- Penyelesaian
eTandatangan Signitory menyelesaikan masalah keselamatan siber dan penipuan
dengan menyelaraskan keseluruhan proses ke dalam satu aplikasi di mana rekod
dilejar pada blok rantai.
- Pemilik
perniagaan dapat mengurangkan tempoh masa yang digunakan untuk merancang
kontrak serta mengumpulkan tandatangan.
KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 6 September
2021 - Pemilik perniagaan kini menghadapi kesukaran untuk menyediakan
serta menandatangani kontrak sewaktu wabak pandemic kini. Proses menghasilkan
perjanjian elektronik kalis gangguan serta memastikan ketulenan penandatangan
jarak jauh agaklah mencabarkan. Ianya merangkumi pelbagai masalah seperti
pencurian identiti, penipuan dokumen, dan penipuan digital lain yang selaras
dengan penghantaran dokumen elektronik melalui Internet. Pelancaran aplikasi
penyelesaian eTandatangan unik oleh Signitory buat masa ini adalah tepat, dan
amatlah sesuai pada masanya untuk menangani cabaran ini.
Menurut Tinjauan Jenayah dan
Penipuan Ekonomi Global 2020 oleh PwC, jumlah kos penyelewengan
e-jenayah ini telah mencecah nilai sebanyak AS $42 bilion. Ini adalah wang yang
diambil terus dari perolehan sesebuah syarikat. 13% daripada mereka yang pernah
mengalami penipuan menyatakan bahawa mereka telah kehilangan lebih daripada AS
$50 juta. Tinjauan oleh PwC menyenaraikan risiko umum seperti penipuan
pelanggan, jenayah siber, dan penyelewengan aset. Perusahaan Kecil Sederhana
(PKS) turut berhadapan dengan risiko yang sama seperti sebuah syarikat
multinasional.
Mengikut kaedah lama, proses penyediaan dokumen perjanjian
elektronik serta pengumpulan tandatangan adalah amat rumit. Ianya juga
tertakluk kepada pelbagai masalah. Perniagaan biasanya akan menggunakan
pelbagai perisian atau aplikasi bagi menyediakan dokumen elektronik. Perjanjian
elektronik ini dikirim melalui cara yang tidak selamat seperti perkhidmatan
e-mel awam atau aplikasi pengutus sembang terbuka, mendedahkan perniagaan
kepada risiko keselamatan siber yang boleh mendedahkan rahsia syarikat.
Sebelum melancarkan Signitory, kedua-dua pengasas syarikat, iaitu KC Lai
dan Carlo Chung, mendapati bahawa masalah ini agak mencabarkan. Mereka sedia
maklum tentang bilangan dokumentasi yang diperlukan dalam Syarikat
Multinasional (MNC) dan PKS. Dokumentasi amat diperlukan dalam syarikat
masing-masing untuk segala aktiviti rasmi yang merangkumi daripada pemeteraian
perjanjian sehingga penambahan pekerja baharu. Oleh itu, mereka ingin
menyediakan satu cara pemahaman yang ringkas, selamat serta berteknologi-tinggi
untuk membantu perniagaan melengkapkan dokumen dengan mudah, cepat, dan
selamat.
Oleh kerana KC dan Carlo memiliki pengalaman luas dalam
mewujudkan serta penutaran masalah perniagaan melalui penyelesaian perusahaan
dan teknologi Blockchain, mereka telah menubuhkan syarikat Signitory untuk
memberikan golongan usahawan serta para profesional dengan suatu penyelesaian
penandatanganan tanpa masalah yang lengkap. Bagi mengekalkan syarat kawal-selia
dan kesahihan kontrak, KC dan Carlo menggabungkan teknologi terunggul Blockchain, SaaS dan eKYC (Kenali Pelanggan
Anda Elektronik) ke dalam sistem Signitory bagi menghasilkan satu penyelesaian
yang benar-benar unik dan patuh selia.
Penyelesaian eTandatangan Signitory menyelesaikan masalah
keselamatan siber dan penipuan dengan menyelaraskan keseluruhan proses ke dalam
sebuah aplikasi semua dalam satu - yang bakal dicatatkan dan dilampirkan ke
dalam Blockchain. Aliran kerja ini merangkumi penghasilan dan penyuntingan
sehingga fasa pengesahan oleh para penerima, dan ini bagi memastikan
keseluruhan transaksi adalah selamat.
Teknologi yang berasaskan Blockchain daripada syarikat Signitory
ini gian melindungi dokumen elektronik yang ditandatangani agar ia tidak boleh
diubah. Ia juga dapat mengesan jika sesuatu rekod elektronik yang
ditandatangani telah diubah dalam apa jua cara sekalipun. Selain itu,
penyelesaian eKYC Signitory dengan rakaman pergerakan muka dengan video yang
disertakan ke dalam dokumen pengenalan rasmi dapatlah mengesahkan ketulenan dan
pengenalan daripada para-penandatangan bagi memastikan pengesahan identiti yang
tepat sebelum dokumen ditandatangani.
Kini, semua perniagaan dapat memanfaatkan penyelesaian yang
mudah digunakan yang telah dibangunkan oleh KC dan Carlo. Syarikat ini telah
mengeluarkan panduan komprehensif
untuk pengurusan eContract dan eSignature pada harga yang berpatutan untuk perniagaan daripada pelbagai saiz.
Tambahan lagi, promosi terbaru Signitory, Un-Real $2 Deal sangat sesuai untuk
mana-mana usahawan atau profesional yang ingin menggunakan penyelesaian
eSignature bagi menjimatkan masa dan wang. Bagi mendapatkan tawaran ini, sila
kunjungi https://www.signitory.com.
"Kami ingin menjadikannya semudah mungkin bagi golongan
usahawan untuk terus memeterai perjanjian dan membangunkan perniagaan mereka.
Inilah sebabnya kami kini menawarkan promosi "Un-Real $2 Deal", yang menawarkan
penjimatan besar untuk pakej-permulaan kami," kata Victor Yong, Pengurus
Pemasaran di Signitory.
Tawaran syarikat penyelesaian eTandatangan ini tiba tepat pada
masanya. Menghasilkan kontrak tradisional berasaskan kertas dan mendapatkan
tandatangan semasa era Covid adalah suatu perkara yang mencabar bagi kebanyakan
organisasi. Statistik terkini
menunjukkan bahawa perbezaan masa bagi mendapatkan dokumen yang ditandatangani
secara tradisional adalah 5 hari berbanding 37 minit melalui eSignature.
"Menurut kajian mengenai
penyelesaian eTandatangan, 78.62% daripada perniagaan menyatakan bahawa
aplikasi eTandatangan membantu menjimatkan wang, dengan mengambil kira kos
bahan cetak, pentadbiran, penghantaran dan langganan. Terdapat juga purata
pengurangan sebanyak 80% dalam masa pusing balik menggunakan eTandatangan. Data
ini adalah bukti kepada keberkesanan eTandatangan dalam landskap kewangan dan
perniagaan." kata KC Lai, Ketua Pegawai Eksekutif Signitory.
Signitory ditawarkan melalui Google
Playstore di https://www.signitory.com/. Signitory
akan melancarkan versi Apple App Store tidak lama lagi.
Công ty phát hành chịu trách nhiệm cho nội dung của thông báo này