Kegemilangan 33 Tahun: Membina Masa Depan yang Lebih Baik Bersama dengan Hantec



HONG KONG SAR - Media OutReach - 3 Mac 2023 - Hantec Group yang meraikan ulang tahun ke-33 pada 3 Mac 2023, telah berkembang daripada sebuah institusi kewangan kepada perusahaan multinasional terkemuka yang berorientasikan pelanggan dan berpandukan inovasi.

Caption
Kegemilangan 33 Tahun| Membina Masa Depan yang Lebih Baik Bersama dengan Hantec | Sambutan Ulang tahun ke-33 Hantec Group

Hantec Group telah ditubuhkan di Hong Kong pada Mac 1990, dan berhasrat untuk mencapai pertumbuhan jangka panjang secara berhemat dan berintegriti. Kumpulan telah mula beroperasi di bawah pimpinan pengasas En. Tang Yu-Lap sebagai syarikat pelaburan yang menyediakan perkhidmatan kewangan SFC, sebelum disenaraikan sebagai konglomerat kewangan kemudian. Mulai 2008, Kumpulan telah berusaha untuk meluaskan capaiannya dari rantau China ke U.K., Jepun, Australia, New Zealand, Amerika Selatan, Timur Tengah, Afrika dan banyak lagi negara lain. Dalam usahanya untuk menjadi perusahaan kewangan antarabangsa dengan pelbagai perniagaan, Kumpulan telah mengembangkan perniagaannya di Asia Tenggara di bawah jenama "Hantec Financial" baru-baru ini.

Setelah mengatasi pelbagai cabaran dan halangan sepanjang 33 tahun lepas, Kumpulan telah berjaya berkembang daripada sebuah kumpulan kewangan kepada konglomerat yang aktif dalam sektor kewangan, teknologi maklumat dan Budaya & Seni dan Hidup. Pada masa ini, Kumpulan menguruskan lebih 40 syarikat di 19 bandar yang berkhidmat untuk 60 buah negara dan rantau.

Meskipun keadaan politik dan ekonomi global sedang bercelaru akibat impak pandemik dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Kumpulan telah berjaya mengharungi segala kesukaran dengan baik. Kekuatan Kumpulan dalam teknologi digital dan portfolio perniagaannya yang pelbagai telah dimanfaatkan untuk membangunkan industri Ekonomi Digital bertaraf dunia yang telah membantu membuka peluang pembangunan yang baharu.

Sejak penubuhannya 33 tahun yang lepas, Kumpulan bertekad untuk menyediakan perkhidmatan kewangan yang terbaik, dan akan terus mendorong pertumbuhan serta merebut peluang perniagaan dengan berinovasi, mendukung visi global dan menggunakan teknologi digital yang canggih.

Tentang Hantec Group: https://www.hantecgroup.com



Hashtag: #Hantec

Công ty phát hành chịu trách nhiệm cho nội dung của thông báo này
NGUỒN:

Hantec Group

DANH MỤC:

Business

ĐÃ XUẤT BẢN VÀO:

03 Mar 2023

Thông cáo báo chí trước đây

Chi tiết hơn

Talk to Media OutReach Newswire today

LIÊN HỆ VỚI CHÚNG TÔI NGAY BÂY GIỜ