TUMI Perkenal Koleksi Fall 2025 Yang Berjiwa Urban Dan Penuh Warna
HONG KONG SAR -
Media OutReach Newswire - 8 Julia 2025 - TUMI, jenama antarabangsa terkemuka dalam dunia travel, gaya hidup dan aksesori, mempersembahkan koleksi Fall 2025 yang dipenuhi semangat kota yang tidak pernah tidur: New York. Koleksi musim ini bukan sekadar seleksi baharu—ia adalah penghormatan kepada warisan 50 tahun jenama yang mendefinisikan inovasi dan prestasi unggul. Fall 2025 meraikan semangat para pencetus gerakan, penggiat kreatif dan warga kota yang menjadi nadi kepada rimba konkrit, dengan rekaan yang seteguh dan pelbagai latar bandaraya tersebut.
Musim ini, cetakan grafik ikonik yang diinspirasikan daripada
wild postings di jalanan kota menjadi sorotan utama. Beberapa pilihan dari koleksi
Alpha, Alpha Bravo dan
Voyageur diolah dalam
Poster Print, grafik poster koyak yang menggambarkan lapisan sejarah sebagai asas kepada inovasi masa depan.
Koleksi
Alpha Bravo, sinonim dengan rekaan serbaguna berprestasi tinggi, tampil lebih segar dengan rona teras baharu:
Navy Coated Canvas—interpretasi moden dan mewah kepada rona hitam klasik. Musim ini turut memperkenalkan warna bermusim seperti
Pavement dan
Electric Blue, diinspirasikan dari landskap seni bina bandaraya, di samping gaya baharu sedia-bergerak seperti
Surveillance Flap Backpack dan
Roadstead Messenger.
(Dari Kiri ke Kanan): Alpha International Expandable Front Lid 4-Wheeled Carry-On, Brief Pack in Poster Print, Alpha Bravo Search Backpack in Electric Blue, Arrivé Hannover Slim Brief dalam warna Black
Koleksi lelaki diberi suntikan baharu dengan rekaan mewah koleksi
Arrivé yang diinspirasikan dari dunia automotif, kini tampil dengan aksen gentian karbon dan
magnetic zipper garages yang senyap. Tumpuan utama ialah
Arrivé Large Backpack yang diperbaharui dengan sentuhan moden dan fungsi premium. Padanan sempurna untuk gaya profesional pula hadir menerusi
Arrivé Hannover Slim Briefyang ringkas namun berprestij. Sementara itu, koleksi
Harrison tampil lebih pelbagai dengan gaya baharu seperti
Griffen Flap Backpackserta rona baharu
Burnished Wine Ombre—teknik gradasi yang menyerlahkan keunikan tekstur kulit
whole-grain.
Diilhamkan oleh seni jalanan
graffiti, gaya ikonik
Just In Case® tampil semula dengan corak
spray paint dramatik. Tote khas ini kini hadir dalam tiga saiz baharu—memudahkan setiap pengembara bergaya. Warna-warna musim ini untuk koleksi
Voyageur seperti
Celina Backpack termasuk Mink, TUMI Red, dan Wine, menyerlahkan fleksibiliti bergaya buat wanita dinamik.
(Dari Kiri ke Kanan): Voyageur Just In Case® Tote dalam warna Electric Blue Spray Paint, Celina Backpack dalam warna Mink, Olas Small Shoulder Bag dalam warna Oat and Agent Medium Tote dalam warna Sienna
Dicipta dengan penuh keanggunan, koleksi baharu
Olas dan
Agent memperluas rangkaian TUMI buat wanita moden.
Olas memeluk nilai minimalisme dengan bentuk lembut dan garis bersih dalam siluet esensial seperti
Shoulder Bag kecil dan sederhana.
Agent pula diperbuat daripada kulit ringan dengan perincian logam kemas—menggabungkan fesyen dan fungsi dalam setiap butiran.
Koleksi ikonik
19 Degree kembali dengan warna-warna bermusim yang menangkap aura elegan taman bandar di musim luruh.
19 Degree Lite menampilkan rona mendalam Wine dan Pavement, membangkitkan suasana dedaunan dan laluan batu. Warna Moonrock pula menghiasi
19 Degree Polycarbonate, membawa nuansa tenang ke seluruh koleksi.
(Dari Kiri ke Kanan): 19 Degree Lite International 4-Wheeled Carry-On dalam warna Wine and Pavement, 19 Degree Aluminum International Carry-On dalam warna Black/Red dan 19 Degree Aluminum Bar Set
Kemunculan terbaharu dalam
19 Degree Aluminum—set bar mewah yang cukup memukau.
19 Degree AluminumBar Set ini merangkumi segalanya untuk mencipta minuman sempurna, lengkap dengan kad resepi koktail eksklusif TUMI. Dikemas indah dalam bekas aluminium dengan garis kontur ikonik, ini adalah aksesori gaya hidup unggul untuk penggemar TUMI sejati.
Sebagai pelengkap ulang tahun ke-50 TUMI, koleksi istimewa travel, gaya hidup dan aksesori tampil dengan warna ikonik TUMI Red Pantone sebagai sentuhan penuh gaya dan simbolik.
Koleksi Fall 2025 kini tersedia di butik TUMI seluruh dunia dan di
TUMI.com. Ikuti @TUMITravel untuk kandungan eksklusif sepanjang musim ini.
Hashtag: #TUMI
Công ty phát hành chịu trách nhiệm cho nội dung của thông báo này
Mengenai TUMI
Sejak tahun 1975, TUMI telah mencipta keperluan mewah dalam perniagaan, perjalanan dan prestasi—dengan matlamat untuk memperindah dan mempermudah kehidupan aktif setiap hari. Memadukan fungsi sempurna dengan semangat inovasi, kami komited sebagai rakan setia kepada para perintis dan penggiat sepanjang perjalanan mereka mengejar impian. Untuk maklumat lanjut, layari
TUMI.com dan ikuti kami di
Instagram, TikTok, Facebook dan
YouTube.