman, pejabat dan jenis hartanah lain untuk menjadi destinasi
yang menarik di mana orang ramai boleh tinggal, bekerja dan berseronok. Pusat
beli-belah kami dibina oleh IKEA, untuk mencipta tempat pertemuan untuk
komuniti dan hab. Kami adalah destinasi, menyediakan pengalaman menyeluruh
untuk setiap generasi. Setakat ini, Pusat Ikano mengendalikan lima tempat pertemuan
di Malaysia dan Thailand di bawah jenama berbeza. Untuk mengetahui lebih
lanjut, sila layari Ikano Centres.
Mengenai Ikano Retail
Kami merupakan salah satu daripada 12 pemegang francais IKEA dan telah menjadikan
kehidupan harian yang lebih baik untuk semua orang di Singapura, Malaysia,
Thailand dan Mexico- dengan rancangan untuk membuka lebih banyak pusat dalam
beberapa tahun akan datang. IKEA telah menyediakan produk isi rumah berasal
dari Sweden yang direka dengan baik pada harga yang berpatutan. Pusat Ikano di
bawah IKEA, merupakan tempat pertemuan untuk pusat komuniti kami. Dengan
melabur dalam jenis hartanah lain, kami telah mewujudkan destinasi untuk orang
ramai membeli-belah, bekerja, tinggal dan berhibur. Kami adalah satu-satunya
pemegang francais yang dimiliki oleh keluarga Ingvar Kamprad, yang mengasaskan
IKEA pada tahun 1943.