Empat Pasukan Teratas Malaysia Akan Bertanding di UniPin SEACA 2021 Peringkat Akhir, Satu Daripada Kejohanan ESport Terbesar di Asia Tenggara
Geek Fam Ladies dan Richie Angels akan menyertai FANX MY dan RSG untuk mewakili Malaysia
KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 15 Jul
2021 - Geek Fam Ladies dan Richie Angels telah memenangi
Kejohanan Wanita pada hari Ahad (4/7) sekaligus menutup tirai UniPin SEACA 2021
Malaysia Qualifier. Kedua-dua pasukan ini akan menyertai FANX MY dan RSG, yang
telah berjaya menumpaskan 14 pasukan lain di Kejohanan Terbuka peringkat akhir,
untuk mewakili Malaysia di UniPin SEACA 2021 Peringkat Akhir. Semua pasukan dari
Asia Tenggara yang berjaya melayakkan diri akan bertanding di peringkat akhir
pada bulan November ini. Setiap negara akan diwakili oleh empat pasukan untuk
bertanding merebut gelaran paling berprestij sebagai pemenang UniPin SEACA
2021.
UniPin telah bekerjasama dengan eWallet Touch 'n Go, dompet digital
Malaysia yang paling popular dan dominan bagi rakyat Malaysia, untuk
menganjurkan UniPin SEACA 2021 Malaysia Qualifier tahun ini. Ia bermula dengan Kejohanan Terbuka Malaysia
UniPin SEACA 2021 yang telah diadakan secara atas talian dari 23 hingga 27 Jun
2021. Dalam empat hari tersebut, 144 pasukan dari seluruh negara telah bertarung
selama 3 hari untuk peringkat saringan kelayakan bagi menghadapi 8 pasukan
jemputan khas di peringkat akhir nanti. Pasukan jemputan khas itu adalah RSG,
DINGOZ Esports, Farang Esports, Evos VIP, FANX MY, MIRI MOB Ryzen Era, RHG
Rogue dan NSEA. Pada penghujung acara tersebut, FANX MY dan RSG telah muncul
sebagai dua pasukan terbaik dalam kejohanan itu. FANX MY telah berjaya memperolehi
skor sebanyak 3 kali winner winner
chicken dinner dan mendapat 104 mata secara keseluruhan, sementara RSG menduduki
tempat kedua dengan jumlah skor sebanyak 65 mata.
Berikutan dengan Kejohanan Terbuka itu, Kejohanan Wanita juga telah
diadakan secara atas talian dari 1 hingga 4 Jul 2021. Sejumlah 57 pasukan
esport wanita dari seluruh negara telah menyertai acara peringkat saringan kelayakan
selama dua hari. Mereka telah dibahagikan kepada empat kumpulan di peringkat
awal, di mana setiap kumpulan terdiri daripada 14 pasukan. Untuk mendapatkan mata
di papan markah, setiap pasukan perlu merentas melalui dua peta yang berbeza,
Miramar dan Erangel.
Hanya 32 pasukan teratas di papan markah layak untuk meneruskan pada
acara hari kedua. Akhirnya, hanya lapan pasukan sahaja yang mara ke pusingan
akhir. Lapan pasukan dalam pusingan akhir ini adalah DR SC PPG, AURORA ACE
ATHENA, KING MY SCARLET, FLORA, IVICT SASSY, Bapak Vixens, ESA ASTRA RUBBIES,
dan VIP MYSTERIOUS VIXENS.
Pada hari Ahad (5/7), pasukan-pasukan di atas telah diketemukan
dengan lapan pasukan jemputan khas yang satu lagi untuk pusingan akhir. Pasukan
jemputan khas ini adalah Axis Femme, Geek Fam Ladies, Richie Angels, Envy
Flora, Last Survivor Lady, President Elara, Santau Lavista Daisy, dan UEA
Clamora. Dua daripada pasukan terbaik itu akan memenangi peluang melayakkan
diri untuk mewakili Malaysia di UniPin
SEACA 2021 Peringkat Akhir.
Geek Fam Ladies telah berjaya menduduki tangga teratas dengan jumlah keseluruhan sebanyak 107 mata
dan Richie Angels berada di tempat kedua dengan jumlah keseluruhan sebanyak 74 mata.
Mereka akan mewakili Malaysia di peringkat akhir dengan menjadi pasukan teratas
dalam Kejohanan Wanita itu. Kesemua empat pasukan yang menjadi juara juga turut
memenangi hadiah wang berjumlah RM5,000.
Mereka kemudiannya akan bertanding di peringkat akhir untuk merebut hadiah
utama sebanyak ASD15,000. Peringkat akhir dijadualkan akan berlangsung di
Jakarta, pada bulan November 2021.
Walaupun ini merupakan kejohanan wanita yang julung kali diadakan
oleh UniPin SEACA, kejohanan ini telah menerima sambutan dan penghargaan yang cukup
tinggi dari komuniti esport di seluruh negara. Kejohanan akhir itu sendiri
telah menarik lebih daripada 17,000 penonton live stream yang mahu mengikuti pertarungan sengit yang amat
menyeronokkan antara semua pasukan yang mengambil bahagian.
Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat terkemaskini bagi kejohanan seterusnya
oleh empat pasukan Malaysia di UniPin SEACA 2021, sila lawati seaca.gg atau
akaun Instagram rasmi @seaca.gg. Semua video kejohanan sebelumnya boleh
ditonton di laman Facebook UniPin Malaysia. Seluruh acara UniPin SEACA 2021 dibawakan
oleh Komuniti UniPin (UNITY) dan segala butiran mengenai UNITY boleh diakses
secara langsung di Instagram @unipincommunity.
Công ty phát hành chịu trách nhiệm cho nội dung của thông báo này
Mengenai UniPin
UniPin (Universal Pin) merupakan penerbit hiburan digital yang
terkemuka, dengan lebih daripada 15 juta pengguna aktif di 33 buah negara di
seluruh dunia. Disokong oleh satu rangkaian saluran berbayar yang komprehensif,
UniPin menyediakan pin elektronik (UniPin Credit) yang boleh digunakan dalam
berbagai permainan dari berbagai pengeluar permainan. Untuk maklumat lanjut,
sila lawati http://corp.unipin.com.